Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

Sabtu 20 Februari 2010 / 6 Rabiulawal 1431

 

Hubungi kami || Arkib ||



Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam

    
  Zuhur 12.36
     Asar 3.54
 Maghrib 6.34
     Isyak 7.44
 Imsak 5.07
     Subuh 5.17
 Syuruk 6.34
     Doha6.58
 
 
Waktu-waktu
  Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh Negara Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.

 

*** Manisnya Iman ***

"KAMU wahai Muhammad adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi faedah umat manusia kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah, buruk dan keji serta kamu pula beriman kepada Allah sebenar- benar iman."
- (Surah Ali 'Imran
ayat 110).


Keadaan Cuaca :
Sebahagian berawan tetapi amnya baik dalam tempoh ramalan, kecuali hujan atau hujan berpetir berasingan berlaku di pedalaman pada lewat petang.

Keadaan Angin :
Bertiup dari arah Timur Laut selaju 15 - 30 kmsj.


Keadaan Laut :
Berombak sederhana di paras 1.0 - 1.8 m.

Ramalan jangka panjang sehingga tengah malam:
Baik.


Suhu Maksimum :
 32 darjah Celsius


Suhu Minimum :
26 darjah Celsius



Pelita Brunei edisi cetak
keluaran Sabtu 20 Februari 2010


Awas! Taktik Licik Pengedar Dadah Antarabangsa
Awas! Taktik Licik Pengedar Dadah Antarabangsa
Awas! Taktik Licik Pengedar Dadah Antarabangsa


tpelita@yahoo.com

 

Berkenan berangkat
ke Majlis Santap Petang


DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan memotong kek puja usia yang disembahkan oleh Pemerintah ABDB mewakili para pegawai ABDB.
(Foto : Ak. Amirulnizam Pg. Haji Mohd Ali)

BERAKAS, Jumaat, 19 Februari. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Ke-36 Tahun, berlangsung di Mes Pegawai Bolkiah Garison, di sini.
berita penuh


BERITA RINGKAS :-

Majlis Ihya Maulidur Rasul di Masjid Kampung Lambak Kanan

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 19 Februari. - Bagi sama-sama memeriahkan dan menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Bahagian Dasar dan Inspektorat dan Bahagian Kemajuan Syiar Islam malam ini mengadakan Majlis Ihya Maulidur Rasul di Masjid Kampung Lambak Kanan di sini. berita penuh...

Majlis Doa Kesyukuran anjuran NDMC

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 19 Februari. - Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ke-36 Tahun yang berlangsung di Surau Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat. Duli Yang Teramat Mulia adalah selaku Pengerusi Majlis Bencana Kebangsaan.
berita penuh...

60 peratus warga Perkhidmatan Awam dikhuatiri mendapat strok dan serangan jantung

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 19 Febuari. - Kira-kira 55 peratus warga Perkhidmatan Awam didapati menghadapi masalah kegemukan, manakala 60 peratus menghadapi paras gula dan tekanan darah yang tinggi. berita penuh...

Kampung Kawasan 3 RPN Lambak Kanan johan peraduan kebersihan, keindahan kampung

LAMBAK KANAN, Jumaat, 19 Februari. - Kampung Kawasan 3 Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lambak Kanan muncul johan keseluruhan dalam Peraduan Kebersihan dan Keindahan Kampung, Mukim Berakas 'B' 2009 bagi Kategori Kampung di Kawasan RPN Lambak Kanan.
berita penuh...

Perlawanan badminton antara guru sekolah formal swasta

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 19 Februari. - Bahagian Pendidikan Swasta (BPS), Kementerian Pendidikan petang ini mengadakan Perlawanan Badminton Berpasukan Antara Guru-guru Sekolah Formal Swasta bertempat di Dewan Serbaguna, Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), di sini.
berita penuh...

Kempen Hajat BIBD satu galakan amalan menabung

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 19 Februari. - Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) melalui Kempen Hajat BIBD mahu menyampaikan kepada penduduk dan rakyat negara ini bahawa kempen ini bukanlah sebagai titik noktah bahkan ianya adalah sebagai satu galakan untuk meneruskan amalan menabung mereka.
berita penuh...

Mahasiswa UNISSA buat kerja amal di Pusat Ehsan

BENGKURONG, Jumaat, 19 Februari. - Seramai 18 mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pagi tadi mengadakan lawatan sambil belajar dan membuat kerja-kerja amal di Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, di sini.
berita penuh...

Operasi Cekap tahan seorang wanita Filipina

SERASA, Jumaat, 19 Februari. - Seorang wanita warga Filipina yang gagal menunjukkan dokumen yang sah dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Undang-undang dan ditahan di Balai Polis Bandar Seri Begawan.
berita penuh...

Pesta BIIBBF akan bermula ada 25 Jun ini

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 19 Februari. - Pesta Antarabangsa Motorsikal Berkuasa Tinggi Pulau Borneo (BIIBBF) akan diadakan pada 25 hingga 27 Jun 2010.
berita penuh...

Dua pelajar sertai Persidangan Belia APEC 2010

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 19 Februari. - Dua pelajar Pusat Tingkatan Enam (PTE) hari ini bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mewakili negara ke Persidangan Belia APEC 2010 di Hiroshima, Jepun.
berita penuh...

Takmir Masjid Utama Mohd. Salleh Pekan Bangar adakan peraduan mewarna

TEMBURONG, Jumaat, 19 Februari. - Dalam usaha untuk memperingati Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-26 Tahun, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Utama Mohd. Salleh Pekan Bangar telah mengadakan Peraduan Mewarna Bendera Negara Brunei Darussalam bagi Kelas Muqaddam dan Al-Quran.
berita penuh...

Pasukan Kementerian Kesihatan tewaskan PEMODA
4 - 1

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat 19 Februari. - Pasukan Kementerian Kesihatan menewaskan pasukan Persatuan Motorsikal Darussalam (PEMODA) dengan jaringan 4 - 1 pada Perlawanan Bola Sepak Persahabatan di Padang Kementerian Kesihatan, di sini.
berita penuh...

Sekeluarga bangsa Dusun memeluk Islam sebagai pegangan hidup

LAMBAK, Jumaat, 19 Februari. - Sebuah keluarga Dusun berasal dari Kampung Lamunin petang ini memeluk agama Islam sebagai anutan mereka.
berita penuh...

Seorang wanita Filipina memilih Islam sebagai pegangan hidup

MUARA, Jumaat, 19 Februari. - Syiar Islam di negara ini terus berkembang malah semakin mendapat tempat di hati masyarakat bukan untuk menganutinya sebagai pegangan hidup.
berita penuh...







*** PETIKAN TITAH ***

"KEGIATAN-KEGIATAN berdaya maju yang berasaskan kepada kematangan dan kemantapan sektor-sektor berkenaan itulah, merupakan sumbangan yang paling bererti kepada negara. Dalam makna sama-sama memberi dan menerima, bukan setakat menjadi pengguna kepada sumber-sumber negara."
- Titah Sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun Ke-23 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 5 Safar 1428/23 Februari 2007.

Penangguhan vaksin Influenza A H1N1

KEMENTERIAN Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Program Suntikan Vaksin Influenza A H1N1 ditangguhkan buat sementara waktu bermula Sabtu, 13 Februari.

Penangguhan ini berikutan penerimaan bekalan kumpulan baru vaksin tersebut yang memerlukan penelitian dan ianya benar-benar memenuhi piawaian kualiti bagi keselamatan.

Bagi orang ramai yang telah menerima suntikan vaksin sebelum ini, adalah dimaklumkan bahawa vaksin yang telah diberikan itu adalah memenuhi piawaian kualiti dan selamat.

Orang ramai akan dimaklumkan jika program suntikan disambung semula sehingga suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.


JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673-2-380527,
+673-2-383400,
+673-2-383401,
+673-2-383941 (Pelita Brunei)


+673-2-381004
+673-2-382905


" SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN " ... " SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN " ... " SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN " ... " SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN " ... " SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN " ... " SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN " ...


Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda pengunjung ke

bermula 1 Januari 2009
Best viewed with Internet Explorer