|
JAWATAN-JAWATAN KOSONG
IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7 (a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH IKLAN : 18 FEBRUARI 2009
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 11 MAC 2009
BILANGAN IKLAN : 07/02/09 (SPA/BMI)
PERATURAN 7 (a)
Syarat-syarat Am:
(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu
bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
(D) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. AHLI KIMIA UBAT
JABATAN PERKHIDMAAN FARMASI
KEMENTERIAN KESIHATAN
M.13-14 EB.15 ($2,300 - $4,220)
KELAYAKAN MINIMUM :
a) Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Farmasi; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama atau dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama atau bidang bersesuaian adalah kelebihan.
b) Hendaklah berdaftrardengan Perbadanan Ahli Ubat yang diiktiraf di Negara Brunei Darussalam seperti United Kingdom, Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan USA.
c) Hendaklah bersedia untuk mengikuti latihan dan kursus-kursus yang berkaitan dengan perkembangan di bidang farmasi dari semasa ke semasa.
2. PEGAWAI REKOD PERUBATAN
JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270)
KELAYAKAN MINIMUM :
a) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
b) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Timbalan Pegawai Perubatan dalam tanggagaji D.4 tidak kurang dari 5 tahun. Pernah melaksanakan kerja-kerja Pegawai Rekod Perubatan adalah kelebihan.
3. PEMBANTU JURUPULIH CARA KERJA
JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
M.3 EB.4 ($570 - $1,175 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM :
a) Berumur diantara 18-25 tahun.
b) i) 4 kepujian/kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding termasuk mata pelajaran Sains atau Bahasa Inggeris.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji F.1 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 8 tahun.
c) Pernah bekerja secara sukarela dan melibatkan diri dalam persatuan-persatuan dan badan kebajikan kerjaan/NGO adalah kelebihan.
4. AMAH TINGKAT KHAS
JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
E.2-3 EB.4 ($590 - $875 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM :
a) i) Lulus Penilaian Menegah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Amah dalam tanggagaji Bahagian V tidak kurang dari 5 tahun.
b) Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik adalh keutamaan.
5. ATENDAN
JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
E.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM :
a) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
b) Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.
6. PENGASUH KANAK-KANAK
JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
E.1-2-3-4-5 EB.6 ($445 - $790 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM :
a) Lulus Penilaian Menengh Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan .
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 1 HINGGA 6 :
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO : 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)
PEMBETULAN IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
MENURUT PERATURAN 7(a)
KELUARAN 11 FEBRUARI 2009
TARIKH TUTUP 4 MAC 2009
BILANGAN IKLAN 06/02/09 (SPA/BMI)
2. JURUTULIS JAWI
JABATAN ADAT ISTIADAT
JABATAN PERDANA MENTERI
C.1-2-3 EB.4 ($1,280 - $2,620 SEBULAN)
TANGGAGAJI DI ATAS ADALAH DIBETULKAN SEPERTI BERIKUT :
2. JURUTULIS JAWI
JABATAN ADAT ISTIADAT
JABATAN PERDANA MENTERI
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
NOTA: Tempat menghantar borang dan tarikh tutup iklan untuk jawatan ini adalah dikekalkan.
PEMBERITAHUAN :
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 6 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2. salinan sahaja borang SPA1.
3. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengansalinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
4. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
5. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
6. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kera-jaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
7. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
8. Permohonan yang diterima lewat daripada 11 MAC 2009 tidak dilayan.
9. Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
10. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat seperti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan dari :
* Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei.
* Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam iaitu Website :
http://www.spa.gov.bn/
* Melalui e-mel bmm.spa@spa.gov.bn.
11. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut :-
* Pejabat Daerah Belait ;
* Pejabat Daerah Temburong ;
* Pejabat Daerah Tutong ;
* Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan ;
* Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 38(b) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN
PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM
PERKHIDMATAN AWAM, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PERATURAN 38(b)
IKLAN MENURUT PERATURAN 38(b) IAITU KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DI KEMENTERIAN ATAU JABATAN DI MANA KEKOSONGAN JAWATAN DIIKLANKAN
Syarat-syarat Am:
(A)PEMOHON adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian atau Jabatan di mana kekosongan jawatan diiklankan sahaja.
(B)Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(C)Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(D)Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Negara Brunei Darussalam.
(E)Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. PENOLONG PENGARAH PEPERIKSAAN
JABATAN PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
KUMPULAN 2 ( $ 5,400 SEBULAN )
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
b) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Pelajaran Kanan dalam tanggagaji G.15 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
c) Lulus Peperiksaan berikut:
i) Peperiksaan Jabatan (jika ada);
ii) Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;
iii) Peraturan-Peraturan Kewangan.
d) Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
e) Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
2. PENOLONG PENGARAH
JABATAN PERKEMBANGAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
KUMPULAN 2 ($5,400 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
b) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Pelajaran Kanan dalam tanggagaji G.15 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
c) Lulus Peperiksaan berikut:
i) Peperiksaan Jabatan (jika ada);
ii) Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;
iii) Peraturan-Peraturan Kewangan.
d) Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
e) Fasih bertutur dalam bahasa lain adalah kelebihan.
f) Berkemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
g) Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
3. PEGAWAI PELAJARAN KANAN
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
G.15 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi / Pendidikan (ICT in Education) adalah kelebihan.
b) Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.
c) Berkhidmat di Kementerian Pendidikan sebagai Pegawai Pelajaran atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji G.13/B.2 EB.3/B.2/G.11 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
d) Pernah atau sedang mengetuai bahagian / unit dalam perkhidmatan teknologi maklumat.
e) Mempunyai pengalaman merancang, mengendalikan dan memantau dalam:
i) Projek-projek e-Pendidikan
ii) Projek dan perkhidmatan teknologi maklumat
f) Lulus Peperiksaan berikut:
i) Peperiksaan Jabatan (jika ada)
ii) Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan
iii) Peraturan-Peraturan Kewangan
g) Mempunyai kepimpinan yang baik dan motivasi yang tinggi serta sentiasa bersikap positif.
h) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
4. PEGAWAI PELAJARAN
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
G.13 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi / Pendidikan (ICT in Education) adalah kelebihan.
b) Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.
c) Sedang bertugas dan mempunyai pengalaman di Kementerian Pendidikan dalam bidang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi tidak kurang dari 5 tahun.
d) Mempunyai pengalaman dan kemahiran merancang, mengendalikan dan memantau dalam:-
i) Projek-projek e-Pendidikan.
ii) Projek dan perkhidmatan perkembangan teknologi pendidikan.
e) Mempunyai sikap kerja yang komited dan motivasi yang tinggi serta sentiasa bersikap positif.
f) Mempunyai pengalaman dalam membuat kajian-kajian/kertaskerja yang berkaitan dengan teknologi info-telekomunikasi dalam pendidikan (ICT in Education) adalah keutamaan.
g) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
5. PEGAWAI KURIKULUM
JABATAN PERKEMBANGAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
G.11 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
ii) Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.
iii) Berkhidmat di Kementerian Pendidikan tidak kurang dari 10 tahun, termasuk 5 tahun pengalaman mengajar dan pada masa ini dalam tanggagaji G.9.
iv) Mempunyai pengalaman melalui penglibatan dalam menyediakan bahan-bahan kurikulum sekurang-kurangnya bagi salah satu mata pelajaran berikut:
Pra Sekolah
Sejarah
Home Science
Bahasa Melayu
Sains (Menengah/Rendah)
Keterangan bukti penglibatan dalam penyediaan bahan-bahan tersebut dan kebolehan menjelaskannya semasa temuduga diambilkira dalam membuat pertimbangan.
ATAU
v) Berkhidmat di Kementerian Pendidikan dan mempunyai pengalaman mengajar tidak kurang dari 8 tahun bagi salah satu mata pelajaran di atas dan pada masa ini dalam tanggagaji G.9/G.7.
b) Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
c) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
6. PENOLONG PEGAWAI BIMBINGAN BAKAT KERJA
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
G.10 ($2,085 - $3,120 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ii) Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji G.8 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
b) i) Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.
ii) Berkhidmat di Kementerian Pendidikan sebagai Guru Terlatih dalam tanggagaji G.2 tidak kurang dari 15 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
c) Mempunyai Diploma / Sijil dalam bidang bimbingan / Kaunseling adalah keutamaan.
d) Mempunyai pengetahuan dan berpengalaman di dalam mengendalikan perkhidmatan bimbingan kaunseling pendidikan kerjaya adalah keutamaan.
e) Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
7. PENOLONG PENYELIA RANCANGAN
PERMAKANAN SEKOLAH
JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-
PERKHIDMATAN,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
G.5 ($1,485-$2,155 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC / BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Penyajian Makanan (Food Catering)/Sains Makanan (Food Science)/Teknologi Makanan (Food Technology) atau bidang berkaitan atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat di Kementerian Pendidikan sebagai Penyelia Asrama Tingkat III atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Guru dalam tanggagaji G.2 tidak kurang dari 5 tahun.
b) Berpengalaman dalam pengurusan dan penyeliaan makanan adalah kelebihan.
c) Mempunyai Diploma/Sijil Pendidikan/Sijil Perguruan serta berpengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran dan kewangan sekolah atau pejabat adalah kelebihan.
d) Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
PERINGATAN:
Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 7 pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di semua Jabatan di bawah Kementerian Pendidikan sahaja.
Tarikh Iklan: 31 JANUARI 2009
Tarikh Tutup Permohonan: 2 MAC 2009
Tempat Menghantar Borang Permohonan: Pengarah Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
BILANGAN IKLAN: 7/2009
PEMBERITAHUAN :
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian (1) satu salinan sahaja borang SPA2 yang boleh didapati daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Salinan sijil-sijil, surat-surat akuan dan yang berkenaan hendaklah disertakan.
2. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
3. Mempunyai laporan penilaian prestasi ditahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
4. Semua permohonan hendaklah lengkap dan dihadapkan tidak lewat dari tarikh tutup iklan. Borang permohonan yang diterima setelah tarikh tutup iklan tidak dilayan.
5. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan masing-masing atau dengan melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) seperti di bawah:
Website: http://www.spa.gov.bn/
Dikemaskini 18 Februari 2009 (Rabu)
Kembali ke muka utama
|