Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Program Pembangunan CLMV
berakhir dengan penyampaian sijil

TUNGKU, Sabtu, 18 April. – Majlis Penutup Bagi Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-pegawai Kanan Negara-negara CLMV berakhir dengan penyampaian sijil kepada para peserta yang mengikuti program tersebut yang berlangsung petang tadi di Bilik Senat Universiti Brunei Darussalam (UBD).


KETUA Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri, Haji Ibrahim bin Haji Hassan semasa menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta yang mengikuti Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-pegawai kanan Negara-negara CLMV.

Tetamu kehormat pada majlis tersebut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Ibrahim bin Haji Hassan menyempurnakan penyampaian sijil-sijil kepada para peserta program.

Program yang berjalan selama lapan minggu tersebut telah bermula pada 23 Februari lalu yang mana program tersebut telah dilaksanakan melalui kerjasama di antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan UBD yang ditaja oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan sebagai salah satu sumbangan Negara Brunei Darussalam di bawah ‘Integrated ASEAN Initiatives’ (IAI).

IAI adalah kerangka polisi yang memberikan tuju arah kepada usaha sama ASEAN bagi membantu mengurangkan jarak pembangunan dalam ASEAN.

Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-pegawai Kanan Negara-negara CLMV membantu para peserta untuk mempertingkatkan keberkesanan dan kemahiran dalam pengurusan, memandangkan mereka diberi latihan berasaskan pembangunan kapasiti Perkhidmatan Awam.

Mereka juga diberi tunjuk ajar mengenai kemahiran ‘Conceptualizing dan ‘Analyzing’ masalah dan isu awam.

Juga disertakan dalam program tersebut adalah beberapa aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan pemahaman mengenai soal ekonomi, kerajaan dan rakyat Brunei.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah wakil-wakil dari kedutaan Kemboja, Republik Demokratik Rakyat Laos, Kesatuan Myanmar dan juga Republik Sosialis Viet Nam serta kakitangan dan pegawai-pegawai dari JPA dan UBD.


(Berita dan Foto : Ak. Haji Mohd. Zukarnaen Pg. Haji Abu Bakar)

Kembali ke muka utama




Kembali ke muka utama

Waktu Perkhidmatan Kaunter

TABUNG Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan kaunter di cawangan ibu pejabat di Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan mula beroperasi pada setiap hari Jumaat bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Sehubungan dengan itu, waktu perkhidmatan kaunter di kesemua cawangan TAP adalah ditukar iaitu setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu waktu beroperasi bemula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga 3.30 petang.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800.