|
JAWATAN-JAWATAN KOSONG
IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7 (a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH IKLAN : 18 MAC 2009
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 8 APRIL 2009
BILANGAN IKLAN : 11/03/09 (SPA/BMI)
PERATURAN 7 (a)
Syarat-syarat Am:
(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu
bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
(D) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. PENGARAH
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
DAN PERDAGANGAN
SUPERSCALE C ($6,800 - $7,010 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
i) Ijazah Sarjana atau kelulusan PhD dalam bidang Sains Komputer / Sistem Teknologi atau bidang bersesuaian yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
ii) Mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang yang berkaitan dengan hal ehwal Teknologi Maklumat dan Komunikasi tidak kurang dari lima (5) tahun.
Menjadi ahli badan-badan professional dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang diiktiraf oleh Kerajaan adalah kelebihan.
ATAU
i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains komputer / Sistem Teknologi Maklumat atau bidng bersesuaian yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji Kumpulan I tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Pengurus Sistem atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji Kumpulan II tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Menjadi ahli badan-badan professional dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang diiktiraf oleh Kerajaan adalah kelebihan.
Mempunyai sijil yang diperakui dari badan-badan / institusi professional dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah kelebihan.
2. PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN
TINGKAT I
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Sains Perpustakaan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perpustakaan Tingkat II dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
3. PENYELIA PUSAT BELIA
JABATAN BELIA DAN SUKAN
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA
DAN SUKAN
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM :
i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tangggaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
4. MEKANIK TINGKAT KHAS
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
D.3 EB.4-5 ( $900 - $1,625 SEBULAN) ATAU
D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN) ATAU
D.2 EB.3-4 ($650 - $1,465 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI D.3 :
i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Mekanik Kenderaan Bermotor / Kejuruteraan Badan Kenderaan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan kerja-kerja pembaikan/pemeliharaan kenderaan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji E.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Mempunyai lesen memandu kelas 3.
Berkebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Berpengalaman dalam bidang kerja penyelenggaraan dan pemeliharaan kenderaan dan jentera berat dan ringan adalah kelebihan.
KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI D.2 :
i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan. ATAU
ii) BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang Mekanik Kenderaan Bermotor / Kejuruteraan Badan Kenderaan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan. ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Mekanik atau jawatan bersesuaian dalam bidang berkaitan dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 7 tahun.
Mempunyai lesen memandu kelas 3.
Berkebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Berpengalaman dalam bidang kerja penyelenggaraan dan pemeliharaan kenderaan dan jentera berat dan ringan adalah kelebihan.
5. BURUH / TUKANG KEBUN
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
i) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB); atau kelulusan sebanding.
Kelulusan sebanding adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan Tukang Kebun / Pembersih dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji F.2/F.1 tidak kurang dari 5 tahun.
Berpengalaman dalam kerja-kerja berkaitan diberi keutamaan.
Tinggal di kawasan yang berdekatan adalah kelebihan.
6. TUKANG KEBUN TINGKAT KHAS
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
i) Penilaian Menengah Bawah (PMB); atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang bersesuaian.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Kebun atau dalam jawatan berkaiatan dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 3 tahun.
Berpengalaman dalam kerja-kerja berkaitan diberi keutamaan.
Tinggal di kawasan yang berdekatan adalah kelebihan.
7. ATENDAN / PEMBERSIH
JABATAN ADAT ISTIADAT NEGARA
F.1-2-3-4-5 EB.6 ($445 - $790 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
Lulus Tingkatan III.
Lelaki dan berumur diantara 18 tahun hingga 35 tahun.
Mengetahui serba ringkas akan Adat Istiadat Diraja dan tahu mengenai Alat-Alat Kebesaran Diraja.
Mengetahui nama-nama gelaran dan orang-orang yang dikurniakan gelaran.
Mempunyai pengalaman bekerja sebagai Penyambut tetamu dan mengangkat Bintang Petian, Dian dan lain-lain di Majlis-Majlis Yang Beristiadat adalah kelebihan.
8. PEMBERSIH
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
F.1-2-3-4-5 EB.6 ($445 - $790 SEBULAN)
F.1-2-3 EB.4-5 ($445 - $700 SEBULAN)
F.1-2-3 EB.4 ($445 - $650 SEBULAN)
F.1-2 EB.3 ($445 - $590 SEBULAN)
9. PEMBERSIH PEJABAT
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
F.1-2-3 EB.4 ($445 - $650 SEBULAN)
10. PEMBERSIH ASRAMA
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
F.1-2-3 EB.4 ($445 - $650 SEBULAN)
11. PEMBERSIH DEWAN
JABATAN MAJLIS-MAJLIS MESYUARAT
JABATAN PERDANA MENTERI
F.1-2-3 EB.4 ($445 - $650 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM BAGI BILANGAN 8 HINGGA 11:
Berkebolehan menulis dan membaca.
Berbadan sihat dan mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja pembersihan.
Tinggal dikawasan yang berdekatan adalah kelebihan.
Berumur diantara 20 hingga 45 tahun (bagi jawatan bilangan 11).
12. TUKANG KEBUN / PEMBERSIH
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)
F.2-3-4 EB.5 ($495 - $700 SEBULAN)
F.2-3 EB.4 ($495 - $650 SEBULAN)
F.1-2-3 EB.4 ($495 - $650 SEBULAN)
13. TUKANG KEBUN / PEMBERSIH / BURUH
JABATAN PERIKANAN
F.1-2-3 EB.4 ($445 - $650 SEBULAN)
14. TUKANG KEBUN
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
F.1-2-3 EB.4 ($445 - $650 SEBULAN)
F.1-2 EB.3 ($445 - $590 SEBULAN)
15. TUKANG KEBUN / PENCUCI
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
F.1-2-3 EB.4 ($445 - $650 SEBULAN)
16. PENCUCI
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
F.1-2-3 EB.4 ($445 - $650 SEBULAN)
17. TUKANG KEBUN / BURUH
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
F.1-2-3 EB.4 ($445 - $650 SEBULAN)
18. BURUH / PEMBERSIH
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
F.1-2-3 EB.4 ($445 - $650 SEBULAN)
19. BURUH
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
F.1-2 EB.3 ($445 - $590 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM BILANGAN 12 BAGI TANGGAGAJI E.1:
i) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB); atau kelulusan sebanding.
Kelulusan sebanding adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan Tukang Kebun / Pembersih dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji F.2/F.1 tidak kurang dari 5 tahun.
b) Berpengalaman dalam kerja-kerja berkaitan diberi keutamaan.
c) Tinggal di kawasan yang berdekatan adalah kelebihan.
KELAYAKAN MINIMUM BILANGAN 12 HINGGA 19 BAGI TANGGAGAJI F.2/F.1:
Berkebolehan menulis dan membaca.
Berbadan sihat dan mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja berkaitan dengan Tukang Kebun / Pembersih / Pencuci.
Tinggal di kawasan yang berdekatan adalah kelebihan.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 19:
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)
IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI
GH.20 PEGAWAI GEOFIZIK
UNIT PETROLEUM
JABATAN PERDANA MENTERI
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)
KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Geofizik atau bidang berkaitan; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian dan mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan adalah diberi keutamaan.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN GH.20:
PENYAMBUT TETAMU, TINGKAT BAWAH,
UNIT PETROLEUM,
BAHAGIAN PENTADBIRAN, BANGUNAN BAHRIAH,
JALAN MENTERI BESAR,
BANDAR SERI BEGAWAN BB3910,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
NOTA: TARIKH TUTUP BAGI MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH.20 ADALAH PADA HARI SABTU, 28 MAC 2009, JAM 4.30 PETANG.
PEMBERITAHUAN:
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 19 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
3. Bagi iklan jawatan bilangan 20 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1.
4. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
5. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
6. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja
pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
7. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
8. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
9. Permohonan yang diterima lewat daripada 8 APRIL 2009 tidak dilayan.
10. Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
11. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat seperti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan dari:-
a. Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei.
b. Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/
• Melalui email bmm.spa@spa.gov.bn.
12. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
• Pejabat Daerah Belait;
• Pejabat Daerah Temburong.
• Pejabat Daerah Tutong;
• Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan,
Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan;
• Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan
Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
Dikemaskini 18 MAC 2009 (Rabu)
Kembali ke muka utama
|