Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

JAWATAN-JAWATAN KOSONG

JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7(a)
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT),
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI
KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

TARIKH IKLAN: 17 JUN 2009
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 8 JULAI 2009
BILANGAN IKLAN 24/06/09 (SPA/BMI)

PERATURAN 7(a)

Syarat-Syarat Am:
(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.

(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.

(D) Cara permohonan – Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.

1. PEGAWAI PELAJARAN
JABATAN PERANCANGAN, PERKEMBANGAN
DAN PENYELIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
G.13 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

Mempunyai Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan adalah kelebihan.

Berkebolohan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

Mempunyai pengetahuan dalam bidang perangkaan, perancangan dan penyelidikan adalah kelebihan.

Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam mengendalikan komputer adalah kelebihan.

2. PEGAWAI PROJEK
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

1. a) TANGGAGAJI B.2 EB.3:

Ijazah Sarjana Muda bidang Pengajian Perniagaan / Kejuruteraan / Arkitektur / Pengurusan Projek atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

b) TANGGAGAJI B.2:

i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan Projek / Kejuruteraan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam Penolong Pegawai Projek Tingkat I dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

3. PENOLONG PEGAWAI JURUTERA LAUT
JABATAN PELABUHAN
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
C.3-4 EB. 5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:

i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Marine Engineering; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

ATAU

ii) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Marine Engineering serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan bidang kejuruteraan dalam tanggagaji Bahagian III tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU

iii) Sijil Kecekapan sebagai Pegawai Jurutera Laut Kelas 4 serta telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Teknisyen Kapal Tingkat Khas dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun.

4. PEMERIKSA KERETA
JABATAN PENGANGKUTAN DARAT
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding serta berpengalaman kerja dalam bidang yang bersesuaian selama tidak kurang dari 3 tahun.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

ATAU

ii) Berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Darat sebagai Penolong Pemeriksa Kereta dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

Mempunyai lesen memandu 1, 3 dan 5. Pemohon yang hanya mempunyai lesen memandu kelas 3 boleh juga dipertimbangkan dengan syarat mereka dikehendaki mendapatkan lesen memandu kelas 1 dan 5 dalam tempoh percubaan.

Boleh memahami, bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

5. PEMBANTU JURUTEKNIK TERLATIH
JABATAN PERKHIDMATAN TEKNOLOGI
PENJAGAAN KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM: i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Biasa (ND) dalam bidang Elektrikal / Elektronik; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama. Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan ATAU ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan bidang pemeliharaan alat-alat Elektronik atau Elektro Mekanikal dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.

6. PEMBANTU PENYELIDIK SEJARAH
PUSAT SEJARAH BRUNEI
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran BruneiCambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding termasuk mata pelajaran Sejarah.

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

Berkebolehan dan cenderung dalam kerja-kerja penyelidikan.

Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik serta boleh menulis dan membaca Jawi dengan baik.

Pernah menulis rencana sejarah, Adat Istiadat dan Kebudayaan adalah kelebihan.

7. ATENDAN PAMERAN
PUSAT SEJARAH BRUNEI
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN
SUKAN
F.1-2-3-4-5 EB.6 ($445 - $790 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
Berumur diantara 18 hingga 30 tahun.
Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB); atau kelulusan sebanding.

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris adalah kelebihan.

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7:

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)

PEMBERITAHUAN:
Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.

Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 7 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.

Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.

Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).

Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-

a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;

b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);

c. Rekod Perkhidmatan.

Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.

4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.

Permohonan yang diterima lewat daripada 8 JULAI 2009 tidak dilayan.

Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.

Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat sepesrti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan dari:-

a. Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei.

b. Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/

• Melalui email bmm.spa@spa.gov.bn.

Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-

• Pejabat Daerah Belait;

• Pejabat Daerah Temburong.

• Pejabat Daerah Tutong;

• Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan;

• Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.


PASUKAN POLIS DIRAJA
JABATAN PERDANA MENTERI

ASSISTANT SUPERINTENDENT OF
POLICE (ASP)

A Bachelor’s Degree, minimum of 2nd Class Lower Honours
Age : 18 to 35 years
Basic Salary : B$2110.00

INSPECTOR

A Bachelor’s Degree, minimum of Ordinary Degree
Age : 18 t0 35 years
Basic Salary : B$2110.00

PROBATIONARY INSPECTOR

Minimum of Higher National Diploma ( HND ) qualifications preferably in Accounting, Forensic Science, IT and Marine Engineering. Minimum of Higher National Diploma ( HND ) qualifications preferably in Accounting, Forensic Science, IT and Marine Engineering.

Age : 18 t0 26 years
Basic Salary : B$1,025.00 + B$186.00 ( ration allowance )
B$1,970.00 after 6 months training

POLICE CONSTABLE

Police Constable At least 4 credits O Level subjects especially in Malay and English.
Those with Diploma in Nursing are welcome to apply.

Age : 18 t0 28 years
Basic Salary : B$580.00 + B$186.00 ( ration allowance )
B$625.00 after 6 months training

PRIVILEGES

Degree holders will receive;
- Degree without Honours – B$300.00 per month.
- Degree with Honours – B$500.00 per month.
- Masters – B$700.00 per month.

Additional allowances;
- Allowance P – B$100.00 per month.
- Special Police Allowance – B$200.00 per month.
- Subsistence Allowance – B$170.00 per month.

Pensionable scheme of service.

BASIC REQUIREMENTS
Height and Weight - Not less than 1.7 meter ( 5 feet 6 in ) and not more than 60 kg for MALE.
Not less than 1.64 meter ( 5 feet 4 in ) and not more than 55 kg for FEMALE.
Medically fit.
Good eyesight. Applicants must have normal colour vision.

TRAININGS/COURSES
Successful candidates will undergo a nine (9) month basic training at the Police Training Centre or abroad.

PROBATION PERIOD
Successful candidates will be on probation for a period of three (3) years and will be attached to various formations prior to being confirmed as Assistant Superintendent of Police or Cadet Insepctor.

APPLICATION PROCEDURES
Application forms can be obtained from the Recruitment Section, Police Training Centre, Royal Brunei Police Headquarters, Gadong or at all police districts throughout the state during office hours,
Completed forms should be returned to the Training Division, Department of General Adminsitration and Finance for Assistant Superintendent of Police and Inspector applicants and to the Police Training Centre, Royal Brunei Police Headquarters, Gadong for police constable applicants not later than Saturday, 27 June 2009;
Serving government officers should submit their applications through their respective Head of Department;
For any inquiries or further information, please contact :

Training Division
Department of General Administration and Finance
Royal Brunei Police Headquarters
Gadong BE1710
Negara Brunei Darussalam
Tel : 2459500 Ext 179/228/250


JABATAN PENJARA
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

1. KETUA PEGAWAI PENJARA (LELAKI) BAHAGIAN : III TANGGAGAJI : P.7 [ $1,550 – $2,290 SEBULAN] ELAUN-ELAUN:
Elaun Ordely - $130.00 sebulan
Elaun Kurnia Khas - $ 70.00 sebulan
Elaun ‘P’ - $100.00 sebulan
Elaun Sara Hidup - $120.00 sebulan dan potongan sebanyak 25% akan disimpan ke dalam akaun Simpanan di Jabatan Perbendaharaan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:
Mestilah terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.
i)Mempunyai Sijil Tertinggi Kebangsaan
(HNC) atau kelulusan yang diiktiraf sebanding dengannya dalam bidang yang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dan / atau pengalaman dalam bidang kepenjaraan adalah merupakan satu kelebihan
ATAU
ii)Telah berkhidmat dalam perkhidmatan
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji D.4/D.3 selama tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii)Telah berkhidmat di Jabatan Penjara
sebagai Pegawai Penjara dalam tanggagaji P.6 selama tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi ditahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi ditahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Ketua Jabatan adalah merupakan satu kelebihan.

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

Menjalankan tugas-tugas yang ditentukan dalam Akta dan Aturan-Aturan Penjara (Penggal 51), dan semua Undang-Undang Bertulis mengenai banduan-banduan serta lain-lain tugas seperti yang diarahkan oleh Pengarah Penjara dari masa kesemasa.
Mengetuai bahagian disatu-satu institusi dalam Jabatan Penjara.
Mengawasi dan bertanggungjawab kepada pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah jagaannya seperti keselamatan, disiplin, prestasi dan lain-lain.
Membantu menyediakan laporan harian dan bulanan.
Membantu merancang dan menentukan keperluan latihan / kursus pegawai-pegawai dan kakitangan di bahagian masing-masing .
Bekerjasama dengan bahagian-bahagian lain mengenai dengan urusan-urusan yang berkaitan.
Membantu menyediakan dan menyusun tugas-tugas (Job Description) bagi semua pegawai dan kakitangan di bahagian masing-masing.
Bertanggungjawab dalam tugas-tugas pentadbiran dan kewangan di bawah kawalannya.
Mengadakan muzakarah dengan kakitangan di bahagian masing-masing dan mempastikan semua tugas harian dilaksanakan seperti yang diarahkan.
Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengarah Penjara dan pegawai-pegawai atasan yang dipertanggungjawabkan dari masa ke semasa.

SYARAT-SYARAT LAIN:

Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk diluar masa pekerjaan biasa dan dimana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.
Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.

TEMPOH PERCUBAAN DAN PENETAPAN JAWATAN:
Ketua Pegawai Penjara yang baru berkhidmat dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 3 tahun.
Ketua Pegawai Penjara yang telah berjaya menamatkan tempoh percubaan dan memenuhi syarat bagi penetapan jawatan serta mendapat sokongan Ketua Jabatan akan ditetapkan dalam jawatannya.

KURSUS / LATIHAN :
Ketua Pegawai Penjara adalah dikehendaki mengikuti

Kursus-kursus berikut:
i. Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan.
ii. Peraturan-Peraturan Kewangan.
iii. Pengurusan Sumber Manusia (HRM).

Setiap kursus/latihan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

2. PEGAWAI PENJARA (LELAKI)
BAHAGIAN : IV
TANGGAGAJI : P.6 [ $1,105.00 - $1,825.00 SEBULAN ]

ELAUN-ELAUN:
Elaun Kurnia Khas - $100.00 sebulan
Elaun ‘P’ - $100.00 sebulan
Elaun Sara Hidup - $170.00 sebulan dan potongan sebanyak 25% akan disimpan ke dalam akaun Simpanan di Jabatan Perbendaharaan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

Mestilah terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.

i.Mempunyai Diploma Kebangsaan Peringkat

Biasa (OND) atau kelulusan yang diiktiraf sebanding dengannya dalam bidang yang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dan / atau pengalaman dalam bidang kepenjaraan adalah merupakan satu kelebihan.

ATAU

ii.Telah berkhidmat di Jabatan Penjara sebagai

Ketua Wadar dalam tanggagaji P.5 selama tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi ditahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi ditahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Ketua Jabatan adalah merupakan satu kelebihan.

SYARAT-SYARAT LAIN:
Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk diluar masa pekerjaan biasa dan dimana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.
Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.

TEMPOH PERCUBAAN DAN PENETAPAN JAWATAN:
Pegawai Penjara yang baru berkhidmat akan dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 3 tahun
Pegawai Penjara yang telah berjaya menamatkan tempoh percubaan dan memenuhi syarat bagi penetapan jawatan serta mendapat sokongan Ketua Jabatan akan ditetapkan dalam jawatannya.

KURSUS / LATIHAN:
Pegawai Penjara adalah dikehendaki mengikuti setiap kursus / latihan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

CARA-CARA MEMOHON:
Seseorang pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan hendaklah menghantar permohonannya melalui Ketua Jabatan dan Ketua Jabatannya hendaklah menyertakan bersama-sama dengan permohonan itu satu Laporan Sulit dan satu salinan Rekod Perkhidmatan yang lengkap.

Permohonan-permohonan mestilah dipenuhi dalam dua (2) salinan borang yang boleh didapati daripada:

BAHAGIAN PUSAT LATIHAN
JABATAN PENJARA
JALAN JERUDONG
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BG3122

Borang tersebut hendaklah diisikan dengan lengkap dalam dua(2) salinan dengan menyertakan satu (1) keping gambar berukuran pasport pada tiap-tiap borang yang diisikan dan dikembalikan bersama-sama dengan salinan surat-surat akuan dan sijil-sijil kepada:-

PENGARAH PENJARA
IBU PEJABAT PENJARA
JALAN JERUDONG
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BG3122

Tarikh Tutup: 9 Julai 2009 , jam 4.30 petang.


Dikemaskini 17 Jun 2009 (Rabu)
Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Penulisan skrip drama tv 2009-2010

RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis tanahair untuk menulis skrip drama bagi siaran di televisyen.

Penyertaan ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berkarya dan mencungkil bakat di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

Penyertaan adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama bersiri kanak-kanak - 30 minit x 13 episod, drama khas kanak-kanak bulan ramadan - 15 minit x 29 episod, drama bersiri remaja - 30 minit x 13 episod dan drama bersiri bulan ramadan - 30 minit x 29 episod.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu, Radio Televisyen Brunei.

Tarikh tutup bagi penghantaran borang-borang penyertaan ialah pada 30 Julai 2009

Untuk mendapatkan maklumat, sila hubungi setiausaha di talian 2236855 (Direct Line)/ 2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV ditalian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.