|
|
Khamis 16 Julai 2009 / 23 Rejab 1430
 |
|
|
Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam
Zuhur 12.28
Asar 3.52
Maghrib 6.38
Isyak 7.53
Imsyak 4.42
Subuh 4.52
Syuruk 6.14
Doha 6.39
Waktu-waktu
Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah
Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh
Negeri Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.
  
Keadaan Cuaca :
Pada amnya baik sepanjang tempoh ramalan kecuali hujan atau hujan berangin ribut berasingan berkemungkinan bermula dari kawasan pesisiran pantai dan pendalaman pada petang nanti.
Keadaan Angin :
bertiup dari arah Barat Daya selaju 10 - 25 kmsj di daratan dan 20 - 40 kmsj di laut.
Keadaan Laut :
Berombak sederhana di paras 1.0 - 2.0 m.
Ramalan jangka panjang sehingga tengah malam :
Keseluruhannya baik.

Suhu Maksimum :
34 darjah celsius
Suhu minimum :
24 darjah celsius





tpelita@yahoo.com
|
|


Pasar Ria Perayaan semarakkan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Julai. - Pasar Ria Perayaan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-63 yang bermula malam ini tetap meriah dengan kunjungan orang ramai walaupun negara dalam keadaan waspada berikutan merebaknya penyakit Influenza A (H1N1).
Dalam Siaran Akhbar Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bertarikh 13 Julai 2009, memaklumkan bahawa Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan pada mengambil kira status dan perkembangan penyakit A (H1N1) di negara ini ditahap stabil, maka gerai-gerai perayaan diarahkan untuk diteruskan di kesemua daerah bermula hari ini hingga 31 Julai 2009 seperti tahun-tahun sebelumnya.
berita penuh
BERITA RINGKAS :-
Kementerian Kewangan adakan Sembahyang Berjemaah dan Doa Kesyukuran Sempena Hari Keputeraan KDYMM Yang Ke-63 Tahun
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Julai.- Kementerian Kewangan serta Jabatan-Jabatan di dalamnya hari ini mengadakan Majlis Sembahyang Berjemaah dan Doa Kesyukuran Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-63 Tahun bertempat di Surau Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan, di sini.
berita penuh...
Buku 'Dirgahayu' paparkan kepimpinan Kebawah DYMM
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Julai.- Buku Dirgahayu yang diterbitkan sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dihasratkan meningkatkan kepimpinan dalam usaha meningkatkan imej baginda dan membuktikan kepada dunia dan rakyat Negara Brunei Darussalam, baginda pemimpin yang adil , mempunyai kredibiliti dan dijadikan contoh yang dapat memimpin rakyat ke arah satu jalan diredai Allah.
berita penuh...
Hubungan raja, rakyat cerucuk kestabilan, keamanan negara
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Julai.- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hasssanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dikenali sebagai pemimpin dunia dalam era globalisasi yang terkenal di persada dunia.
berita penuh...
Pelbagai kemajuan dicapai sepanjang empat dekad memerintah
GADONG, Rabu, 15 Julai. - Sejak pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sudah hampir 42 tahun, baginda telah banyak melakukan pelbagai perkembangan dan pembaharuan sejajar dengan keperluan negara bagi kesejahteraan rakyat negara ini.
berita penuh...
Umur Persaraan sertai TAP dilanjutkan 60 tahun Warga Perkhidmatan Awam merasa lega
TITAH hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini amat menggembirakan rakyat dan penduduk di negara ini yang menyentuh kebajikan dan keselesaan warga Perkhidmatan Awam di bawah Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan akan memberikan kelegaaan kepada mereka.
berita penuh...
Anggota Perkhidmatan Awam lahirkan rasa syukur
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Julai. - ‘Skim Persaraan Caruman Tambahan’ atau Supplemental Contributory Pension (SCP) yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2010 depan nanti disambut baik oleh orang ramai di negara ini baik yang berkhidmat di Jabatan-Jabatan Kerajaan mahupun dari sektor-sektor swasta.
berita penuh...
Persaraan 60, merupakan langkah wajar bagi mereka yang tidak menerima pencen bulanan
GADONG, Rabu, 15 Julai. - Rakyat dan penduduk tetap di Negara Brunei Darussalam merasa amat bersyukur serta gembira terutama sekali mereka yang berkhidmat dengan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas titah pengumuman ‘Skim Pesaraan Caruman Tambahan’ atau Supplemental Contributory Pension (SCP) yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2010 serta pengisytiharan umur persaraan mandatori bagi rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang menyertai Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan SCP genap 60 tahun bermula tahun depan.
berita penuh...
Rakyat sifatkan anugerah tidak terhingga
UMUR persaraan mandatori bagi kakitangan awam yang menyertai skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 60 tahun, yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2010.
berita penuh...
Persaraan mandatori genap 60 tahun dialu-alukan
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Julai. -Meskipun ramai yang menyahut baik titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-63, berhubung umur persaraan mandatori bagi rakyat dan penduduk tetap negara ini yang menyertai skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan Skim Persaraan Caruman Tambahan atau ‘Supplemental Contributory Pension’ (SCP), namun ada segelintir golongan yang bimbang akan meningkatnya jumlah pengangguran di negara ini sekiranya umur persaraan mandatori genap 60 tahun.
berita penuh...
Skim SCP membantu mengurangkan masalah rakyat
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Julai. - Skim persaraan tambahan yang digelar ‘Skim Persaraan Caruman Tambahan’ atau “Supplemental Contributory Pension” (SCP) yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2010 bakal diperkenalkan kepada seluruh warga Brunei yang berkhidmat sama ada di sektor-sektor kerajaan atau swasta.
berita penuh...
Saman Kompaun dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu
LIANG LUMUT, Rabu, 15 Julai. - Daerah Polis Belait malam tadi mengadakan Operasi Bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasa undang-undang jabatan kerajaan Daerah Belait dengan membuat sekatan jalan raya di kawasan Kilometer 34 Jalan Lebuhraya Liang Lumut.
berita penuh...





|
|

BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)
10 Langkah Untuk memastikan Diri Daripada Dijangkiti :
1. Sentiasa mencuci tangan.
2. Elakkan mendampingi mereka yang sakit.
3. Berehat di rumah, jika kurang sihat.
4. Tutup hidung dan mulut semasa batuk atau bersin.
5. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut, kerana virus Influenza boleh merebak melalui permukaan yang tercemar.
6. Jauhkan diri daripada orang lain, jika sakit.
7. Amalkan cara hidup yang sihat.
" Jangan merokok
" Dapatkan tidur yang mencukupi
" Bersenam secara tetap/ sentiasa aktif
" Atasi stress
" Banyakan minum air
" Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat
8. Tangguh perjalanan ke luar negeri, jika awda sakit.
9. Berjumpa doktor jika awda jatuh sakit.
10. Ikuti perkembangan maklumat Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa.
Jika awda menghidapi sebarang tanda-tanda seperti yang tersebut di bawah dan telah mengunjungi tempat-tempat yang terjejas dalam jangka masa 7 - 10 hari yang lalu, segera berjumpa di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dan rawatan seterusnya.
Tanda-tanda Influenza A (H1N1):
" Deman panas (38 C)
" Sakit Tekak
" Batuk-selsema
" Sakit otot dan sendi
" Rasa letih
" Sesak pernafasan
" Muntah dan cirit-birit
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Healthline : 2384234
atau layari laman web www.moh.gov.bn

KIBARKAN BENDERA MULAI 1 JULAI
Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-63, rakyat dan penduduk negara ini supaya sama-sama mengibarkan bendera di rumah-rumah kediaman masing-masing dan bangunan-bangunan pejabat dan perniagaan mulai hari Rabu, 8 Rejab 1430 bersamaan 1 Julai 2009 sehingga hari Jumaat, 9 Syaaban 1430 bersamaan 31 Julai 2009 bagi sama-sama memeriahkan lagi sambutan perayaan berkenaan.




JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673 22380527,
+673 2383400,
+673 2383401

+673 2382905
|
Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda pengunjung ke

bermula 1 Januari 2009
Best viewed with Internet Explorer
|