BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 17 Mac. – Kementerian Pertahanan akan meningkatkan projek-projek permodenan dan peningkatan taraf terus dijalankan agar selaras dengan fungsi atau bentuk ancaman yang dihadapi masa kini.
Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Haji Ibrahim sebagai mewakili Timbalan Menteri Pertahanan ketika menjelaskan semasa perbahasan peruntukkan Kementerian Pertahanan dalam Peringkat Jawatankuasa , menyatakan kementerian berkenaan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) juga berperanan menyokong usaha diplomasi yang juga tidak kurang pentingnya dan turut memerlukan perhatian yang sama dari segi peruntukkan kewangan.
Peruntukan yang diusulkan itu tegas Yang Berhormat untuk kegunaan Pertahanan bagi tahun 2009/2010 mengambil kira sepenuhnya tanggungjawab pertahanan dan keselamatan yang semakin lama semakin mencabar. Keamanan yang sekian lama kita kecapi sama sekali tidak bererti pengurangan tanggungjawab di pihak di Kementerian Pertahanan.
Jelas Yang Berhormat, ini juga bertambahnya bentuk ancaman masa kini dari hanya 'conventional' kepada 'non conventional' yang meliputi pelbagai jenis merentas sempadan, sama ada yang datangnnya daripada ancaman manusia mahupun ancaman yang datang dari alam semula, telah menambahkan keperluan bagi Kementerian Pertahanan dan ABDB untuk meningkatan keupayaan dan kemahirannya.
Menurut Yang Berhormat, ini termasuk keperluan berterusan bagi kementerian berkenaan untuk melibatkan diri dalam usaha-usaha kerjasama dengan negara-negara sahabat dari segi latihan bersama pertukaran perisikan dan sebagainya.
Kementerian Pertahanan,jelas Yang Berhormat dalam memenuhi keperluan-keperluan tersebut masih tetap berpandukan kepada perancangan yang telah digariskan dalam kertas putih dan perancangan strategik pertahanan. Dalam erti kata lain peruntukan yang dipohonkan bagi tahun kewangan 2009/2010 merupakan kesinambungan dalam meneruskan perlaksanaan rancangan dan inisiatif dari tahun sebelumnya.
Dalam melaksanakan perancangan dan inisiatif ini, kementerian itu menggunakan tatacara yang sama iaitu dengan mengeksplotasikan eset-eset yang sedia ada iaitu sumber tenaga manusia, peralatan tentera, prasarana dan kewangan. Ini dilaksanakan melalui penambahan eset-eset tersebut, masing-masing dengan cara peningkatan tahap pendidikan dan penyediaan latihan terkini bagi sumber tenaga manusia, perlaksanaana pemeliharaan,upgrading dan pengubahsuaian tentera dan memastikan pencapaian manfaat yang maksima dari peruntukan Pertahanan.
Dalam hubungan ini, ujar Yang Berhormat, Kementerian Pertahanan tetap menekankan faktor-faktor efisensi dan cause effectiveness iaitu amalan pen`yelamatan tanpa mengkompromikan kualiti perkhidmatan dan pada waktu yang sama mendatangkan pulangan pada pertumbuhan negara. Perlaksanaan inisiatif-inisiatif penswastaan contohnya rumah-rumah masak, khemah-khemah tentera telah terbukti berkesan.
Menteri Kewangan II menjelaskan, bagi tahun 2009, anggaran perbelanjaan Kementerian Pertahanan adalah lebih berkurangan sebanyak .08 peratus berbanding dengan peruntukan tahun lepas.
Peruntukan yang diuslkan ini telah dirancang dengan teliti dan dijangka akan membolehkan kementerian itu terus melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dalam mempertahankan keamanan dan kemakmuran negara serta melaksanakan tanggungjawabnya di dalam komuniti yang lebih besar selaku ahli kepada badan-badan serantau dan antarabangsa.
(Oleh : Dk. Hajah Fatimah Pg. Haji Mohd. Noor)
Kembali ke muka utama