|
JAWATAN-JAWATAN KOSONG
IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 38(b)
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT),
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM.
IKLAN ADALAH KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG
BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
IKLAN MENURUT PERATURAN 38(a) IAITU KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT
DI PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PERATURAN 38(b)
Syarat-Syarat Am:
Pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian atau Jabatan di mana kekosongan jawatan diiklankan sahaja.
Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Negara Brunei Darussalam.
Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. PENOLONG KETUA PENYUNTING BERITA DAN HAL EHWAL SEMASA
JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI
JABATAN PERDANA MENTERI
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
ATAU
B.2 ($2,270-$3,760 SEBULAN)
KEKOSONGAN = DUA (2)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) TANGGAGAJI B.2 EB.3:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Brunei Studies / Ehwal Semasa / Kewartawanan / Komunikasi Massa / Public Affairs atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
b) TANGGAGAJI B.2:
i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Brunei Studies / Ehwal Semasa / Kewartawanan / Komunikasi Massa / Public Affairs atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyunting Kanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Penyunting Kanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun.
Lulus dalam ujian kelayakan (audition) yang dikendalikan oleh Jabatan Radio Televisyen Brunei.
Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Boleh membuat kertas kerja dengan menggunakan peralatan komputer atau mempunyai pengetahuan asas menggunakan perisian Microsoft Office.
Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.
2. PENYUNTING KANAN
JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI
JABATAN PERDANA MENTERI
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KEKOSONGAN = DUA (2)
KELAYAKAN MINIMUM:
i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Brunei Studies / Ehwal Semasa / Kewartawanan / Komunikasi Massa / Public Affairs atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Penyunting atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun.
Lulus dalam ujian kelayakan (audition) yang dikendalikan oleh Jabatan Radio Televisyen Brunei.
Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang sangat luas di bidang kewartawanan serta berminat di bidang penyuntingan.
Mempunyai kedewasaan berfikir dan berkeupayaan untuk bertindak dalam suasana tegang.
Mempunyai sifat-sifat kepimpinan.
Peka terhadap perkembangan dan hal ehwal dalam negeri, serantau dan antarabangsa.
Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Boleh membuat kertas kerja dengan menggunakan peralatan komputer atau mempunyai pengetahuan asas menggunakan perisian Microsoft Office.
Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.
3. PENYUNTING
JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI
JABATAN PERDANA MENTERI
C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
KEKOSONGAN = LIMA (5)
KELAYAKAN MINIMUM:
i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Brunei Studies / Ehwal Semasa / Kewartawanan / Komunikasi Massa / Public Affairs atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 6 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 8 tahun.
Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang sangat luas di bidang kewartawanan serta berminat di bidang penyuntingan.
Mempunyai kedewasaan berfikir dan berkeupayaan untuk bertindak dalam suasana tegang.
Mempunyai sifat-sifat kepimpinan.
Peka terhadap perkembangan dan hal ehwal dalam negeri, serantau dan antarabangsa.
Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Boleh membuat kertas kerja dengan menggunakan peralatan komputer atau mempunyai pengetahuan asas menggunakan perisian Microsoft Office.
Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.
4. KETUA PEMBERITA
JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI
JABATAN PERDANA MENTERI
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
KEKOSONGAN = DUA (2)
KELAYAKAN MINIMUM:
i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Kewartawanan / Komunikasi Massa atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Kewartawanan / Komunikasi Massa atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta mempunyai pengalaman dalam bidang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
iii) Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Pemberita atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.
ATAU
iv) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun.
Lulus dalam ujian kelayakan (audition) yang dikendalikan oleh Jabatan Radio Televisyen Brunei.
Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Boleh membuat kertas kerja dengan menggunakan peralatan komputer atau mempunyai pengetahuan asas menggunakan perisian Microsoft Office.
Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.
5. PENGAWAS (TUKANG ELEKTRIK)
JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI
JABATAN PERDANA MENTERI
D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
KEKOSONGAN = DUA (2)
KELAYAKAN MINIMUM:
i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Elektrik / Elektronik atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Tukang Elektrik dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 8 tahun atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 4 tahun.
Pengalaman dalam kerja-kerja riging lampu studio dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan adalah kelebihan.
Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.
PERINGATAN:
Bagi iklan jawatan bilangan 1, 2, 3, 4 dan 5 adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei.
Tarikh Iklan: 11 FEBRUARI 2010.
Tarikh Tutup Permohonan: 4 MAC 2010.
Tempat Menghantar Borang Permohonan: PENGARAH RADIO TELEVISYEN BRUNEI, JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI.
Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN : 13/2010.
6. PENOLONG KANAN PEGAWAI PELAJARAN
JABATAN PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
G.11 ($ 2,270 - $3,760 SEBULAN)
KEKOSONGAN = SATU(1)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi atau kelulusan dalam bidang Pentadbiran dan Pengurusan Peperiksaan atau Perancangan adalah kelebihan.
ATAU
b) i) Lulus dua (2) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Peringkat Lanjutan (A Level) atau kelulusan sebanding.
ii) Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.
iii) Berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan termasuk Jabatan Sekolah-Sekolah, Kenaziran Sekolah-Sekolah, Peperiksaan dan lain-lain Institusi Pengajian tidak kurang dari 20 tahun.
ATAU
c) i) Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.
ii) Berkhidmat di Sekolah Menengah/Maktab, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan tidak kurang dari 25 tahun dan pada masa ini dalam tanggagaji G.9 atau G.7.
Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja urusan peperiksaan dan pernah mengikuti kursus/latihan penempatan mengenai dengan pentadbiran dan pengurusan peperiksaan di Lembaga Peperiksaan di luar negeri adalah keutamaan.
Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.
PERINGATAN:
Bagi iklan jawatan bilangan 6 adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di semua Jabatan di bawah Kementerian Pendidikan.
Tarikh Iklan: 11 FEBRUARI 2010.
Tarikh Tutup Permohonan: 16 MAC 2010.
Tempat Menghantar Borang Permohonan: PENGARAH PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN- PERKHIDMATAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN : 14/2010.
7. PEMBANTU HAIWAN KANAN
JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN
SUMBER-SUMBER UTAMA III
C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
KEKOSONGAN = SATU (1)
KELAYAKAN MINIMUM:
i) BDTVEC / BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Sains Penternakan / Kesihatan Haiwan / Sains Haiwan / Pertanian atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Pertanian dan Agrimakanan sebagai Pembantu Haiwan atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian yang berkaitandalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 6 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 8 tahun.
Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.
PERINGATAN:
Bagi iklan jawatan bilangan 7 adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.
Tarikh Iklan: 16 FEBRUARI 2010.
Tarikh Tutup Permohonan: 9 MAC 2010.
Tempat Menghantar Borang Permohonan: PENGARAH PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN, JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN.
Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN : 15/2010.
8. TEKNISYEN KAPAL TINGKAT I
KEMENTERIAN PERTAHANAN
D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)
KEKOSONGAN = DUA (2)
KELAYAKAN MINIMUM:
i) Sijil Pegawai Jurutera Laut Kelas 6 atau sebanding.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Teknisyen Kapal Tingkat II dalam tanggagaji E.3 tidak kurang dari 5 tahun.
Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.
PERINGATAN:
Bagi iklan jawatan bilangan 8 adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian Pertahanan.
Tarikh Iklan: 16 FEBRUARI 2010.
Tarikh Tutup Permohonan: 9 MAC 2010.
Tempat Menghantar Borang Permohonan: PENGARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA, KEMENTERIAN PERTAHANAN.
Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN : 16/2010.
PEMBERITAHUAN :
Semua permohonan adalah melalui pengisian (1) satu salinan sahaja borang SPA2 yang boleh didapati daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Salinan sijil-sijil, surat-surat akuan dan yang berkenaan hendaklah disertakan.
Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Mempunyai laporan penilaian prestasi ditahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.
Semua permohonan hendaklah lengkap dan dihadapkan tidak lewat dari tarikh tutup iklan. Borang permohonan yang diterima setelah tarikh tutup iklan tidak dilayan.
Bilangan kekosongan adalah betul semasa dicetak. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut:
o Menelefon 2381961 sambungan 530/537 atau 2383455 (Bahagian Iklan);
o Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
o Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu:
Website:http://www.spa.gov.bn/
PEMBETULAN IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM MENURUT PERATURAN 38(b) YANG TELAH DISIARKAN DI AKHBAR RASMI KERAJAAN (PELITA BRUNEI) PADA HARI SABTU, 13 FEBRUARI 2010
1. PEGAWAI PENDIDIKAN KANAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
PG.6 ($5,900 - $6,310 SEBULAN)
KEKOSONGAN = DUA ( 2 )
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana (Masters by Coursework or Research) dalam disiplin pengkhususan yang diajarkan seperti berikut serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji PG.5 (Kumpulan 2) tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan:
o Bahasa Inggeris/Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua
o Matematik
o Ekonomi
o Sejarah
o Ilmu Alam
o Fizik
o Biologi
o Ilmu Kimia
o Sains Komputer
o Home Science
o Bahasa Melayu
o Linguistik
o Sports Science
o Business Study
o Art/Art & Design
o Music
o Psychology
o Sosiologi
o Pendidikan Khas
o Pengetahuan Ugama Islam
o Undang-Undang
o Drama
o Health Education
o Falsafah
o Kejuruteraan
o English Literature
o Kesusasteraan Melayu
o Lain-lain Disiplin bersesuaian dan diiktiraf oleh Kerajaan
Mempunyai kelulusan/kelayakan tambahan berikut adalah kelebihan:
i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama/Dua Atas.
ii) Ijazah Falsafah Kedoktoran (Ph.D.) dalam disiplin bersesuaian.
iii) Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan.
ATAU
b) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam disiplin pengkhususan serta telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai tenaga pengajar sepenuh masa dalam tanggagaji PG.5 atau dalam tanggagaji yang sebanding tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Bagi tenaga pengajar dibidang teknikal dan vokasional, mempunyai kelulusan/kelayakan profesional tambahan seperti licensed aircraft engineer atau marine engineer atau chartered engineer atau chartered accountant atau kelulusan lebih tinggi dalam bidang berkenaan adalah kelebihan.
Telah mengikuti mana-mana program kepimpinan pendidikan atau perkembangan eksekutif atau perkembangan profesional yang diiktiraf.
Mempunyai kemahiran, kebolehan dan komitmen di dalam menghasilkan kertas-kertas atau tulisan ilmiah pendidikan dalam topik-topik yang tergolong dalam bidang-bidang seperti berikut dan berjaya dinilai di dalam satu (1) kertas kerja formal yang tulen:-
a) Pembaharuan Bidang Pendidikan
b) Dasar Pendidikan
c) Pengajaran dan Pembelajaran Matapelajaran Yang Menjadi Pengkhususan
d) Penyelidikan Pendidikan
Kejayaan menyalurkan tulisan-tulisan ilmiah pendidikan yang dihasilkan ke dalam 'publication' seperti jurnal pendidikan adalah kelebihan.
Mempunyai usaha-usaha dan penglibatan di dalam penyelidikan pendidikan.
Mempunyai pencapaian bermutu sekurang-kurangnya di dalam tiga (3) bidang yang disenaraikan seperti berikut :
a) Menjadi pegawai rujuk di dalam disiplin pengkhususan dengan memberikan konsultasi, kursus induksi, bimbingan dan 'mentoring' kepada rakan sekerja baik secara 'in-house' mahupun di sekolah-sekolah lain yang memerlukan.
b) Penglibatan meluas di dalam seminar pendidikan dan forum-forum serupa sebagai pembentang kertas-kertas kerja atau/dan peserta di dalam atau/dan luar negeri.
c) Penglibatan di dalam kegiatan penyelidikan atau projek-projek pendidikan yang berteraskan penyelidikan bertujuan untuk menemukan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam disiplin pengkhususan yang berkesan, penghasilan sumber dan bahan pengajaran dan pembelajaran, dan pengurusan atau penggunaan kaedah serta sumber berkenaan.
d) Penglibatan dan sumbangan, secara langsung atau sebaliknya, di dalam usaha-usaha Kementerian Pendidikan bagi memaju dan melaksana dasar pendidikan atau/dan kurikulum sekolah.
e) Penglibatan dan sumbangan di dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah samaada yang berkaitan dengan pengajaran/pembelajaran peperiksaan, perhubungan awam atau pelbagai sektor bukan akademik.
f) Penghasilan bahan-bahan bacaan pendidikan samaada di dalam bentuk buku atau sebaliknya.
Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:
a) Peperiksaan Jabatan (jika ada);
b) Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;
c) Peraturan-Peraturan Kewangan.
Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
NOTA: Tempat menghantar borang dan tarikh tutup iklan untuk jawatan ini adalah dikekalkan.
YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
Permohonan adalah dipelawa dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memenuhi jawatan kosong seperti berikut dalam perkhidmatan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah:-
1. Kerani
Kelayakan Asas:
a) Mempunyai Kelulusan akademik sekurang-kurangnya 4 'O' Level.
b) Boleh menggunakan applikasi komputer seperti Microsoft Word, Excel, Macromedia Dreamweaver, Adobe Photoshop dan sebagainya, adalah satu kelebihan.
c) Boleh menulis dan bertutur dengan baik dan menguturakan buah fikiran dengan jelas dan baik.
d) Berkebolehan mereka ('design layout') atau mengemaskinikan halaman 'web'.
e) Berkebolehan mereka ('design layout') atau menyediakan bahan-bahan untuk diklankan ke dalam akhbar dan apa-apa jua media yang berkaitan.
f) Berkemahiran dalam bidang penggambaran dan penyutingan gambar untuk diarkib atau kegunaan halaman 'web' Yayasan.
g) Berkesanggupan bekerja di luar waktu pejabat dan di luar daerah.
2. Guru Additional Maths
3. Guru Latihan Jasmani
Kelayakan:
i. Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan dalam mata pelajaran yang berkenaan.
ATAU
Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam matapelajaran yang berkenaan dan mempunyai Sijil Diploma Lepas Ijazah dalam pendidikan (PGCE).
ii. Calon yang mempunyai kelulusan Sijil atau Diploma dalam Pendidikan boleh dipertimbangkan jika mempunyai pengalaman mengajar matapelajaran berkenaan di peringkat sekolah menengah sekurang-kurangnya 3 tahun.
Peringatan:
Borang permohonan boleh didapati di:-
Ibu Pejabat,
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah,
Jalan Kumbang Pasang,
Gadong BA 1511,
Negara Brunei Darussalam
Hanya permohonan yang berjaya sahaja yang akan dihubungi. Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dihatar ke alamat di atas tidak lewat dari Hari Jumaat, 05 Mac 2010, jam: 5.00 Petang.
JABATAN DAERAH BELAIT
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
JAWATAN KOSONG SEBAGAI PENGHULU MUKIM BUKIT SAWAT, DAERAH BELAIT
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Daerah Belait dengan sukacitanya mempelawa / menjemput penduduk- penduduk yang bermastautin di kawasan Mukim Bukit Sawat untuk menghadapkan pencalonan bagi mengisi jawatan Penghulu Mukim Bukit Sawat, Daerah Belait.
Tanggagaji : C1 EB2 iaitu $1,990.00 hingga $2,620.00
(merujuk Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bil: 5/1999 Negara Brunei Darussalam bertarikh 13 Zulkaedah 1419 bersamaa 02 Mac 1999.
KELAYAKAN CALON PENGHULU MUKIM
I. Setiap calon Penghulu Mukim hendaklah:-
a. Seorang lelaki yang terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b. Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan pelajaran di peringkat Tingkatan III atau kelulusan yang sebanding dengannya.
c. Berugama Islam dan mempunyai pengetahuan yang baik berhubungkait dengannya.
d. Berumur tidak kurang dari 40 tahun dan tidak lebih dari 60 tahun pada tarikh pencalonannya.
e. Bermastautin di Mukim Bukit Sawat tidak kurang 2 tahun sebelum atau pada tarikh pencalonannya. Bermastautin adalah bermaksud bahawa calon Penghulu Mukim hendaklah benar-benar tinggal di Mukim yang berkenaan dalam tempoh yang dikehendaki dimana calon itu mempunyai tempat kediaman dan mendiami tempat tersebut.
f. Tidak menjadi ahli atau terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung didalam sebarang pertubuhan siasah yang difikirkan boleh menjejaskan kepentingan atau keselamatan negara.
g. Mempunyai perwatakan, ketokohan dan sifat-sifat kepimpinan yang baik dan bersesuaian sebagai seorang pemimpin mengikut amalan kehidupan orang-orang Brunei serta bersikap pemedulian.
h. Tidak pernah diisythirkan muflis dibawah undang-undang yang dikuatkuasakan di negara ini dalam tempoh dua [2] tahun sebelum pencalonannya, termasuk pada tarikh pencalonan melainkan sebelum itu pengisytihran muflis telah dibatalkan oleh mahkamah.
i. Mempunyai pengetahuan yang baik dalam ugama Islam, kemasyarakatan dan adat resam setempat yang lazimnya diamalkan oleh masyarakat kampung berkenaan.
j. Mempunyai rekod prestasi kerja yang baik dan memuaskan bagi calon yang bekerja samada di pihak Swasta / Kerajaan dan hendaklah menyertakan laporan prestasi kerja bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
II. Setiap pencalonan bagi mengisikan Jawatan Penghulu Mukim adalah dimestikan:
a. Mengisikan Borang Pencalonan yang disediakan khas oleh Jabatan Daerah Belait dan ditandatangani oleh seorang pencalon dan dua orang penyokong. Borang pencalonan itu hendaklah ditandatangani oleh calon yang berkenaan sebagai penyataan, pengakuan dan persetujuan ke atas pencalonannya itu.
b. Calon yang tidak menandatangani Borang Pencalonan tidak akan diterima sebagai calon bagi Penghulu Mukim berkenaan.
c. Sebarang penarikan diri dalam pencalonan itu hendaklah dibuat secara bertulis.
III. Calon Penghulu Mukim akan terlebih dahulu ditapis dari segi kelayakan.
IV. Pencalon dan penyokong hendaklah terdiri daripada Rakyat atau Penduduk Tetap yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh pencalonan diadakan.
V. Pencalon dan penyokong hendaklah terdiri daripada Penduduk Mukim Bukit dan tinggal bermastautin di Kampong tersebut
VI. Pencalonan dan penamaan calon atau calon-calon selepas tarikh tutup pencalonan tidak akan diterima.
VII. Seorang Penghulu Mukim adalah dilantik atas titah perkenaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
VIII. Lain-lain syarat adalah tertaluk kepada Skim Perhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Negara Brunei Darussalam 1998 [Syarat-Syarat Lantikan dan Perkhidmatan Penghulu Mukim].
Cara Memohon:-
Keterangan lanjut dan borang pencalonan boleh didapati di Bahagian Institusi Penghulu Mukim dan Kampung di Jabatan Daerah Belait di talian 3334335/6/7/8 ext 115 pada waktu pejabat dibuka dan hendaklah diisikan mengikut apa yang dikehendaki dalam borang tersebut dan borang yang tidak diisikan dengan lengkap tidak akan diterima.
Borang pencalonan tersebut hendaklah dikembalikan kepada Pegawai Daerah Belait tidak lewat pada Hari Sabtu, 17 Mac 2010 jam 4.30 petang.
Dikemaskini 20 Februari 2010 (Sabtu)
Kembali ke muka utama
|