

Pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman itu, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Pehin Datu Inderasugara Brigadier Jeneral (B) Dato Paduka Awang Haji Mohammad Yusof bin Abu Bakar, Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Kesatuan Myanmar, TYT Pengiran Dato Paduka Haji Abdul Hamid bin Pengiran Haji Mohammad Yassin, Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Thailand, TYT Dato Paduka Haji Kamis bin Haji Tamin dan Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Persekutuan Russia TYT Dr. Haji Emran bin Bahar.
Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Republik Persekutuan Jerman yang baru , TYT Pehin Datu Inderasugara Brigadier Jeneral (B) Dato Paduka Awang Haji Mohammad Yusof, 58 tahun, mula berkhidmat sebagai Leftenan dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada tahun 1975 dan sebelum ini merupakan Duta Besar negara ini ke Kesatuan Myanmar.
BERITA RINGKAS :-
Doa kesyukuran sempena sambutan hari puja usia DPMM
Mangsa banjir dan tanah susur terima bantuan
Latihan bersepadu Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan NBD
Pejabat HSBC Finance Gadong berpindah ke Beribi
300 Bendera Kecil Diagihkan
Penghargaan Karnival Anugerah RTB 2008
Permohonan masuk, mendapatkan biasiswa secara on-line
91 pegawai ikuti Kursus Pengukuhan Islam Fiqh As-Shalah
Klinik Kesihatan Labi dibuka pada waktu bekerja