Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
injauan
Sastera dan Budaya

Pelan Strategik e-Kerajaan 2009 - 2014 punyai unsur ‘connectivity’, ‘interaksi’ dan ‘transaksi’
Rencana Oleh : Dk. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor
fatimah.noor@information.gov.bn

DALAM memantau perkembangan inisiatif e-Kerajaan lima tahun ke hadapan iaitu 2009 - 2014, selain dari pengurusan pemantauan yang fokus kepada perkembangan pelaksanaan projek-projek adalah menjadi hasrat kerajaan untuk menggalakkan agar mempunyai unsur ‘connectivity’, ‘interaksi’ dan kelak ‘transaksi’ .

Timbalan Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri (JPM), Awang Haji Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof berkata apa yang dimaksudkan ialah pembarigaan maklumat bagi meningkatkan kefahaman semua kementerian, agensi-agensi kerajaan dan juga orang ramai mengenai perkembangan inisiatif e- Kerajaan di negara ini dari semasa ke semasa kerana ianya memainkan peranan penting dalam hal ini. Sebagai contoh, Pameran e- Kerajaan selama tiga hari baru-baru ini buat pertama kalinya diadakan adalah bertujuan sebagai kempen meningkatkan kesedaran terutamanya kefahaman orang ramai ke atas perkembangan dan tahap pencapaian inisiatif e-Kerajaan di Negara Brunei Darussalam.

Berikutan dengan pameran ini nanti, tegas beliau, insya-Allah beberapa siri jerayawara e- Kerajaan juga akan dila- ratkan ke daerah-daerah lain. Perkembangan inisiatif e-Kerajaan ini adalah di pantau dan diteliti oleh JPM khususnya dalam menepati apa yang dihasratkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Pelan Strategik e-Kerajaan 2009 - 2014.

Timbalan Setiausaha Tetap JPM dalam wawancara eksklusif semasa Pameran e-Kerajaan yang berlangsung di Mall Gadong, baru-baru ini menyatakan perkemba- ngan inisiatif e-Kerajaan sejauh ini bolehlah kita lihat bermula sejak tahun 2000 dengan adanya ‘E-Government Strategic Framework For Action 2001-2005’. Dalam jangka masa tersebut, sebahagian besar program pelaksanaan adalah berfokuskan kepada perkembangan infrastruktur seperti penyediaan pu- sat data, pembekalan komputer dan rangkaian. Namun berikutan satu penilaian pencapaian yang dijalankan pada peng- hujung tahun 2006, mulai pertengahan tahun 2007, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui JPM telah mengorak lang- kah pelaksanaan dasar e- Kerajaan.

“Alhamdulillah, dari sini beberapa organisasi teras e-Kerajaan yang bersesuaian telah mula dinaikkan taraf dan juga ditubuhkan. Antaranya adalah Forum Kepimpinan e-Kerajaan (EGLF) yang bersidang pertama kalinya pada bulan November 2007, Badan Berkuasa Teknikal e-Kera- jaan (EGTAB) yang mula beroperasi pada Oktober 2007, pelantikan semula Ketua-ketua Pegawai Maklumat yang bersidang melalui Forum Dialog CIOs dan penubuhan Pusat Kebangsaan e-Kerajaan (EGNC) yang beroperasi mulai bulan April 2008. Tumpuan diberikan kepada memberikan perkhidmatan yang ‘Citizen-Centric’ serta reformasi perkhidmatan awam dalam pemberian perkhidmatan kepada orang ramai,” tegas beliau lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI

Menyentuh mengenai perkembangan terkini dalam inisiatif e-Kerajaan adalah dengan terlancarnya jua Pelan Strategik e-Kerajaan 2009-2014 pada 30 Mei 2009 yang lepas, beliau turut mengongsikan antara lainnya beberapa komponen penting atau apa yang disampaikan dalam Pelan Strategik tersebut - teras utama seperti berikut:

Pertama, peningkatan kapasiti ICT dalam khidmat kerajaan (ICT capacity) - Apa yang penting di sini adalah bagi menyampaikan mesej atau kefahaman kepada orang ramai adalah mengenai penekanan ke atas keperluan sumber tenaga manusia dan kepakaran dalam bidang ICT yang masih kekurangan di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta.

Perkara ini adalah ‘key’ bagi menjayakan inisiatif e-Kerajaan dan ianya akan lebih mencabar di masa akan datang apabila mana pelaksanaan projek-projek e-Kerajaan semakin bertambah. Dalam hal ini, ingin memaklumkan seperti jua yang pernah disuarakan oleh Timbalan Menteri di JPM semasa pelancaran Buku Pelan Strategik e-Kerajaan 2009-2014 pada 30 Mei lepas, kerajaan melalui pihak EGNC sedang berusaha dan insya-Allah dalam proses membuat perancangan menangani isu sumber tenaga ICT di sektor kerajaan dengan tujuan pelaksanaan inisiatif e-Kerajaan menepati sasaran yang dihasratkan.

Kedua, adalah penting bagi inisiatif e-Kerajaan dalam melaksanakan projek-projek bagi meningkatkan integrasi (Integrating the Government) sesama agensi kerajaan yang lain dan sekali gus dihasratkan untuk pemberian perkhidmatan e-Kerajaan (Delivering Integrated, Acces- sible and Convenient E-Services) kepada pelanggan dan khususnya orang ramai. Kita perlu tahu di sini dalam usaha JPM bagi mendukung hasrat kerajaan baginda untuk menampilkan e-Kerajaan sebagai jentera penggerak yang utama, pemberian perkhidmatan kepada pelanggan dan orang ramai adalah diharapkan dapat dilaksana dengan cepat, mudah, fokus pelanggan, kos efektif dan pada keseluruhannya berbeza serta lebih baik dari sebelumnya.

Ketiga, apa yang ingin sampaikan kepada orang ramai adalah kefahaman mengenai projek-projek e- Kerajaan yang perlu dilihat bukan sahaja dari segi teknologi sebagai ‘enabler’, tetapi juga dari segi ‘connectivity’ dan interaksi an- tara kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi kerajaan dengan pelanggan serta orang ramai.

Dalam hal ini adalah menjadi hasrat kerajaan untuk menggalakkan projek-projek e-Kerajaan agar mempunyai unsur ‘connec- tivity’, ‘interaksi’, dan kelak ‘transaksi’ .

“Insya-Allah mem- bolehkan kitani orang ramai dan pelanggan berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan termasuk perkhidmatan-perkhidma- tan seperti pembayaran tuntutan bil utiliti, perta- nyaan serta penyediaan borang permohonan secara online. Dengan adanya kaedah pengurusan perkhidmatan tersebut, kos pentadbiran akan turun, pengen- dalian perkhidmatan akan lebih mesra pelanggan dan efisien sekali gus tekad pemedulian akan lebih bermakna kepada semua pihak,” tegas beliau lagi.

PERKHIDMATAN

Komponen - komponen atau teras-teras utama yang lain ujarnya termasuklah jua penekanan ke atas memperkukuhkan piawaian, prosedur, peraturan dan dasar (Enhancing Governance) dan juga penekanan ke atas keselamatan dan keyakinan dalam penggunaan ICT (Strengthening Security and Trust) bukan sahaja bagi pengguna di Perkhidmatan Awam bahkan bagi semua pelanggan dan orang ramai dalam urusan mendapatkan perkhidmatan - perkhidmatan e-Kerajaan dari agensi- agensi kerajaan.


Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Penulisan skrip drama tv 2009-2010

RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis tanahair untuk menulis skrip drama bagi siaran di televisyen.

Penyertaan ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berkarya dan mencungkil bakat di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

Penyertaan adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama bersiri kanak-kanak - 30 minit x 13 episod, drama khas kanak-kanak bulan ramadan - 15 minit x 29 episod, drama bersiri remaja - 30 minit x 13 episod dan drama bersiri bulan ramadan - 30 minit x 29 episod.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu, Radio Televisyen Brunei.

Untuk mendapatkan maklumat, sila hubungi setiausaha di talian 2236855 (Direct Line)/ 2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV ditalian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.-