Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

Khamis 19 Mac 2009 / 22 Rabiulawal 1430

 

Hubungi kami || Arkib ||



Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam

    
  Zuhur 12.30
     Asar 3.39
 Maghrib 6.32
     Isyak 7.41
 Imsyak 4.59
     Subuh 5.09
 Syuruk 6.25
     Doha 6.48
 
 
Waktu-waktu
  Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh Negeri Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.

 

***Manisnya Iman***

"KATAKAN : Sesungguhnya Tuhan mencukupkan dan membatasi rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa yang kamu nafkahkan (di jalan kebaikan), nescaya Tuhan akan menggantinya. Dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya." - Surah Saba' ayat 29.


Keadaan Cuaca :
Pada amnya baik pada waktu pagi ini. Sebahagiannya berawan dengan hujan berasingan dijangka berlaku sekitar tengahari dan hujan atau hujan berpetir kebanyakkan nya berlaku dikawasan pedalaman pada waktu petang.


Keadaan Angin :
Bertiup perlahan dari beberapa arah pada pagi ini menjadi angin Barat laut selaju 10 - 20 kmsj pada waktu petang.


Keadaan Laut :
Berombak sedikit ke sederhana di paras 0.8 - 1.5 m.

Ramalan jangka panjang sehingga tengah malam :
Hujan atau hujan berpetir berasingan melintasi negara kita


Suhu Maksimum :
 32 darjah selsius


Suhu minimum :
25 darjah selsius



tpelita@yahoo.com

 

Berkenan berangkat
ke Majlis Perhimpunan Khas Wanita

KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar semasa berangkat ke Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi Tahun 1430 Hijrah
(Foto :Hernie Suliana Haji Othman / Mohd.Hatral Hazmi Haji Abdul Hamid)

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar berkenan berangkat ke Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1430 Hijrah. Majlis berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas di sini.

Berangkat sama di majlis tersebut ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Hayatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bulqiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

berita penuh


BERITA RINGKAS :-

Empat orang wanita terima Anugerah Bakti Hijrah Khas Wanita
BERAKAS, Rabu, 18 Mac. – Seramai empat wanita terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berumur 60 tahun ke atas telah dikurniakan ‘Anugerah Bakti Hijrah Khas Wanita Tahun 1430 Hijrah’ di Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bagi tahun 1430 hijrah yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa di sini.
berita penuh...

Penglibatan kaum wanita terbukti bantu kembangkan syi’ar Islam
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 Mac. - Penglibatan kaum wanita dalam membantu mengembangkan syiar Islam dan mempertahankan kesuciannya adalah tuntutan syara’ yang dipikul bersama.
berita penuh...

Kementerian Pendidikan tidak membeza-bezakan kemudahan diluar bandar
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 Mac. - Kementerian Pendidikan tidak membeza-bezakan pemberian kemudahan-kemudahan bagi penduduk-penduduk ataupun kanak-kanak sekolah yang terdapat di luar bandar mahupun di bandar-bandar.
berita penuh...

Profesion guru memerlukan dedikasi dan kemahuan
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 Mac. - Profesion guru bukanlah sesuatu yang hanya mengikut kemahuan kehendak pekerjaan sahaja, ia adalah satu pekerjaan yang memerlukan dedikasi dan kemahuan orang itu sendiri serta cintanya untuk menjadi seorang guru.
berita penuh...

Pinjaman SME melibatkan perikanan,pembuatan dan pelancungan
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 Mac. – Dasar yang ada pada masa kini bagi pinjaman Skim SME pelan ke dua perusahan yang dihadkan kepada 5 juta tidak menghadkan kepada pertanian sahaja, malah juga melibatkan perikanan, pembuatan dan pelancongan.
berita penuh...

Kementerian Pembangunan mengenalpasti projek-projek terbengkalai
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 Mac. - Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Abdullah berkata kementeriannya telah mengenal pasti beberapa punca yang menyebabkan projek-projek pembangunan terbengkalai di negara ini.
berita penuh...

Tambang haji dan makanan halal diteliti, pembinaan sekolah ugama disesuaikan
BERAKAS, Rabu, 18 Mac. – Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain berkata, kadar kurnia tambang haji yang diusulkan adalah tertakluk kepada pertimbangan jawatankuasa yang berkenaan dan perkara ini akan dikemukakan kepada jawatankuasa berkenaan untuk diteliti.
berita penuh...

Sejumlah 5,066 pohon bantuan wang zakat
BERAKAS, Rabu, 18 Mac. – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mencatatkan sebanyak 5,066 permohonan telah diterima dari orang ramai bagi mendapat bantuan pengagihan wang zakat.
berita penuh...

Isu yang dibentangkan di MMN menampakan kemajuan
BERAKAS, Rabu, 18 Mac. – Dalam mengimbas kembali penubuhan semula Majlis Mesyuarat Negara (MMN) pada 25 September 2004 dan telah melalui empat musim kini, telah memasuki mesyuarat pertama dari musim permesyuaratan kelima di Bangunan Baru Majlis Mesyuarat Negara telah menampakkan perkembangan dan kemajuan hasil daripada beberapa isu-isu yang dibentangkan sepanjang permesyuarat.
berita penuh...

Projek-projek Pemodenan Akan Dipertingkatkan
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 17 Mac. – Kementerian Pertahanan akan meningkatkan projek-projek permodenan dan peningkatan taraf terus dijalankan agar selaras dengan fungsi atau bentuk ancaman yang dihadapi masa kini.
berita penuh...

Majlis membuka naubat
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 Mac. - Naubat kini dibuka semula setelah ia tertutup atas kembalinya ke rahmatullah Almarhum Yang Mulia Pengiran Anak Haji Hassanuddin bin Pengiran Muda Haji Safiuddin pada hari Rabu, 11 Mac 2009 Masehi lepas bersamaan 15 Rabiulawal 1430 Hijrah.
berita penuh...

Pemerintah ABDB terima kunjungan hormat ATDT
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 Mac. - Sebagai sebahagian diplomasi pertahanan, pertukaran lawatan antara anggota-anggota Kementerian Pertahanan dengan negara-negara sahabat merupakan salah satu aktiviti yang lazim dikendalikan ke arah mengeratkan lagi hubungan bersama khususnya di bidang pertahanan.
berita penuh...

Kegiatan 'intervention' membantu matlamat Nadi Borneo
BERAKAS, Rabu, 18 Mac. – Projek Nadi Borneo (Heart of Borneo HOB) yang sedang dijalankan ketika ini adalah dalam proses untuk melantik seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang sesuai bagi mengetuai Urusetia Projek Nadi Borneo, di samping mengatur beberapa rancangan yang telah dijalankan berbentuk kegiatan ‘intervention’ yang dapat membantu mencapai matlamat Nadi Borneo.
berita penuh...

Jadikan kecemerlangan sebagai pasak mengejar bidang yang diceburi
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 Mac. - Kecemerlangan perlu dijadikan budaya, disemai dan dipupuk di kalangan pelajar agar, ianya menjadi pasak yang teguh dalam mencipta kecemerlangan dalam apa jua bidang yang akan diceburi.
berita penuh...

Maktab SOAS juara Pertandingan Koir Lagu-lagu patriotik senegara
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 Mac. – Masyarakat di negara ini khusus para belia disaran supaya tidak leka dan terus melaksanakan usaha secara bersepadu, di samping mengatasi pelbagai cabaran.
berita penuh...

SPN21 diharap meningkatkan kualiti pendidikan negara
GADONG, Rabu, 18 Mac. – Pelaksanaan Sistem Pendidikan Abad Ke-21 (SPN21) kini berjalan lancar sejak awal tahun ini dan diharapkan boleh membawa perubahan kepada sikap, pemikiran serta amalan yang dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara.
berita penuh...

MKJB dan Syarikat Megamas meterai STCW 95
KUALA BELAIT, Rabu, 18 Mac. – Satu Majlis Penandatanganan Lanjutan Memorandum Persefahaman Kursus Pra Penempatan di Laut berkaitan ‘Piawaian Mengenai Latihan, Persijilan dan Pengawasan Di Laut bagi Pelaut’ (STCW) 95 di antara Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah (MKJB) dengan Syarikat Latihan Megamas Sendirian Berhad telah berlangsung petang tadi di Syarikat Latihan Megamas di Jalan Mumong di sini.
berita penuh...

Waktu Perkhidmatan kaunter TAP
BANDAR SERI BEGAWAN - Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan kaunter di cawangan Ibu Pejabat TAP yang bertempat di Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan akan dibuka pada setiap hari Jumaat.
berita penuh...







*** PETIKAN TITAH ***

"DI ANTARA cabaran paling mencabar ialah kesediaan kita mengaku kelemahan yang ada, disamping tidak pula lambat untuk membuat pembaikan-pembaikan. Dalam Perkhidmatan Awam, kita dikehendaki berfikiran terbuka untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada dan juga bersikap proaktif untuk memperolehi kecemerlangan."

- Titah Sempena Hari Kebangsaan Ke-23 Negara Brunei Darussalam pada 5 Safar 1428 bersamaan 23 Februari 2007.


Negara Brunei Darussalam
hos Sambutan
Hari Komanwel 2009

JABATAN Belia dan Sukan memaklumkan bahawa Negara Brunei Darussalam akan menjadi hos acara Sambutan Hari Komanwel 2009 pada 8 hingga 11 Mac 2009 dan Bengkel Serantau mengenai Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia mulai 12 hingga 17 Mac 2009 pada tahun ini. Sambutan ini dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Program Belia Komanwel, Pusat Asia bertemakan 'Komanwel 60: Membantu Generasi Muda'. Acara itu membolehkan negara-negara anggota menyertai aktiviti-aktiviti yang menggalakkan persafahaman mengenai isu-isu global, kerjasama antarabangsa dan aktiviti-aktiviti bagi komanwel moden di samping memberikan peluang baik kepada mereka untuk bertukar-tukar idea, menggalakkan persefahaman dan kerjasama di samping meningkatkan hubungan yang harmoni di antara mereka. Sementara itu bengkel serantau mengenai Pencegahan Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia adalah untuk menyediakan satu platform kepada para belia untuk berkongsi maklumat tentang amalan-amalan terbaik dan belajar antara satu sama lain. Ia juga untuk meningkatkan pengetahuan dan persefahaman peserta tentang dimensi virus masalah penyalahgunaan dadah, menyediakan pelan-pelan tindakan untuk pencegahan penyalahgunaan dadah, rawatan dan penjagaan serta mengukuhkan kordinasi di kalangan kerajaan dan bukan kerajaan ke arah strategi efektif bagi pencegahan, rawatan dan penjagaan. Setiap negara ahli akan disertai oleh dua wakil berusia 18 hingga 29 tahun dari sektor kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman mengenai isu HIV/AIDS dan penyalahgunaan dadah.


JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673 22380527,
+673 2383400,
+673 2383401

+673 2382905

" Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir " ... " Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir " ... " Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir " ... " Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir " ... " Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir " ... " Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir " ...


Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda pengunjung ke


MySpace Layouts
bermula 1 Januari 2009