Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Hubungan NBD dan Republik Arab Syria terus dipertingkatkan

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 17 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkih Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Presiden Republik Arab Syria, Tuan Yang Terutama Bashar Al-Assad bersempena dengan Hari Kebangsaan negara tersebut yang jatuh pada hari ini.

Dalam perutusan kepada Presiden Bashar Al-Assad, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyampaikan tahniah kepada Tuan Yang Terutama, Kerajaan dan rakyat Republik Arab Syria bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan negara tersebut.

Baginda juga melahirkan penghargaan terhadap persahabatan yang dikongsikan bersama antara kedua-dua buah negara dan berharap untuk terus meningkatkan lagi kerjasama dalam rangka dua hala dan selaku rakan dalam kerjasama antarabangsa.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berharap Tuan Yang Terutama akan sentiasa gembira dan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Kembali ke muka utama




Kembali ke muka utama

Waktu Perkhidmatan Kaunter

TABUNG Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan kaunter di cawangan ibu pejabat di Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan mula beroperasi pada setiap hari Jumaat bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Sehubungan dengan itu, waktu perkhidmatan kaunter di kesemua cawangan TAP adalah ditukar iaitu setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu waktu beroperasi bemula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga 3.30 petang.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800.