Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Pelita Brunei - Hasrat Negara

PERADUAN MENULIS SKRIP
DRAMA PEMBANGUNAN MASYARAKAT,
RADIO NASIONAL FM 92.3/93.8


PENGENALAN

Nasional FM, Radio Brunei, sebagai sebuah media penyiaran yang memainkan peranan penting dalam mewujudkan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera di negara ini akan mengadakan Peraduan Menulis Skrip Drama Pembangunan Masyarakat, Radio.

TUJUAN PERADUAN

" Untuk melibatkan penulis tanahair dalam bidang penulisan yang mencakupi bidang budaya, agama, pendidikan dan bermacam-macam lagi yang berhubungkait dengan pembangunan fizikal dan spiritual.
" Untuk melahirkan lebih ramai penulis skrip drama radio.
" Untuk menambah khazanah kesusasteraan di Perkhidmatan radio.

SYARAT DAN PERATURAN

1. Peraduan dibukakan kepada penulis-penulis tanahair.

2. Peraduan dibukakan kepada para penulis yang bermastautin di Negara Brunei Darussalam dengan tidak mengira kewarganegaraan mereka sehingga majlis penyampaian hadiah dilaksanakan.

3. Setiap peserta dibenarkan menulis sebuah karya sahaja dalam bahasa melayu (standard) dengan menggunakan ejaan rumi yang biasa digunakan di negara ini. Karya tersebut juga hendaklah berdurasi 30 minit dan disertakan dengan sinopsis.

4. Tajuk karya adalah bebas dan kreatif tetapi mestilah berunsurkan pembangunan sosial dan kerohanian.

5. Karya hendaklah asli, tidak pernah tersiar dan bukan terjemahan dari drama lain serta bukan saduran daripada mana-mana cerita.

6. Karya hendaklah ditaip dalam kertas berukuran A4 dengan kemas dan bersih pada sebelah muka surat sahaja (tidak timbal balik).

7. Setiap karya yang dihantar hendaklah menepati ciri-ciri dan aspek penerbitan radio.

8. Nama dan alamat penulis tidak boleh ditulis dalam karya tersebut tetapi hendaklah ditulis di dalam borang berasingan yang disediakan oleh pihak penganjur.

9. Peserta yang mengikuti peraduan ini hendaklah mengisi borang yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

10. Pihak penganjur tidak akan bertanggung jawab atas kehilangan atau kerosakan karya semasa dalam pengiriman.

11. Sesuatu perkara yang mungkin timbul di luar daripada syarat dan peraturan peraduan ini, pihak penganjur adalah berhak untuk mengambil sesuatu keputusan.

12. Semua hasil penyertaan adalah menjadi milik penganjur yang juga berhak mengubah dan membaiki karya tersebut untuk disiarkan di Nasional FM.

13. Pihak penganjur berhak membukukan setiap karya yang dihantar.

14. Keputusan hakim adalah muktamad.

15. Tarikh tutup menghantar karya ialah pada hari Selasa, 06 Sya'ban 1430H bersamaan 28 Julai 2009M.

16. Skrip yang bersesuaian untuk disiarkan akan dipilih selain daripada lima hadiah yang disediakan.

HADIAH

Hadiah akan diberikan kepada tiga pemenang terbaik dan penerima hadiah saguhati.

Pertama : B$500.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan
Kedua : B$400.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan
Ketiga : B$300.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan
Saguhati : B$200.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan

Kembali ke muka utama




Kembali ke muka utama

Penulisan skrip drama tv 2009-2010

RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis tanahair untuk menulis skrip drama bagi siaran di televisyen.

Penyertaan ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berkarya dan mencungkil bakat di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

Penyertaan adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama bersiri kanak-kanak - 30 minit x 13 episod, drama khas kanak-kanak bulan ramadan - 15 minit x 29 episod, drama bersiri remaja - 30 minit x 13 episod dan drama bersiri bulan ramadan - 30 minit x 29 episod.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu, Radio Televisyen Brunei.

Untuk mendapatkan maklumat, sila hubungi setiausaha di talian 2236855 (Direct Line)/ 2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV ditalian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.-