
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7 (a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH IKLAN : 11 FEBRUARI 2009
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 4 MAC 2009
BILANGAN IKLAN : 06/02/09 (SPA/BMI)
Syarat-syarat Am:
(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu
bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
(D) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. SETIAUSAHA KETIGA
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Mempunyai pengetahuan dan kebolehan dalam bidang Teknologi Maklumat adalah kelebihan.
c) Berkebolehan menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berkebolehan menulis dan bertutur dalam bahasa asing yang lain adalah kelebihan.
2. JURUTULIS JAWI
JABATAN ADAT ISTIADAT
JABATAN PERDANA MENTERI
C.1-2-3 EB.4 ($1,280 - $2,620 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM :
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam Pengajian Bahasa atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Hendaklah mempunyai latihan asas serta dapat menunjukkan hasil dan kebolehan dalam penulisan khat jawi.
c) Mengetahui nama-nama semua jenis khat Jawi, boleh membaca, mengeja, menulis jawi dengan baik, boleh membaca Al-Quran serta boleh berbahasa Arab.
d) Berkebolehan dan pengalaman tidak kurang 5 tahun dalam kerja-kerja rekabentuk yang berkaitan dengan khat Jawi adalah kelebihan.
3. PENOLONG PENYELIA UJIAN MEMANDU
JABATAN PENGANGKUTAN DARAT
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.
Kelulusan yang lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Darat sebagai Penolong Pemeriksa Kereta dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
4. PENULIS SKRIP
JABATAN PERKEMBANGAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
G.4 ($1,335 - $2,370 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.
ATAU
b) i) Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.
ii) Berkhidmat di Kementerian Pendidikan sebagai guru tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
c) Berkebolehan dan berminat dalam bidang penulisan kreatif, majalah-majalah atau buku-buku atau berminat dalam bidang seni kreatif.
d) Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
5. PENYEMAK
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
c) Mempunyai kebolehan dan pengetahuan dalam membaca dan menulis Jawi adalah kelebihan.
6. KERANI FATWA TINGKAT III
JABATAN MUFTI KERAJAAN
D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
b) i) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian yang terlibat dalam kerja perkeranian fatwa dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.
ii) Sijil Pelajaran Ugama Darjah Enam (VI).
c) Mempunyai kebolehan menaip terutamanya Jawi/Arab diperingkat yang sesuai. (Penilaian akan dibuat jika perlu).
d) Berkebolehan menulis dan membaca jawi. Berkebolehan berbahasa Arab atau berbahasa Inggeris adalah diutamakan.
7. OPERATOR MALAM LELAKI (TELEFON)
JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
D.2-3 EB.4 ($650 - $1,465 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM :
a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Operator Telefon atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 7 tahun.
b) Pemohon adalah terdiri dari lelaki sahaja.
8. PENYELENGGARA STOR TINGKAT III
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) Pernah berkhidmat sebagai anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan berpangkat Kopral atau Anggota Polis Diraja Brunei serta mempunyai pengalaman dalam hal ehwal penyelenggaraan stor dan mempunyai rekod prestasi yang bersih dalam kerjayanya.
b) Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam bidang Ilmu Simpan Kira dan/atau Perakaunan dan/atau dalam pengurusan stor/kakitangan dan/atau pembelian alat-alat adalah kelebihan.
c) Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)
PEMBERITAHUAN :