|
JAWATAN-JAWATAN KOSONG
IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7(a)
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT),
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI
KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH IKLAN: 17 FEBRUARI 2010
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 3 MAC 2010
BILANGAN IKLAN: 07/02/10 (SPA/BMI)
PERATURAN 7(a)
1. PEGAWAI PENYELIDIK
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN
C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan penyelidikan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Pembantu Penyelidik atau jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan penyelidikan dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 5 tahun.
b) Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.
2. PENYIAR BERITA
JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI
JABATAN PERDANA MENTERI
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
KEKOSONGAN=3
KELAYAKAN MINIMUM
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta mempunyai pengalaman dalam bidang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
iii) Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen sebagai Penolong Penyiar Berita atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.
ATAU
iv) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun.
b) Lulus dalam ujian kelayakan (audition) yang dikendalikan oleh Jabatan Radio Televisyen Brunei.
c) Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
3. PEMBANTU PERHUTANAN
JABATAN PERHUTANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN
SUMBER-SUMBER UTAMA
D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Perhutanan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Perhutanan sebagai Pembantu Perhutanan Rendah dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan Perhutanan / Pertanian / Pemeliharaan Alam Sekitar atau bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Lulus Sijil Asas Perhutanan, Jabatan Perhutanan serta mempunyai kelulusan pengkhususan yang lebih tinggi adalah kelebihan.
4. PEMBANTU PERHUTANAN RENDAH
JABATAN PERHUTANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN
SUMBER-SUMBER UTAMA
D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)
KEKOSONGAN=5
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) 4 Kepujian / Kredit mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik / Sains / Geografi dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.
ATAU
ii) Berkhidmat sebagai Buruh di Jabatan Perhutanan dalam Bahagian V tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan Perhutanan / Pertanian / Pemeliharaan Alam Sekitar atau jawatan bersesuaian dalam Bahagian V tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Pernah mengikuti Kursus Kemahiran Buruh-Buruh Hutan, Jabatan Perhutanan atau ‘specialized courses’ yang diiktiraf adalah kelebihan.
5. TUKANG LUKIS
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)
KEKOSONGAN=2
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding termasuk mata pelajaran Lukisan.
b) Mempunyai kemahiran dalam bidang komputer seperti ‘AUTOCAD’ adalah kelebihan.
c) Mempunyai pengalaman dalam lukisan pelan-pelan yang mudah adalah kelebihan.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 5:
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1 / 2
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)
PEMBERITAHUAN:
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 5 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
3. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
4. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
5. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatan bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
6. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.
7. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
8. Permohonan yang diterima lewat daripada 3 MAC 2010
9. Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
10. Bilangan kekosongan jawatan adalah betul semasa dicetak. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut;
• Menelefon 2381961 Sambungan 530/537 atau 2383455 (Bahagian Iklan);
• Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
• Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/
11. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
• Pejabat Daerah Belait;
• Pejabat Daerah Temburong.
• Pejabat Daerah Tutong;
• Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
ULANGAN IKLAN JAWATAN KOSONG PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI UNTUK
KELUARAN 10 FEBRUARI 2010
BILANGAN: 06/02/10 (SPA/BMI)
GH6. PEGAWAI PENYELIDIK
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
DAN PERDAGANGAN
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan professional sebanding dalam bidang bersesuaian.
b) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Asing adalah kelebihan.
c) Berumur di antara 18 tahun hingga 30 tahun.
GH7. PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
DAN PERDAGANGAN
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)
KEKOSONGAN=3
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan professional sebanding dalam bidang bersesuaian.
b) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Asing adalah kelebihan.
c) Berumur di antara 18 tahun hingga 30 tahun.
GH8. PEGAWAI PROJEK
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
DAN PERDAGANGAN
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan professional sebanding dalam bidang bersesuaian.
b) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Asing adalah kelebihan.
c) Berumur di antara 18 tahun hingga 30 tahun.
GH9. PEGAWAI DIPLOMATIK
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
DAN PERDAGANGAN
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan professional sebanding dalam bidang bersesuaian.
b) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Asing adalah kelebihan.
c) Berumur di antara 18 tahun hingga 30 tahun.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN GH6 HINGGA GH9:
PENGARAH PENTADBIRAN,
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN
PERDAGANGAN,
JALAN SUBOK,
BANDAR SERI BEGAWAN, BD 2710
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
NOTA: Tarikh tutup iklan untuk jawatan-jawatan ini adalah dikekalkan.
JABATAN DAERAH BELAIT
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
JAWATAN KOSONG SEBAGAI PENGHULU MUKIM BUKIT SAWAT, DAERAH BELAIT
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Daerah Belait dengan sukacitanya mempelawa / menjemput penduduk- penduduk yang bermastautin di kawasan Mukim Bukit Sawat untuk menghadapkan pencalonan bagi mengisi jawatan Penghulu Mukim Bukit Sawat, Daerah Belait.
Tanggagaji : C1 EB2 iaitu $1,990.00 hingga $2,620.00
(merujuk Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bil: 5/1999 Negara Brunei Darussalam bertarikh 13 Zulkaedah 1419 bersamaa 02 Mac 1999.
KELAYAKAN CALON PENGHULU MUKIM
I. Setiap calon Penghulu Mukim hendaklah:-
a. Seorang lelaki yang terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b. Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan pelajaran di peringkat Tingkatan III atau kelulusan yang sebanding dengannya.
c. Berugama Islam dan mempunyai pengetahuan yang baik berhubungkait dengannya.
d. Berumur tidak kurang dari 40 tahun dan tidak lebih dari 60 tahun pada tarikh pencalonannya.
e. Bermastautin di Mukim Bukit Sawat tidak kurang 2 tahun sebelum atau pada tarikh pencalonannya. Bermastautin adalah bermaksud bahawa calon Penghulu Mukim hendaklah benar-benar tinggal di Mukim yang berkenaan dalam tempoh yang dikehendaki dimana calon itu mempunyai tempat kediaman dan mendiami tempat tersebut.
f. Tidak menjadi ahli atau terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung didalam sebarang pertubuhan siasah yang difikirkan boleh menjejaskan kepentingan atau keselamatan negara.
g. Mempunyai perwatakan, ketokohan dan sifat-sifat kepimpinan yang baik dan bersesuaian sebagai seorang pemimpin mengikut amalan kehidupan orang-orang Brunei serta bersikap pemedulian.
h. Tidak pernah diisythirkan muflis dibawah undang-undang yang dikuatkuasakan di negara ini dalam tempoh dua [2] tahun sebelum pencalonannya, termasuk pada tarikh pencalonan melainkan sebelum itu pengisytihran muflis telah dibatalkan oleh mahkamah.
i. Mempunyai pengetahuan yang baik dalam ugama Islam, kemasyarakatan dan adat resam setempat yang lazimnya diamalkan oleh masyarakat kampung berkenaan.
j. Mempunyai rekod prestasi kerja yang baik dan memuaskan bagi calon yang bekerja samada di pihak Swasta / Kerajaan dan hendaklah menyertakan laporan prestasi kerja bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
II. Setiap pencalonan bagi mengisikan Jawatan Penghulu Mukim adalah dimestikan:
a. Mengisikan Borang Pencalonan yang disediakan khas oleh Jabatan Daerah Belait dan ditandatangani oleh seorang pencalon dan dua orang penyokong. Borang pencalonan itu hendaklah ditandatangani oleh calon yang berkenaan sebagai penyataan, pengakuan dan persetujuan ke atas pencalonannya itu.
b. Calon yang tidak menandatangani Borang Pencalonan tidak akan diterima sebagai calon bagi Penghulu Mukim berkenaan.
c. Sebarang penarikan diri dalam pencalonan itu hendaklah dibuat secara bertulis.
III. Calon Penghulu Mukim akan terlebih dahulu ditapis dari segi kelayakan.
IV. Pencalon dan penyokong hendaklah terdiri daripada Rakyat atau Penduduk Tetap yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh pencalonan diadakan.
V. Pencalon dan penyokong hendaklah terdiri daripada Penduduk Mukim Bukit dan tinggal bermastautin di Kampong tersebut
VI. Pencalonan dan penamaan calon atau calon-calon selepas tarikh tutup pencalonan tidak akan diterima.
VII. Seorang Penghulu Mukim adalah dilantik atas titah perkenaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
VIII. Lain-lain syarat adalah tertaluk kepada Skim Perhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Negara Brunei Darussalam 1998 [Syarat-Syarat Lantikan dan Perkhidmatan Penghulu Mukim].
Cara Memohon:-
Keterangan lanjut dan borang pencalonan boleh didapati di Bahagian Institusi Penghulu Mukim dan Kampung di Jabatan Daerah Belait di talian 3334335/6/7/8 ext 115 pada waktu pejabat dibuka dan hendaklah diisikan mengikut apa yang dikehendaki dalam borang tersebut dan borang yang tidak diisikan dengan lengkap tidak akan diterima.
Borang pencalonan tersebut hendaklah dikembalikan kepada Pegawai Daerah Belait tidak lewat pada Hari Sabtu, 17 Mac 2010 jam 4.30 petang.
Dikemaskini 17 Februari 2010 (Rabu)
Kembali ke muka utama
|