KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei, ketika berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat bagi Daerah Brunei dan Muara.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 20 Julai. - Ribuan rakyat dan penduduk termasuk para pelancong membanjiri Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien bagi sama-sama memeriahkan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat serta Penduduk Daerah Brunei dan Muara.
Seperti lazimnya pada setiap tahun, masyarakat pelbagai peringkat masyarakat dan kaum dengan penuh ceria tidak melepaskan peluang untuk menjunjung ziarah dan beramah mesra bersama raja yang dikasihi berserta kerabat diraja sempena ulang tahun sambutan Hari Keputeraan baginda ke-62.
berita penuh...
BERITA RINGKAS :-
Wadah 'Bersama mendukung kedaulatan raja' semarakkan persembahan di Daerah Brunei dan Muara
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 20 Julai. - Pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat bercemar duli ke Daerah Brunei dan Muara sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-62
berita penuh...
AMM dijangka bincang hak asasi dan kepentingan bersama
SINGAPURA, Ahad, 20 Julai.- Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berangkat menghadiri ' Informal Working Dinner' bersama dengan para Menteri Luar ASEAN malam tadi yang berlangsung di Les Amis, Au Jardin, EHJ Corner House, Singapore Botanic Gardens.
berita penuh...
Rakyat sanjung titah mengenai isu rokok, makanan dan sampah sarap
KUALA BELAIT, Sabtu, 19 Julai. - Pegawai-pegawai kerajaan dari Daerah Belait menyambut baik langkah kerajaan yang kini meneliti mekanisme yang lebih menjamin kehidupan di hari tua rakyat dan penduduk.
berita penuh...
Taman Haji Sir Omar 'Ali Saifuddien dibanjiri lapisan masyarakat
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 20 Julai. - Taman Haji Sir Omar 'Ali Saifuddien hari ini dibanjiri oleh setiap lapisan masyarakat di Daerah Brunei dan Muara bagi memeriahkan lagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk daerah ini
berita penuh...
Kembangkan Penanaman Padi Secara Meluas
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 20 Julai.- Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Julai lalu sempena Hari Keputeraan baginda ke-62 tahun yang menyentuh berbagai keutamaan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta masyarakat di negara ini amat dijunjung dan disambut baik.
berita penuh...
Empat peserta sertai Musabaqah Hifzil Quran di Indonesia
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 20 Julai. - Serombongan empat orang peserta yang mewakili Negara Brunei Darussalam bagi Pertandingan Musabaqah Hifzil Qur'an dan Hadis Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam Tingkat Remaja/Belia Islam Se-ASEAN,telah berlepas ke Jakarta, Republik Indonesia.
berita penuh...
Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Kontinjen Daerah Tutong
UTONG, Ahad, 20 Julai. - Kontinjen Daerah Tutong yang menyertai temasya Pesta Sukan Kebangsaan Ke-Vlll baru-baru ini berjaya menduduki tempat kelima dengan merangkul 9 pingat emas, 9 perak dan 26 gangsa.
berita penuh...
Pentarama mendekatkan masyarakat dengan maklumat isu hal ehwal semasa negara
TEMBURONG, Ahad, 20 Julai.- Hasrat Jabatan Penerangan untuk mendekatkan masyarakat dengan maklumat isu hal ehwal semasa negara dan seterusnya mengambil iktibar mengenainya dalam kita sama-sama menjaga keharmonian, kesejahteraan, keselamatan dan keamanan negara kita Brunei Darussalam.
berita penuh...
Pelita Brunei - Arkib

