|
NBD - Republik Filipina tingkatkan kerjasama di pelbagai sektor
 MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Serudin dan Duta Besar Republik Filipina ke negara ini, Puan Yang Terutama Virginia H. Benavides memotong kek sempena Ulang Tahun ke 111 Kemerdekaan Republik Filipina yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa.
(Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)
BANDAR SERI EBGAWAN, Selasa, 16 Jun. – Hubungan bersepadu di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Filipina dalam bidang pertanian dan pengeluaran beras terus diberi keutamaan selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memberikan keutamaan sekuriti pemakanan jangkan panjang.
Duta Besar Republik Filipina ke negara ini, Puan Yang Terutama Virginia H. Benavides menjelaskan perkara itu di Majlis Resepsi Sempena Ulang Tahun Ke-111 Kemerdekaan Republik Filipina yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas di sini.
berita penuh
BERITA RINGKAS :-
Cari kaedah terbaik pengajaran, pembelajaran sains
KATOK, Selasa, 16 Jun. - Guru sains di negara ini diseru agar sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan berusaha mencari kaedah-kaedah yang terbaik bagi mengukuhkan dan memberkesankan lagi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains.
berita penuh...
Ilmu beri kesan langsung kehidupan dunia dan akhirat
TUTONG, Isnin, 15 Jun. - Ilmu adalah rahmat dan nikmat pemberian Allah Subhanahu Wata’ala yang tidak ternilai harganya yang memberikan kesan langsung terhadap kehidupan manusia di dunia dan akhirat.
berita penuh...
Aktiviti keagamaan di masjid sempena cuti penggal persekolahan
JERUDONG, Selasa, 16 Jun. –Untuk mengisi aktiviti cuti persekolahan penggal kedua serta mengimarahkan masjid-masjid dengan aktiviti berfaedah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan Projek Memperkasa Budaya Membaca di Masjid ke arah sama-sama mendukung Memperkasa Budaya Membaca Tahun 2009.
berita penuh...
Memperkayakan pengetahuan para pemimpin Tunas Puteri
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 16 Jun. – Bengkel Skim Mingguan Bagi Pemimpin-pemimpin Tunas Puteri Sekolah-sekolah Rendah Senegara 2009 akan mendatangkan manfaat, menambah ilmu baru dan pengalaman yang boleh diserap dan dikembangkan kepada anak bangsa di negara ini khususnya ahli-ahli Tunas Puteri.
berita penuh...
Lebih 2,000 pegawai kerajaan duduki peperiksaan
TUNGKU, Selasa, 16 Jun. – Sebagai usaha berterusan untuk terus mempertingkatkan pengetahuan berkaitan dengan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengadakan peperiksaan Perintah-perintah Am dan Peraturan-peraturan Perkhidmatan Kerajaan (GO) dan peperiksaan Peraturan Kewangan yang diadakan di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam di sini.
berita penuh...
Pejabat Elektrik Sengkurong berpindah sementara
TANJONG BUNUT, Selasa, 16 Jun. - Pejabat Cawangan Elektrik Sengkurong, di Jalan Tutong yang ada pada masa ini hari ini berpindah buat sementara ke Block C, Tanjong Bunut Place, Kampong Tanjong Bunut, Mukim Kilanas.
berita penuh...
Sukan Ria eratkan silaturahim warga polis
PANAGA, Selasa, 16 Jun. - Anggota Daerah Polis Belait Cawangan E hari ini mengadakan Sukan Ria bersama keluarga mereka bertempat di Padang RU ‘A’ Panaga sebagai salah satu aktiviti tahunan pasukan tersebut.
berita penuh...
70 anak warga PDI ikuti aktiviti cuti sekolah
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 16 Jun. – Lebih dari 70 anak warga Pusat Da’wah Islamiah (PDI) pagi tadi mengikuti aktiviti-aktiviti anjuran Unit Perpustakaan PDI.
berita penuh...
UBD tuan rumah rombongan IPGM
TUNGKU, Selasa, 16 Jun. - Serombongan 14 orang terdiri dari pensyarah dan seorang pegawai pentadbiran dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) berada di negara ini bagi lawatan persahabatan empat hari.
berita penuh...
Atlet muda menyerlah dalam acara pingpong
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 16 Jun. - Acara pingpong perseorangan lelaki dan wanita Pesta Sukan Remaja bermula hari ini menyaksikan atlet-atlet muda beraksi menyerlah di Kompleks Sukan Menglait, Gadong di sini.
berita penuh...
Awangku Hafiy raih satu lagi pingat emas
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 16 Jun. - Awangku Hafiy Tajuddin, atlet berpotensi dari Daerah Brunei dan Muara (DBM) berjaya mengutip pingat emas kedua peribadinya hari ini menerusi acara lari 1500 meter lelaki dengan mencatat masa 4.31.87 setelah emas pertama yang diperolehinya kelmarin dalam acara lari 400 meter.
berita penuh...
Nurul Aimi Amalidya sumbang emas menerusi pencak silat
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 16 Jun. -BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 16 Jun. - Pesilat muda dari Daerah Brunei dan Muara (DBM), Nurul Aimi Amalidya berjaya memungut pingat emas dalam acara pencak silat dalam kategori tunggal wanita di Pesta Sukan Remaja Kali Ke-4 yang diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas di sini.
berita penuh...
Brunei Muara, Belait, Tutong masing-masing kutip satu emas
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 16 Jun. - Abd. Hakim Haji Yahya menghadiahkan pingat emas kepada Kontinjen Daerah Belait setelah berjaya membuat lompatan setinggi 1.90 meter dalam acara lompat tinggi lelaki di Pesta Sukan Remaja Kali Ke-4.
berita penuh...
Negara mengalami cuaca kering sejak pertengahan April
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 16 Jun. - Negara Brunei Darussalam sedang mengalami cuaca kering sejak pertengahan April hingga sekarang dengan hanya sekali-sekala dan sedikit hujan dalam tempoh berkenaan.
berita penuh...
Orang ramai dipelawa sertai Peraduan Seni Lukis
JABATAN Muzium-Muzium Brunei memaklumkan kepada orang ramai bahawa jabatan berkenaan akan mengadakan Peraduan Seni Lukis Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-63.
berita penuh...





|