Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
injauan
Sastera dan Budaya

BENCANA ALAM PERINGATAN DARIPADA ALLAH TA'ALA
rencana oleh : Dk. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor
fatimah.noor@information.gov.bn

BENCANA banjir kilat dan tanah susur yang melanda beberapa kawasan di negara ini membawa kerosakan yang amat besar dan lebih menyedihkan dan mengharukan lagi kehilangan orang yang tersayang.

AWANG Haji Hassan bin Opeh, 74 tahun, seorang penduduk yang terjejas rumahnya di Pengkalan Sungai Mau.

Sebagaimana berat mata memandang, berat lagi mahu yang memikulnya. Kehilangan orang yang disayangi tentu sekali amat menyedihkan. Ketabahan dan kecekalan amat perlu dalam mengharungi dugaan hidup ini.

Dalam saat-saat di mana mangsa berada dalam penderitaan akibat daripada kehilangan orang-orang dikasihi dan harta benda bantuan dalam apa juga bentuk amat diperlukan dan dihargai. Pada ketika ini, bantuan dalam bentuk pakaian, makanan, tempat tinggal merupakan perkara diperlukan kepada mangsa.

Sokongan sosial amat perlu diberikan kepada mereka. Kerjasama ahli keluarga dan sahabat amat diperlukan untuk mengurangkan bebanan penderitaan yang dialami.

Sesungguhnya segala yang berlaku di dunia ini adalah dari ketentuan Allah Subhanahu Wata'ala. Allahlah yang mentakdirkan sesuatu itu berlaku ke atas hamba-Nya. Setiap kejutan dan peristiwa begini akan mengingatkan kembali hati kita kepada pencipta kita, Allah Subhanahu Wata'ala.

Fenomena hujan lebat yang luar biasa yang turun pada malam 20 Januari hingga seawal pagi 21 Januari lalu telah menyebabkan kejadian tanah susur dan banjir di merata kawasan negara ini dan telah membawa implikasi yang agak kompleks, banjir bukan sahaja menjejaskan kawasan perumahan tetapi juga kawasan komersial, perkhidmatan dan kemudahan awam seperti jalan raya dan bekalan air serta elektrik, di samping beberapa buah intitusi pengajian turut terjejas dan tanam-tanaman. Beberapa hari selepas itu, kejadian lebih teruk dirasakan dengan banjir kilat berlaku di Mukim Kampong Tanjong Maya yang melibatkan 63 buah rumah di Kampong Tanjong Maya, 46 buah di Kampong Penapar, 40 buah di Kampong Lubok Pulau dan 56 buah di Kampong Layong adalah merupakan kejadian yang dianggap besar sejak kejadian banjir yang berlaku dalam tahun 1962.

SEORANG petugas secara bergilir, Awang Roslani bin Yusof dari Batalion Ketiga, ABDB berulang- alik membawa mangsa- banjir yang terputus jalan raya.

Wakil PELITA BRUNEI dan fotografi juga meninjau ke Pengkalan Sungai Mau yang dijadikan sebagai pangkalan pengangkutan melalui sungai bagi penduduk Mukim Labi, Mukim Bukit Sawat dan Kampong Melilas dan Sukang. Keadaan paras air yang mengakibatkan banjir di beberapa kawasan Daerah Belait khususnya di Mukim Labi dan Mukim Bukit Sawat ketika itu beransur pulih.

Suasana Pengkalan Sungai Mau yang dijadikan tempat berulang-alik orang ramai khasnya para penduduk yang terputus perhubungan jalan raya menggunakan perahu Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menggunakan sungai menuju ke destinasi masing-masing termasuklah jua salah sebuah syarikat yang membekalkan daging ayam.


DI SAMPING mangsa-mangsa banjir, beberapa syarikat pembekal daging ayam juga menggunakan Pengkalan Sungai Mau mengangkut bekalan mereka kerana terputusnya perhubungan jalan raya.

Penulis sempat bersua muka dengan salah seorang mangsa banjir, Awang Haji Hassan bin Opeh, 74, yang tinggal di Pengkalan Sungai Mau di mana sebahagian rumah beliau ditenggalami air dan ahli keluarganya kini tinggal sementara di rumah keluarganya dan bersyukur kerana terselamat dari sebarang kejadian yang tidak diingini.

Dengan menyusuri sungai menggunakan perahu ABDB, penulis sempat juga melihat secara dekat keadaan rumah-rumah dan mangsa banjir di kawasan Pengkalan Sungai Mau yang kebanyakan rumah mereka dibina berhampiran sungai dan meninjau beberapa batang jalan raya yang rosak dan tanah susur sepanjang jalan menuju ke Sungai Liang.

PRIHATIN

Namun keprihatinan agensi-agensi kerajaan, swasta dan orang perseorangan adalah dihargai dalam sama-sama menangani mangsa banjir dan tanah susur. Sumbangan-sumbangan ikhlas daripada semua para dermawan dan para budiman yang terdiri dari pihak-pihak swasta, NGO dan para individu-individu perseorangan dalam membantu penduduk-penduduk Negara Brunei Darussalam yang ditimpa musibah banjir dan tanah susur dengan penubuhan Tabung Mangsa Banjir dan Tanah Susur. Antara tujuan penubuhan tabung tersebut adalah untuk meringankan bebanan mangsa-mangsa banjir dan tanah susur dan pada masa yang sama untuk memberikan peluang kepada orang ramai termasuklah pihak swasta menghulurkan bantuan dalam sama-sama meringankan bebanan mangsa-mangsa yang terlibat.


PENULIS bersama jurugambar Bahagian Fotografi dan Pegawai Penerangan Daerah Belait ketika meninjau ke salah sebuah kawasan yang dilanda banjir di Mukim Labi yang kini beransur pulih seperti biasa.

Selain itu agensi-agensi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga sama-sama menghulurkan bantuan-bantuan dan mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya bagi menangani kejadian banjir dan tanah susur untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang ramai di negara ini sentiasa terpelihara dan terjamin. Kita bersyukur kerana orang-orang Brunei sangat prihatin dan sangat-sangat pemedulian khususnya kepada mereka yang memerlukan bantuan terutama selepas musibah yang melanda negara baru-baru ini khusus kepada mangsa- mangsa banjir dan tanah susur.

Musibah ialah bencana, kecelakaan atau malapetaka. Kemudian Allah jelaskan orang yang sabar itu di dalam firman-Nya yang bermaksud, "(Iaitu) mereka yang apabila ditimpa musibah lalu berkata sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya (Allah) jualah (tempat) ka mi kembali". (Surah Al-Baqarah ayat 156).


Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Waktu Berkhidmat Kaunter TAP di bulan Ramadan

Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan bahawa di sepanjang bulan Ramadan 1429, waktu perkhidmatan kaunter pertanyaan bagi setiap cawangan-cawangan TAP akan bermula dari jam 8.15 pagi bingga 1.00 petang.

Sementara itu, waktu penerimaan pembayaran bagi setiap hari Isnin hingga Khamis bermula dari jam 8.15 pagi hingga 1.00 petang manakala bagi setiap hari Sabtu, penerimaan pembayaran tunai akan bermula dari jam 8.15 pagi hingga 10.30 pagi dan bagi pembayaran cek pula sehingga jam 1.00 petang.

Dalam hal ini, ahli, majikan dan orang ramai dinasihatkan agar dapat mengambil maklum mengenai perubahan waktu berkenaan bagi memudahkan urusan-urusan yang berkaitan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah diperolehi dengan menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800.