|
Berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Australia
 DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan ketika berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam yang baru, Tuan Yang Terutama Mark Douglas Sawers berlangsung di Istana Nurul Iman.
(Foto : Masri Osman / Mohd. Zul-izzi Haji Duraman)
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 April. –Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan tengah hari tadi berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam yang baru, Tuan Yang Terutama Mark Douglas Sawers berlangsung di Istana Nurul Iman di sini.
berita penuh
BERITA RINGKAS :-
Bangunan cawangan Jabatan Bomba dan Penyelamat dirasmikan
PENGKALAN BATU, Sabtu, 18 April. - Kampong Batu Ampar, Mukim Pengkalan Batu kini mempunyai cawangan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) yang baru dirasmikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan.
berita penuh...
Para media dihargai berikan kerjasama padu, salurkan maklumat tepat
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 April.- Kementerian Perhubungan melahirkan penghargaan kepada pihak media di atas kerjasama yang diberikan dalam menyalurkan maklumat yang tepat mengenai sektor pengangkutan dan perhubungan selama ini kepada orang ramai .
berita penuh...
Tingkatkan daya usaha bagi memastikan kejayaan SPN21
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 April. –Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman menyatakan ke arah memastikan kelancaran dan kejayaan Sistem Pendidikan Negara Abad 21 (SPN21) semua pihak perlu mempertingkatkan daya usaha dan bekerja lebih keras.
berita penuh...
Isteri penghulu dan ketua kampung DBM lawat Penerangan
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 April. –Untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi akan tugas dan peranan yang dimainkan oleh Jabatan Penerangan selaku lidah, mata dan telinga kerajaan serombongan isteri-isteri penghulu dan ketua kampung Daerah Brunei Muara (DBM) mengadakan lawatan ke jabatan itu di sini.
berita penuh...
Jangan terpedaya dengan skim-skim cepat kaya
RIMBA, Sabtu, 18 April. –Seramai 120 bakal pesara dari sektor kerajaan dalam Bahagian IV telah menyertai Taklimat TAP dan Perancangan Kewangan yang diungkayahkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat dari Tabung Amanah Pekerja (TAP).
berita penuh...
Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin terus menerima sumbangan dari pelbagai pihak
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 April. –Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin (TKRP) terus menerima sumbangan dari pelbagai pihak yang prihatin akan nasib malang yang menimpa penduduk Islam di bumi Palestin.
berita penuh...
PDI sumbang peralatan mesin padi kepada saudara baru Kg. Bebuloh
BEBULOH, Sabtu, 18 April. - Projek penanaman padi secara berkelompok bagi saudara-saudara baru merupakan salah satu program Rancangan Strategik Pusat Da’wah Islamiah (PDI) 2004-2024 bagi melahirkan saudara-saudara baru yang mampu berdikari dan berdaya maju.
berita penuh...
25 ketua kampung DBM mengikuti Kursus Skim Kefahaman Al-Qur’an
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 April.- Seramai 25 ketua kampung dari Daerah Brunei dan Muara (DBM) hari ini memulakan Kursus Skim Kefahaman Al-Qur’an Ketiga anjuran Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Qur’an Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITAQSHHB).
berita penuh...
Program Pembangunan CLMV berakhir dengan penyampaian sijil
TUNGKU, Sabtu, 18 April. – Majlis Penutup Bagi Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-pegawai Kanan Negara-negara CLMV berakhir dengan penyampaian sijil kepada para peserta yang mengikuti program tersebut yang berlangsung petang tadi di Bilik Senat Universiti Brunei Darussalam (UBD).
berita penuh...
Sampaikan maklumat projek pembangunan kepada anak buah kampung
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 April.- Penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung boleh menyampaikan maklumat dan penerangan mengenai projek-projek Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada para penduduk masing-masing dengan mengikut tatacara yang betul dan berkesan.
berita penuh...
Sekolah Rendah YSHHB adakan Sukan Ria dan Olahraga
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 April. - Lebih 700 pelajar Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) berserta ibu bapa menghadiri Sukan Ria dan Olahraga sekolah berkenaan bagi tahun 2009 berlangsung di padang sekolah berkenaan, di sini.
berita penuh...





|