Pelita Brunei - Kerja

IKLAN-IKLAN TAWARAN KURSUS

KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN

PENGAMBILAN PELAJAR OGOS 2009
SESI AKADEMIK 2009/2010

PROGRAM DITAWARKAN
PROGRAM LEPASAN IJAZAH:
DK03 Diploma Perguruan
Ugama Lepasan Ijazah
[Dip.Pu.Li]

BAHASA PENGANTARAN: Melayu
TEMPOH KURSUS: 1 tahun (Sepenuh masa)
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN: Lulus ijazah Sarjana Muda dalam aliran ugama dari mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.

PROGRAM SARJANA MUDA
SK01 Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama [Sm.PU]
- Jurusan Usuluddin atau Syariah
BAHASA PENGANTARAN: Melayu
TEMPOH KURSUS: 4 tahun (Sepenuh masa)
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN:
1. Lulus Sijil Latihan Perguruan Ugama dari Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan, atau institusi-institusi perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan.
2. Mempunyai pengalaman mengajar tidak kurang dari tiga tahun.
3. Lulus temuduga.
4. Memenuhi syarat Latihan Dalam Perkhidmatan

PROGRAM DITAWARKAN:
SK01 Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama [Sm.PU]
- Jurusan Usuluddin atau Syariah
BAHASA PENGANTARAN: Melayu
TEMPOH KURSUS: 4 tahun (Sepenuh masa)
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN:
1. Lulus Sijil Latihan Perguruan Ugama dari Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan, atau institusi-institusi perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan.
2. Mempunyai pengalaman mengajar tidak kurang dari tiga tahun.
3. Lulus temuduga.
4. Memenuhi syarat Latihan Dalam Perkhidmatan

SK01 Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama [Sm.PU]
- Jurusan Usuluddin atau Syariah
BAHASA PENGANTARAN: Melayu
TEMPOH KURSUS: 4 tahun (Sepenuh masa)

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN:
1. Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid, atau mana-mana sijil yang sebanding dengannya ATAU lulus dua mata pelajaran termasuk salah satu daripadanya Usuluddin atau Syariah dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat C dalam Brunei-Cambridge GCE peringkat ‘A’ di samping lulus peperiksaan Sijil Sekolah Rendah Ugama Brunei Darjah VI, atau mana-mana sijil yang sebanding dengannya dan dikehendaki:
i. boleh membaca al-Qur’an dengan baik,
ii. boleh menulis dan membaca jawi dengan baik, dan
iii. lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Arab, Brunei-Cambridge GCE peringkat ‘O’ adalah satu kelebihan,
2. Umur 18 - 25 tahun semasa pendaftaran.
3. Lulus temuduga.

PROGRAM DITAWARKAN
PROGRAM DIPLOMA
DK01 Diploma Perguruan Ugama (Usuluddin) [Dip.PU (Usuluddin)]
BAHASA PENGANTARAN: Melayu
TEMPOH KURSUS: 2 tahun (Sepenuh masa)

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN:
1. Lulus Sijil Latihan Perguruan Ugama dari Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan.
2. Mempunyai pengalaman mengajar tidak kurang dari tiga tahun.
3. Lulus temuduga.
4. Memenuhi syarat Latihan Dalam Perkhidmatan.

PROGRAM DIPLOMA
DK02 Diploma Perguruan Ugama (Syariah) [Dip.PU (Syariah)]

PROGRAM DITAWARKAN
PROGRAM DIPLOMA
DP01 Diploma Tertinggi Perguruan Ugama [Dip.TPU]
-Jurusan Usuludddin atau Syariah
BAHASA PENGANTARAN: Melayu
TEMPOH KURSUS: 3 tahun (Sepenuh masa)

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN:
1. Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul, atau mana-mana sijil yang sebanding dengannya ATAU Lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran sama ada Usuluddin atau Syariah dalam Brunei-Cambridge GCE peringkat ‘A’ atau mana-mana Sijil yang sebanding dengannya disamping lulus peperiksaan Sijil Sekolah Rendah Ugama Brunei Darjah VI, atau mana-mana sijil yang sebanding dengannya dan dikehendaki:
i. Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
ii. Boleh menulis dan membaca jawi dengan baik.
iii. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Arab, Brunei-Cambridge GCE peringkat ‘O’ adalah satu kelebihan,
2. Umur 18 - 25 tahun semasa pendaftaran.
3. Lulus temuduga.

NOTA UMUM
a) Pemohon biasiswa kerajaan hendaklah terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam.
b) Permohonan untuk mengikuti kursus di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan [KUPU SB] hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati dari KUPU SB.
c) Permohonan untuk memasuki program kod DP01 dan SP01, dibuka kepada pemegang STPUB, atau Brunei-Cambridge GCE peringkat ‘A’ atau yang sebanding dengannya yang diperolehi dalam tempoh tiga tahun kebelakangan.
d) KUPU SB hanya akan mempertimbangkan pemohon yang memegang sijil kelulusan yang diperolehi dari Universiti/Institusi/Lembaga Peperiksaan yang diiktiraf oleh kerajaan.
e) Pemohon hendaklah lulus tapisan keselamatan yang dikehendaki oleh KUPU SB.
f) KUPU SB berhak untuk menolak permohonan yang tidak lengkap, diterima lewat atau mengandungi maklumat palsu.
g) Borang Permohonan boleh didapati dari KUPU SB pada hari bekerja dengan harga $3.00 satu set. Borang permohonan boleh diperolehi bermula pada 15 Safar 1430 / 11 Februari 2009 (Rabu) dan waktu perkhidmatan ialah dari jam 8.30 hingga 11.30 Pagi dan 2.00 hingga 4.00 Petang.
h) Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil dan dokumen-dokumen berkenaan yang telah disahkan hendaklah diserahkan kepada Bahagian Kemasukan dan Rekod Pelajar, Pejabat Pengurusan Akademik, KUPU SB tidak lewat pada 04 Mac 2009.
g) Borang Permohonan dari pegawai kerajaan dan swasta, hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan, kementerian atau syarikat masing-masing.

MAKLUMAT LANJUT
BOLEH DIDAPATI DARI:

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN REKOD PELAJAR PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK
KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN
Km.2, Jalan Tutong,
Bandar Seri Begawan. BA 2111,
Negara Brunei Darussalam

Telefon (+673)2236278
Faks (+673)22229721
email: pp_akademik@kupu-sb.edu.bn


Dikemaskini 14 Februari 2009 (Sabtu)


Kembali ke muka utama