|
JAWATAN-JAWATAN KOSONG
JABATAN DAERAH BELAIT,
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
JABATAN Daerah Tutong dengan sukacita mempelawa/menjemput penduduk-penduduk kampung-kampung berkenaan bagi menghadapkan pencalonan untuk mengisikan kekosongan Jawatan Ketua-ketua Kampung di Jabatan Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam seperti berikut:-
1. Ketua Kampong Panchor
2. Ketua Kampong Batang Mitus/Kebia
3. Ketua Kampong Danau
4. Ketua Kampong Telisai
Tanggagaji : C1-EB2 iaitu $1,280.00 - $1,930.00
Kelayakan Calon Ketua Kampung
1. Calon hendaklah:-
a) Seorang lelaki terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b) Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Pelajaran di Peringkat Tingkatan III atau kelulusan yang sebanding dengannya.
c) Bermastautin di kampong yang berkenaan tidak kurang dua (2) tahun sebelum atau pada tarikh pencalonanya. Bermastautin adalah bermaksud bahawa calon Ketua Kampong hendaklah benar-benar tinggal di kampong yang berkenaan dalam tempoh yang dikehendaki di mana calon itu mempunyai tempat kediaman dan mendiami tempat tersebut.
d) Berumur tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 60 tahun sebelum atau pada tarikh pencalonannya.
e) Tidak menjadi ahli atau tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam sebarang pertubuhan siasah yang difikirkan boleh menjejaskan kepentingan atau keselamatan Negara.
f) Mempunyai pengalaman yang baik dalam agama Islam, kemasyarakatan dan adat resam setempat yang lazimnya diamalkan oleh masyarakat kampong berkenaan.
g) Mempunyai perwatakan, ketokohan dan sifat-sifat kepimpinan yang baik dan bersesuaian sebagai seorang pemimpin mengikut amalan kehidupan orang-orang Brunei serta bersikap pemedulian.
h) Tidak pernah diisytiharkan muflis di bawah undang-undang yang di kuatkuasakan di Negara ini dalam tempoh dua (2) tahun sebelum pencalonannya, termasuk pada tarikh pencalonan melainkan sebelum itu pengisytiharan muflis telah dibatalkan oleh mahkamah.
2. Calon yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan jika dilantik sebagai Ketua Kampung hendaklah terlebih dahulu menamatkan perkhidmatannya sebagai Pegawai Kerajaan.
3. Calon yang terdiri daripada Ahli Perniagaan atau Pengusaha apabila dilantik menjadi Ketua Kampung boleh menguruskan perniagaan atau perusahannya menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
4. Pencadang dan penyokong-penyokong bagi seorang calon Ketua Kampung hendaklah terdiri daripada warganegara atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam dan tinggal bermastautin di kampung berkenaan.
5. Calon-calon pencadang dan penyokong-penyokong hendaklah menandatangani borang pencalonan. Borang pencalonan berkenaan hendaklah dilengkapkan sepenuhnya sebelum dihadapkan ke Bahagian Institusi Mukim dan Kampung Jabatan Daerah Tutong.
6. Calon-calon yang sedang berkhidmat di Jabatan dengan kerajaan ataupun swasta hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis dari Ketua Jabatan atau majikan masing-masing dan menghadapkan surat kebenaran itu bersama semasa menghadapkan borang pencalonan.
7. Lain-lain syarat adalah tertakluk kepada (Syarat-syarat Lantikan dan Perkhidmatan Ketua Kampung) seperti yang terkandung dalam buku Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Negara Brunei Darussalam 1998.
Tatacara Menghadapkan Borang Pencalonan
Keterangan lanjut dan borang pencalonan bolehlah diperolehi dan dikembalikan ke alamat seperti berikut:
Bahagian Institusi Mukim dan Kampung,
Jabatan Daerah Tutong,
Negara Brunei Darussalam.
Tarikh Tutup mengembalikan borang pencalonan ialah tidak lewat 6 Jun 2009 (Sabtu) jam 3.00 petang.
Peringatan:
Mana-mana calon yang pernah dicalonkan bagi jawatan Ketua Kampung dan percalonannya telah ditolak atas sebab tidak memenuhi syarat adalah tidak dibenarkan lagi untuk dicalonkan.
Dikemaskini 18 April 2009 (Sabtu)
Kembali ke muka utama
|