Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

Jumaat 19 Februari 2010 / 5 Rabiulawal 1431

 

Hubungi kami || Arkib ||



Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam

    
  Zuhur 12.36
     Asar 3.54
 Maghrib 6.34
     Isyak 7.44
 Imsak 5.07
     Subuh 5.17
 Syuruk 6.34
     Doha6.58
 
 
Waktu-waktu
  Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh Negara Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.

 

*** Manisnya Iman ***

"SESUNGGUHNYA Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik (mempersekutukan-Nya dengan sesuatu) dan Dia akan mengampunkan segala dosa yang lain daripada (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan suatu yang lain) maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar."
- ( Surah An Nisaa'
ayat 48).


Keadaan Cuaca :
Sebahagian berawan dengan hujan dan hujan berpetir berasingan di kawasan pedalaman merebak ke kawasan laut pada waktu malam.

Keadaan Angin :
Bertiup dari arah Timur Laut selaju 10-20 kmsj di daratan dan selaju 20-30 kmsj di laut.


Keadaan Laut :
Berombak sederhana di paras 1.0 - 2.0 m.

Ramalan jangka panjang sehingga tengah hari esok:
Keseluruhannya baik.


Suhu Maksimum :
 32 darjah Celsius


Suhu Minimum :
25 darjah Celsius



Awas! Taktik Licik Pengedar Dadah Antarabangsa
Awas! Taktik Licik Pengedar Dadah Antarabangsa
Awas! Taktik Licik Pengedar Dadah Antarabangsa


tpelita@yahoo.com

 

Majlis Doa Selamat,
Kesyukuran Bagi Istiadat Bersiram


MAJLIS Doa Selamat dan Doa Kesyukuran Bagi Istiadat Bersiram Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah sempena meluaran Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah binti Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim berlangsung di hadapan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.
(Foto : Abdul Kadir Md. Tahir)

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Februari.- Majlis Doa Selamat dan Doa Kesyukuran Bagi Istiadat Bersiram Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah sempena meluaran Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah binti Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim diadakan petang ini.
berita penuh


BERITA RINGKAS :-

MOU ICT antara Brunei dan India sangat signifikan

BERAKAS, Khamis, 18 Febuari.- Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar menyifatkan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Negara Brunei Darussalam dan India bagi kerjasama dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai sangat signifikan yang membolehkan kedua-dua belah pihak meningkatkan kerjasama dalam bidang-bidang yang mempunyai keutamaan dan berkepentingan bersama.
berita penuh...

Kementerian Kesihatan memerlukan tenaga kerja berkelulusan, berpengalaman

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Februari.– Kerajaan memperuntukkan lebih dari BND250 juta setiap tahun kepada Kementerian Kesihatan untuk gaji kakitangan, latihan, pembelian ubat-ubatan, alat-alat diagnostik dan rawatan, biaya penghantaran pesakit ke luar negeri, menyediakan prasarana dan peruntukan bagi pemeliharaan.
berita penuh...

Kementerian Kesihatan adakan Majlis Dikir

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Februari.- Suasana bagi menyemarakkan Sambutan Maulidur Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di negara ini terus bersemarak dengan Majlis Dikir semata-mata bagi memperingati hari kelahiran Rasul yang kita cintai.
berita penuh...

Mempromosi bidang perubatan dan kesihatan kepada pelajar

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Februari.- Pameran dan Karnival Kerjaya Kementerian Kesihatan bertujuan untuk mempromosi bidang-bidang perubatan dan kesihatan yang terdapat di Kementerian tersebut bukan sahaja dalam bidang kedoktoran dan kejururawatan tetapi juga bidang-bidang lain terutama yang berkaitan dengan kesihatan (Allied Health).
berita penuh...

Kementerian Pendidikan adakan doa kesyukuran

TUNGKU LINK, Khamis, 18 Februari.- Kementerian Pendidikan dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) mengadakan Doa Kesyukuran Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ke-36 Tahun.
berita penuh...

YSHHB adakan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Puja usia DPMM

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Februari.- Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) selaku Sekretariat Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ke-36 Tahun.
berita penuh...

Sebarkan maklumat pembangunan negara

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Februari.- Lebih dari 80 pegawai Perhubungan Awam (PA) dari kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan di negara ini menghadiri taklimat mengenai Perencanaan Kemajuan Jangka Panjang Negara Brunei Darussalam 2007 – 2035.
berita penuh...

BMR beri penghargaan kepada pelapor kes rasuah

JERUDONG, Khamis, 18 Februari. - Biro Mencegah Rasuah (BMR) memandang tinggi serta menghargai terhadap pelapor-pelapor kes rasuah, saksi-saksi bagi kes rasuah dan siapa saja yang bekerjasama dengan BMR dalam memerangi gejala-gejala rasuah.
berita penuh...

Konsultasi pengambilan pelajar baru MKJB

KUALA BELAIT, Khamis, 18 Februari.- Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah (MKJB) hari ini mengadakan Majlis Konsultasi bagi pengambilan bakal pelajar baru sesi 2010-2011 maktab tersebut.
berita penuh...

Jimatkan penggunaan tenaga elektrik

GADONG, Khamis, 18 Februari.- Para guru besar dan penolong guru besar diingatkan supaya menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di bangunan-bangunan sekolah sebagai langkah awal usaha menjimatkan tenaga di negara ini.
berita penuh...

Dayang Hajah Maisalamah terima sumbangan

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Februari . – Bagi meringankan lagi bebanan Dayang Hajah Maisalamah binti Haji Tengah yang rumahnya di Kampung Burong Pinggai Ayer yang telah ditimpa musibah pada 3 Januari lalu hari ini menerima sumbangan derma daripada para penduduk Kampung Burong Pinggai Ayer dan Kampung Sungai Asam.
berita penuh...

Bekas Menteri Pembangunan dan Wong Tim Kai didapati bersalah atas tuduhan rasuah

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Februari.- Bekas Menteri Pembangunan, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Wijaya Pengiran Dr. Haji Ismail bin Pg. Haji Damit dan Pengarah Pengurusan TED Sdn Bhd, Wong Tim Kai didapati bersalah atas tuduhan rasuah dalam kes yang berlarutan hampir lima tahun.
berita penuh...

SEKILAS INFO : Permohonan mendapatkan tambang kurnia menunaikan haji

JABATAN Urusan Haji memaklumkan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan sama ada yang sedang berkhidmat dan yang telah bersara bahawa tarikh tutup menghadapkan permohonan untuk mendapatkan pengurniaan tambang bagi menunaikan fardu haji bagi musim haji tahun 1431 Hijriah bersamaan 2010 Masihi tidak lewat dari 31 Mac 2010.
berita penuh...

SEKILAS INFO : Pertunjukan Kikik di Pantai Muara

PERSATUAN Kikik Negara Brunei Darussalam akan mempertunjukkan (melayangkan) beraneka jenis kikik (layang-layang) di Pantai Muara pada hari Ahad, 28 Februari 2010 bermula jam 4.00 petang bagi memperingati dan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-26 Tahun.
berita penuh...







*** PETIKAN TITAH ***

"DI ANTARA cabaran paling mencabar ialah kesediaan kita mengakui kelemahan yang ada, di samping tidak pula lambat untuk membuat pembaikan-pembaikan."
- Titah Sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun Ke-23 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada
5 Safar 1428 /
23 Februari 2007.

Penangguhan vaksin Influenza A H1N1

KEMENTERIAN Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Program Suntikan Vaksin Influenza A H1N1 ditangguhkan buat sementara waktu bermula Sabtu, 13 Februari.

Penangguhan ini berikutan penerimaan bekalan kumpulan baru vaksin tersebut yang memerlukan penelitian dan ianya benar-benar memenuhi piawaian kualiti bagi keselamatan.

Bagi orang ramai yang telah menerima suntikan vaksin sebelum ini, adalah dimaklumkan bahawa vaksin yang telah diberikan itu adalah memenuhi piawaian kualiti dan selamat.

Orang ramai akan dimaklumkan jika program suntikan disambung semula sehingga suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.


JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673-2-380527,
+673-2-383400,
+673-2-383401,
+673-2-383941 (Pelita Brunei)


+673-2-381004
+673-2-382905


" NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM " ... " NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM " ... " NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM " ... " NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM " ... " NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM " ... " NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM " ...


Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda pengunjung ke

bermula 1 Januari 2009
Best viewed with Internet Explorer