
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7 (a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH IKLAN : 9 JULAI 2008
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 JULAI 2008
BILANGAN IKLAN : 27/07/08 (SPA/BMI)
Syarat-syarat Am:
(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu
bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
(D) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
PENDAFTARAN sekarang dibukakan bagi Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menceburi kerjaya Tentera sebagai Bakal-bakal Pegawai Kadet Wanita dan Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Pendaftaran dibukakan bermula 24 Jun hingga 18 Julai 2008
Syarat-syarat bagi Bakal-bakal Pegawai Kadet Wanita ABDB
* Bujang
* Berumur di antara 18 tahun hingga 25 tahun
* Pemohon yang mempunyai kelulusan Ijazah mestilah berumur tidak melebihi 28 tahun sebelum tarikh latihan
* Ketinggian 157 cm (5 kaki 2 inci)
* BMI - 18 hingga 25
* Kelayakan minima mestilah mendapat 3 kepujian (sekurang-kurangnya gred C) peperiksaan GCE 'A' level dan 1 AS Level (seperti General Paper dan sebagainya) ATAU Higher National Diploma (HND) ATAU Kelayakan Akademik Professional yang sebanding seperti International Baccalaureate (IB).
* Kelayakan Akademik yang lebih tinggi adalah menjadi keutamaan.
Syarat-syarat bagi Bakal-bakal Rekrut Wanita ABDB
* Bujang
* Berumur di antara 17 tahun 6 bulan hingga 25 tahun sebelum tarikh latihan
* Ketinggian 152 cm (5 kaki )
* BMI - 18 hingga 25
Kelayakan minima 2 kepujian peperiksaan Peringkat Biasa ('O'Level) atau sebanding dengannya.
(Nota: Kelulusan mestilah diperolehi sekali peperiksaan atau dua (2) kali berturut-turut sahaja) - kelulusan yang lebih tinggi adalah diutamakan.
PERINGATAN : Hari Rabu dan Jumaat sebelah petang pendaftaran ditutup.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi :
Pejabat pengambilan ABDB,
Jabatanarah Keanggotaan,
Kementerian Pertahanan,
Bolkiah Garison. Tel: 2386111 / 2386112
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Daerah Tutong dengan sukacitanya mempelawa/menjemput penduduk-penduduk yang bermastautin di kawasan Kampong Danau untuk menghadapkan pencalonan bagi mengisikan jawatan Ketua Kampong Danau, Tutong.
Tanggagaji : C1 EB2 iaitu $1,280.00 hinggga $1,930.00 (Menurut Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bil: 5/1999, Negara Brunei Darussalam bertarikh 13 Zulkaedah 1419 bersamaan 2 Mac 1999).
KELAYAKAN CALON KETUA KAMPUNG
1. Setiap calon Ketua Kampung hendaklah:-
a. Seorang lelaki yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b. Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan pelajaran di peringkat Tingkatan III atau kelulusan yang sebanding dengannya.
c. Berumur tidak kurang dari 30 tahun dan tidak lebih dari 60 tahun pada tarikh pencalonannya.
d. Bermastutin di Kampong Danau tidak lebih 2 tahun sebelum atau pada tarikh pencalonanya. Bermastautin adalah bermaksud bahawa calon Ketua Kampung hendaklah benar-benar tinggal di Kampung yang berkenaan dalam tempoh yang dikehendaki di mana calon itu mempunyai tempat kediaman dan mendiami tempat tersebut.
e. Tidak menjadi ahli atau tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam sebarang pertubuhan siasah yang difikirkan boleh menjelaskan kepentingan atau keselamatan negara.
f. Mempunyai perwatakan, ketokohan dan sifat-sifat kepimpinan yang baik dan bersesuaian sebagai seorang pemimpin mengikut amalan kehidupan orang-orang Brunei serta bersifat pemedulian.
g. Tidak pernah diisyitiharkan muflis di bawah undang-undang yang di-kuatkuasakan di negara ini dalam tempoh dua (2) tahun sebelum pencalon-annya, termasuk pada tarikh pencalonan melainkan sebelum itu pengisytiharan muflis telah dibatalkan oleh mahkamah.
h. Mempunyai pengetahuan yang baik dalam agama Islam dan selok-belok kemasyarakatan serta adat resam setempat yang lazimnya diamalkan oleh masyarakat Kampung berkenaan.
i. Mempunyai rekod prestasi kerja yang baik dan memuaskan bagi calon yang berkerja samada dipihak Swasta/-Kerajaan dan hendaklah menyertakan laporan prestasi kerja bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
2. Calon yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan akan dipersarakan jika dilantik sebagai Ketua Kampung dan akan menikmati faedah dari jawatannya seperti yang ditetapkan dalam Akta Pencen.
3. Setiap pencalonan bagi mengisikan jawatan Ketua Kampung adalah dimestikan:-
a. Mengisikan borang Pencalonan yang disediakan khas oleh Jabatan Daerah Tutong dan ditandatangani oleh se-orang pencalon dan dua orang penyokong. Borang pencalonan itu hendaklah ditandatangani oleh calon berkenaan, sebagai pernyataan, pe-ngakuan dan persetujuan ke atas pencalonanya itu.
b. Calon yang tidak menandatangani Borang Percalonan tidak akan diterima sebagai calon bagi Ketua Kampung berkenaan.
c. Sebarang penarikan diri dalam pencalonan itu hendaklah dibuat secara bertulis.
4. Calon Ketua Kampung akan terlebih dahulu ditapis dari segi kelayakan.
5. Pencalon dan penyokong hendaklah terdiri daripada rakyat atau penduduk tetap yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh pencalonan diadakan.
6. Pencalon dan penyokong hendaklah terdiri daripada penduduk Kampong Danau dan tinggal bermastautin di Kampong Danau, Tutong.
7. Pencalon dan penamaan calon atau calon-calon selepas tarikh tutup pencalonan tidak akan diterima.
8. Seorang Ketua Kampung adalah dilantik atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
9. Keterangan lanjut dan Borang Pencalonan bolehlah diperolehi dari Unit Institusi Penghulu dan Ketua Kampong, Jabatan Daerah Tutong pada waktu pejabat dibuka dan hendaklah diisikan seperti mana yang dikehendaki di dalam borang tersebut dan borang yang tidak diisikan dengan lengkap tidak akan diterima. Borang Percalonan hendaklah dikembalikan tidak lewat 30 Rejab 1429 bersamaan 2 Ogos 2008 (Sabtu) jam 3.00 petang.
Kembali ke muka utama
Dikemaskini 12 Julai 2008 (Sabtu)