
Majlis bersempena dengan Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-25 Tahun itu diadakan di Masjid Sultan Sharif Ali, Kampong Sengkurong, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Qur'an oleh Penuntut Sekolah Ugama Sengkurong, Awang Ahmad Hassanul Fikri bin Haji Asmali.
Acara diteruskan dengan bacaan Ratib Al-Attas dipimpin oleh Rektor Kolej Universiti Insaniah, Universiti Insaniah Kedah, Malaysia, Professor Dato Dr. Ustaz Muhammad Syyid Aqiel bin Ali Al Mahdaly.
Juga hadir di majlis tersebut, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Yang Berhormat Pehin Udana Khatib, Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Setiausaha Tetap II Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Awang Mohd. Mahdi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman.
Sementara itu Majlis Ceramah dan Bacaan Ratib Al-Attas juga diadakan pagi tadi di Surau nstitut Tahfiz Al-Quran.
Majlis tersebut selaras dengan usaha merealisasikan hasrat Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir.
(Oleh : Marzuki Haji Mohd. Seruddin)
Kembali ke muka utama