Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

IKLAN-IKLAN TAWARAN KURSUS

MAKTAB TEKNIK SULTAN SAIFUL RIJAL

TAJUK KURSUS
INTRODUCTION TO BASIC ELECTRONIC TECHNOLOGY (KURSUS PENDEK)

BAYARAN
$250.00
(Bagi warganegara Brunei Darussalam/ pemegang Kad Pengenalan Kuning)

$375.00
(Bagi warganegara asing)

TEMPOH
25 Jam (5 Minggu)

HARI DAN MASA
Bermula 1 March hingga 29 March 2008

Jumaat:
8.30 pagi hingga 11.00 pagi

Ahad:
9.00 pagi hingga 12.00 t/h

Borang pendaftaran boleh didapati dari Dayang Sarinah di pejabat Pentadbiran, Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal (MTSSR). Borang yang sudah lengkap diisi hendaklah dihantar tidak lewat satu minggu sebelum kursus dimulakan.

Bayaran yang tersebut di atas adalah bagi pemegang kad pintar berwarna kuning sahaja. Bagi pemegang kad pintar bukan warganegara Brunei Darussalam dikenakan bayaran tambahan sebanyak 50 peratus.
(Rujukan KPE/B34/956/6/90)

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-

DAYANG SARINAH di talian 2331077
atau
CIKGU ISMAIL di talian 8823234
atau
CIKGU HAJI RAZAK di talian 8845353


Dikemaskini 21 Februari 2009 (Sabtu)
Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Negara Brunei Darussalam
hos Sambutan
Hari Komanwel 2009

JABATAN Belia dan Sukan memaklumkan bahawa Negara Brunei Darussalam akan menjadi hos acara Sambutan Hari Komanwel 2009 pada 8 hingga 11 Mac 2009 dan Bengkel Serantau mengenai Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia mulai 12 hingga 17 Mac 2009 pada tahun ini. Sambutan ini dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Program Belia Komanwel, Pusat Asia bertemakan 'Komanwel 60: Membantu Generasi Muda'. Acara itu membolehkan negara-negara anggota menyertai aktiviti-aktiviti yang menggalakkan persafahaman mengenai isu-isu global, kerjasama antarabangsa dan aktiviti-aktiviti bagi komanwel moden di samping memberikan peluang baik kepada mereka untuk bertukar-tukar idea, menggalakkan persefahaman dan kerjasama di samping meningkatkan hubungan yang harmoni di antara mereka. Sementara itu bengkel serantau mengenai Pencegahan Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia adalah untuk menyediakan satu platform kepada para belia untuk berkongsi maklumat tentang amalan-amalan terbaik dan belajar antara satu sama lain. Ia juga untuk meningkatkan pengetahuan dan persefahaman peserta tentang dimensi virus masalah penyalahgunaan dadah, menyediakan pelan-pelan tindakan untuk pencegahan penyalahgunaan dadah, rawatan dan penjagaan serta mengukuhkan kordinasi di kalangan kerajaan dan bukan kerajaan ke arah strategi efektif bagi pencegahan, rawatan dan penjagaan. Setiap negara ahli akan disertai oleh dua wakil berusia 18 hingga 29 tahun dari sektor kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman mengenai isu HIV/AIDS dan penyalahgunaan dadah.