Menuju Keredaan Allah

PUASA SUNAT BULAN SYA'BAN :

Isu-isu Hukum Mengenainya dikerjakan sebelum atau pada 15 hari bulan Sya‘ban; bukan kemudian daripada itu. Jika dia memulakan puasanya itu hanya selepas separuh kedua Sya‘ban, maka tidak diharuskan (haram) baginya berpuasa sunat pada separuh kedua Sya‘ban (16 hari bulan hingga akhir bulan Sya‘ban).

Adalah juga memadai jika sekiranya dia memulakan puasa sunatnya itu hanya pada 15 hari bulan Sya‘ban, kemudian menyambung puasanya itu tanpa berbuka di separuh kedua bulan Sya‘ban.

Walau bagaimanapun jika pada mana-mana hari dalam separuh kedua bulan Sya‘ban itu dia berbuka (tidak berpuasa) sekalipun kerana keuzuran, dia ditegah meneruskan puasa sunatnya itu pada baki hari-hari separuh kedua bulan Sya‘ban melainkan jika dia mempunyai sebab. Sebagai contoh seseorang berpuasa pada 15 dan 16 hari bulan Sya‘ban, kemudian dia berbuka (tidak berpuasa) pada 17 hari bulan Sya‘ban, maka diharamkan dia berpuasa pada 18 hari bulan Sya‘ban dan hari-hari seterusnya tanpa sebab.

Adapun bagi sesiapa yang berpuasa bulan Sya‘ban sepenuhnya, maka sudah jelas tidak termasuk dalam larangan ini kerana itu sudah menjadi adat atau kebiasaan.

Maka dalam tiga keadaan yang telah disebutkan tadi, diharuskan bagi seseorang itu untuk berpuasa pada separuh kedua bulan Sya‘ban dan pada hari Syak.

MAKSUD ADAT KEBIASAAN BERPUASA DI BULAN SYA'BAN

Apabila menyebut adat kebiasaan, sering kali difahami bahawa perbuatan atau amalan itu telah dilakukan berulang kali dan perbuatan tersebut tidak ditinggalkan dalam tempoh yang lama.

Adapun dalam konteks berpuasa bulan Sya‘ban, adalah dikira atau memadai untuk dinamakan sebagai adat kebiasaan berpuasa itu walaupun ianya dilakukan atau dikerjakan cuma sekali; dengan syarat tertentu. Memadai juga jika amalan berpuasa sunat itu dilakukan pada tahun sebelumnya ataupun pada suatu masa atau tempoh yang telah lama berlalu jika mematuhi syarat yang ditentukan. Sekiranya dia mempunyai adat yang berbeza-beza kerana dilakukan pada tahun yang berlainan, maka yang diambil dikira ialah adat kebiasaan pada tahun yang terakhir dikerjakan.

Dalam hal ini, Imam Ibnu Hajar Rahimahullah ketika menjawab pertanyaan mengenai sukat-sukat adat kebiasaan yang mengharuskan berpuasa pada separuh kedua bulan Sya‘ban, beliau telah membahagikannya kepada dua, iaitu:

i) Adat kebiasaan yang baru sekali sahaja dilakukan, dengan syarat hendaklah dikerjakan puasa tersebut pada separuh pertama bulan Sya‘ban dan tidak diselangi dengan berbuka (tidak berpuasa) antara separuh pertama bulan Sya‘ban dan separuh keduanya. Jika diselangi dengan berbuka (tidak berpuasa), maka adat itu menjadi batal. Apabila adat tersebut batal, maka hukum berpuasa pada separuh kedua bulan Sya‘ban adalah haram.

ii) Adat kebiasaan yang telah berulang kali dilakukan, dengan syarat hendaklah dikerjakan puasa tersebut pada separuh pertama bulan Sya‘ban atau bulan sebelumnya.

Untuk memahami perkara di atas, penjelasannya secara ringkas seperti berikut:

i. Puasa sunat yang cuma dilakukan sekali sahaja:

(a) Apa yang dikira sebagai adat kebiasaan:

Seseorang cuma pernah berpuasa sunat pada hari Isnin minggu kedua bulan Sya‘ban (9 hari bulan Sya‘ban). Kemudian hari Isnin seterusnya (hari Isnin minggu ketiga), kebetulan jatuh pada 16 hari bulan Sya‘ban.

HUKUM BERPUASA SELEPAS 15 HARI BULAN SYA'BAN:

Jika dia hendak melakukan puasa pada hari Isnin minggu ketiga itu (16 hari bulan Sya‘ban) hukumnya adalah harus. Ini kerana perbuatannya melakukan puasa secara berturutan, bermula pada hari Isnin minggu kedua bulan Sya‘ban (9 hari bulan) dan akan diikuti lagi berpuasa pada hari Isnin minggu ketiga bulan Sya‘ban (16 hari bulan) sudah memadai untuk dianggap sebagai adat kebiasaan. (b) Apa yang tidak dikira sebagai adat kebiasaan:

Seseorang cuma pernah berpuasa pada hari Isnin minggu pertama bulan Sya‘ban (2 hari bulan Sya‘ban). Kemudian hari Isnin minggu kedua (9 hari bulan Sya‘ban) dia tidak berpuasa.

HUKUM BERPUASA SELEPAS 15 HARI BULAN SYA'BAN:

Jika dia hendak melakukan puasa pada hari Isnin minggu ketiga (16 hari bulan Sya‘ban) hukumnya adalah haram. Ini kerana di antara hari Isnin minggu yang pertama dengan hari Isnin minggu yang ketiga telah diselangi oleh hari Isnin minggu kedua dalam keadaan dia tidak melakukan puasa. Maka yang demikian itu tidak membolehkannya untuk dianggap sebagai adat kebiasaan.

ii. Puasa sunat yang sudah berulang kali dilakukan:

(a) Seseorang itu sudah menjadi adat kebiasaannya berpuasa sunat setiap minggu pada setiap hari Isnin. Tetapi dalam pada itu juga, adakalanya dia tidak melakukan puasa pada hari Isnin.

HUKUM BERPUASA SELEPAS 15 HARI BULAN SYA'BAN:

Memandangkan dia telah melakukan puasa sunat itu berulang kali, maka ini sudah dianggap sebagai adat kebiasaan. Oleh yang demikian, jika dia hendak berpuasa sunat pada hari Isnin pada separuh kedua bulan Sya‘ban hukumnya adalah harus kerana dia mempunyai sebab, iaitu adat kebiasaan. Sekalipun terdapat pada minggu-minggu sebelumnya dia pernah tidak berpuasa pada hari Isnin.

(b) Seseorang melakukan puasa sunat pada hari Isnin minggu kedua bulan Sya‘ban (9 hari bulan Sya‘ban) dan hari Isnin minggu ketiga (16 hari bulan Sya‘ban). Kemudian pada hari Isnin minggu keempat (23 hari bulan Sya‘ban) dia tidak berpuasa, sebaliknya bercadang untuk berpuasa pada hari Isnin hadapannya (minggu kelima). Kebetulan hari Isnin minggu kelima itu jatuh pada hari Syak (30 hari bulan Sya‘ban). Apakah hukumnya berpuasa pada hari Syak dalam hal ini?

Memandangkan dia telah melakukan puasa sunat itu berulang kali, maka ini sudah dianggap sebagai adat kebiasaan. Oleh yang demikian, jika dia hendak berpuasa sunat pada hari Isnin minggu kelima itu yang jatuh pada hari Syak (30 hari bulan Sya‘ban) hukumnya adalah harus kerana dia mempunyai sebab, iaitu adat kebiasaan. Sekalipun terdapat pada minggu sebelumnya dia pernah tidak berpuasa pada hari Isnin.

Oleh itu dapat difahami bahawa tidak semua adat kebiasaan itu, khususnya yang dilakukan cuma sekali, dianggap memadai mengharuskannya berpuasa selepas separuh kedua bulan Sya‘ban. Berbeza dengan kebiasaan yang telah berulang kali dilakukan walaupun pernah diselangi dengan berbuka, maka itu telah memadai dianggap sebagai adat kebiasaan.

Sebagai kesimpulan berpuasa di bulan Sya‘ban adalah disunatkan, bahkan ia merupakan sunnah Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam. Baginda tidak pernah sekali-kali meninggalkan amalan berpuasa di bulan Sya‘ban. Berdasarkan kepada amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sebaiknya janganlah mengkhususkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban itu hanya pada 15 hari bulan Sya‘ban sahaja.

Adapun hukum berpuasa sunat pada separuh kedua bulan Sya‘ban, secara ringkasnya, jika dia mempunyai sebab, seperti puasa wajib kerana qadha, nazar atau kaffarah, atau sudah menjadi adat kebiasaannya berpuasa pada hari tertentu seperti puasa sunat hari Isnin dan Khamis atau puasa sehari berbuka sehari, maka adalah diharuskan berpuasa dan tidak dihukumkan haram.

Adapun bagi mereka yang hendak berpuasa sunat, bukan kerana puasa wajib atau adat kebiasaan, maka hendaklah dia berpuasa sepenuhnya bulan Sya‘ban ataupun sekurang-kurangnya dia berpuasa pada 15 hari bulan Sya‘ban dan meneruskan puasanya itu tanpa berbuka. Bagaimanapun jika dia berbuka (tidak berpuasa) pada separuh kedua bulan Sya‘ban, sekalipun kerana keuzuran, maka dia tidak lagi boleh meneruskan puasa sunatnya itu melainkan jika dia mempunyai sebab-sebab yang mengharuskan dia puasa.

Bagi mereka yang masih belum mengqadha puasa Ramadhan yang lalu, maka tiadalah masa yang lebih tepat untuk menunaikannya melainkan di bulan Sya‘ban ini. Adapun bagi mereka yang bercadang untuk membiasakan diri sebagai persiapan menghadapi Ramadhan, bolehlah memulakan latihan atau persediaan tersebut pada hari-hari separuh pertama bulan Sya‘ban supaya tidak terhalang apabila masuk separuh kedua bulan Sya‘ban.

WALLAHU'ALAM

Kembali ke muka utama