Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

Sabtu 18 April 2009 / 22 Rabiulakhir 1430

 

Hubungi kami || Arkib ||



Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam

    
  Zuhur 12.21
     Asar 3.32
 Maghrib 6.27
     Isyak 7.38
 Imsyak 4.44
     Subuh 4.54
 Syuruk 6.12
     Doha 6.36
 
 
Waktu-waktu
  Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh Negeri Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.

 

***Manisnya Iman***

“SESIAPA yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan siapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri. Dan Tuhanmu tidak sekali- kali berlaku zalim kepada hamba-hamba- Nya.” - Surah Fush Shilat ayat 46.


Keadaan Cuaca :
Sebahagian berawan dan pada amnya baik pada pagi ini. Walaubagaimanapun, hujan berasingan dijangka berlaku sepanjang persisiran pantai sekitar tengahari dan bergerak ke pedalaman kemudiannya pada waktu petang.


Keadaan Angin :
Bertiup perlahan dari arah Barat Daya pada waktu pagi menjadi angin Barat Laut selaju 10 - 25 kmsj pada waktu petang.


Keadaan Laut :
Berombak sedikit di paras 0.5 - 1.0 m.

Ramalan jangka panjang sehingga tengah malam :
Pada amnya baik.


Suhu Maksimum :
 33 darjah selsius


Suhu minimum :
24 darjah selsius



tpelita@yahoo.com

 

Hubungan NBD dan Republik Arab Syria terus dipertingkatkan

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 17 April.- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkih Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Presiden Republik Arab Syria, Tuan Yang Terutama Bashar Al-Assad bersempena dengan Hari Kebangsaan negara tersebut yang jatuh pada hari ini.

Dalam perutusan kepada Presiden Bashar Al-Assad, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyampaikan tahniah kepada Tuan Yang Terutama, Kerajaan dan rakyat Republik Arab Syria bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan negara tersebut.

berita penuh


BERITA RINGKAS :-

Kaunseling bukan hanya untuk yang bermasalah GADONG, Jumaat, 17 April. – Tanggapan mengenai kaunseling hanya untuk mereka yang bermasalah adalah tidak tepat di mana tanggapan sedemikian hanya akan membantutkan orang ramai untuk tampil ke hadapan membincang atau mendapatkan nasihat atau mendapatkan perkhidmatan kaunseling.
berita penuh...

Pusat ehsan mengalu-alukan sumbangan pelbagai pihak BENGKURONG, Jumaat, 17 April. - Pusat Ehsan Al Ameerah Al Hajjah Maryam telah menerima sejumlah 18 buah mesin terapi dari Syarikat Raikajaya dan YKL Sdn. Bhd.
berita penuh...

Rezeki yang halal membawa keberkatan dalam kehidupan BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 17 April. – Setiap manusia berkewajipan mencari rezeki bagi memenuhi keperluan kehidupan seharian seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain, sama ada untuk diri sendiri mahupun orang yang berada di bawah tanggungannya.
berita penuh...







*** PETIKAN TITAH ***

“KITA perlu sedar, isu akidah adalah isu sepanjang zaman. Aktiviti-aktiviti yang bercanggah dengan akidah adalah perkara lumrah. Namun orang kurang sedar bahawa perkara seumpama ini boleh membawa kepada kebinasaan dan kerugian yang amat besar.”

- Titah Sempena Majlis Ilmu Sempena Hari Keputeraan Ke-61 Tahun pada 9 Rejab 1428 / 24 Julai 2007.


Waktu Perkhidmatan Kaunter

TABUNG Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan kaunter di cawangan ibu pejabat di Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan mula beroperasi pada setiap hari Jumaat bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Sehubungan dengan itu, waktu perkhidmatan kaunter di kesemua cawangan TAP adalah ditukar iaitu setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu waktu beroperasi bemula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga 3.30 petang.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800.


JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673 22380527,
+673 2383400,
+673 2383401

+673 2382905

" Mukim Sehat Sejahtera Rakyat " ... " Mukim Sehat Sejahtera Rakyat " ... " Mukim Sehat Sejahtera Rakyat " ... " Mukim Sehat Sejahtera Rakyat " ... " Mukim Sehat Sejahtera Rakyat " ... " Mukim Sehat Sejahtera Rakyat " ...


Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda pengunjung ke


MySpace Layouts
bermula 1 Januari 2009