Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Rabu, 15 Julai 2009
22 Rejab 1430

Dengan nama Allah
yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

BERITA MENGGEMBIRAKAN SELURUH LAPISAN RAKYAT

TITAH Perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-63 Tahun adalah satu berita yang amat menggembirakan seluruh lapisan rakyat dan penduduk negara ini sama ada yang berkhidmat di sektor awam dan swasta. Rakyat menjunjung kasih dan amat bersyukur di atas kemurahan baginda dan kerajaan baginda yang telah memperkenalkan satu skim tambahan yang digelar ‘Skim Persaraan Caruman Tambahan’ atau Supplemental Contributory Pension (SCP) yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2010. Skim yang baru diperkenalkan itu tidak lain dan tidak bukan dihasratkan sebagai tambahan kepada Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) yang ada sekarang sebagai satu cara untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan secara tidak langsung ke arah jalan untuk mencapai matlamat kemiskinan sifar di negara ini.

Malah apa yang lebih menggembirakan, baginda juga mengisytiharkan bahawa mulai 1 Januari 2010, umur persaraan mandatori bagi rakyat dan penduduk tetap negara ini yang menyertai Skim TAP dan SCP ialah genap 60 tahun. Dan apa yang lebih menggembirakan, manfaat skim dan peningkatan umur persaraan itu bukan sahaja dinikmati oleh warga Perkhidmatan Awam dalam sektor kerajaan malahan juga mereka yang bekerja di sektor swasta dan informal.

Pengumuman baginda mengenai perkara berkebajikan khususnya bagi mereka yang berpendapatan rendah sangat-sangat ditunggu oleh segenap rakyat dan penduduk khususnya anggota Perkhidmatan Awam. Titah kurnia baginda itu mencerminkan betapa kerajaan baginda amat prihatin dan pemedulian terhadap kebajikan dan apa jua rintihan serta masalah yang dihadapi oleh rakyat. Ini juga mencerminkan betapa kerajaan baginda tidaklah memandang ringan terhadap nasib masa depan rakyat baginda khususnya dalam menempuh hari-hari persaraan lebih-lebih lagi mereka yang berpendapatan rendah pada setiap bulan. Ini juga secara langsung sebagai ‘menampung’ sedikit sebanyak bebanan sara hidup dan sebagai tabungan pekerja untuk dihadapi sebagai persediaan hari persaraan dan hari tua nanti.

“Dengan skim ini, insya-Allah para pesara yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, akan menerima pendapatan tetap minimum bulanan (annuity) sesudah mereka mencapai umur persaraan mandatori kelak. Skim SCP ini juga dilengkapkan dengan perlindungan ‘survivorship’ bagi menjamin tanggungan peserta, sekiranya mereka meninggal dunia sebelum persaraan mandatory,” titah baginda.

Pada 15 Julai 2006, baginda juga telah bermurah hati menaikkan mata gaji khas dan elaun sara hidup pegawai dan kakitangan kerajaan baginda. Selain itu, kerajaan juga telah menaikkan gaji Perkhidmatan Awam pada tahun 1984 dan memberikan bonus setiap tahun kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan yang kini berjumlah lebih 60 ribu orang hingga sekarang semenjak 28 tahun yang lalu sejak tahun 1981 lagi.

Banyak sedikitnya bukan menjadi ukuran, tetapi kita wajar bersyukur dan menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha di atas kemurahan baginda mengumumkan Skim SCP dan meningkatkan umur persaraan mandatori bagi mereka yang menyertai Skim TAP sehingga 60 tahun. Dalam pada itu, rakyat perlu menyedari walaupun dunia bergolak dan krisis ekonomi global masih berlarutan, namun kerajaan masih sahaja mampu memberikan sesuatu yang menyenangkan rakyat. Dalam erti kata yang lain, kerajaan tidak pernah menyusahkan rakyatnya malah sentiasa prihatin akan kehidupan harian rakyat jelata.

Kerajaan masih sahaja mampu memberikan subsidi kepada rakyatnya terutama minyak kenderaan, beras, gula dan seumpamanya. Jauh dari itu, kemudahan perubatan dan pendidikan yang diberikan secara percuma masih sahaja mampu dikendalikan kerajaan tanpa payah mengenakan tambahan bebanan rakyat. Semua ini sudah cukup ‘menceritakan’ betapa kerajaan amat pemurah dan sentiasa menjaga kebajikan dan mengutamakan kesejahteraan rakyat serta mengalinga apa jua rintihan dan kesusahan mereka.

Apa yang lebih diharapkan agar pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan khususnya dan umum rakyat dan penduduk negara bukan sahaja akan mensyukuri nikmat tersebut, tetapi yang penting akan mendapat ‘suntikan’ dan semangat yang baru dalam usaha kita sama menegakkan kepimpinan baginda untuk mewujudkan sebuah negara tayyibatun waghafurur rahim. Dalam erti kata yang lain, mereka perlu membulatkan tekad dan azam mereka untuk bekerja lebih keras, kuat dan meningkatkan mutu perkhidmatan masing-masing dan seterusnya melipatgandakan produktiviti dan penghasilan kerajaan terutama dalam bidang ekonomi dan perusahaan. Kita jangan asyik banyak berkira ‘itu dan ini’, tetapi perlu bersemangat tinggi kerana kesenangan dan kesusahan bangsa dan negara adalah terletak di tangan kita sendiri bagi membawa negara ke era kegemilangan dan cemerlang khususnya dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

Sesungguhnya, perkenalkan skim baru SCP dan persaraan mandatori 60 tahun sememangnya mendapat sambutan yang baik di mana rata-rata rakyat negara ini menyanjung tinggi dan melahirkan kegembiraan di atas kurnia seorang raja yang dikasihi oleh semua lapisan rakyat. Semogalah kurnia titah baginda sempena Hari Keputeraan ke-63 tahun itu sewajarnya menjadi pendorong kepada pegawai dan kakitangan kerajaan baginda termasuk yang berkhidmat di sektor swasta untuk lebih produktif dan dedikasi di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing bagi negara bangsa di masa depan.

DAULAT KEBAWAH DULI TUAN PATIK KEKAL KARAR MEMERINTAH DI ATAS TAKHTA


Kembali ke muka utama




Kembali ke muka utama

Penulisan skrip drama tv 2009-2010

RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis tanahair untuk menulis skrip drama bagi siaran di televisyen.

Penyertaan ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berkarya dan mencungkil bakat di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

Penyertaan adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama bersiri kanak-kanak - 30 minit x 13 episod, drama khas kanak-kanak bulan ramadan - 15 minit x 29 episod, drama bersiri remaja - 30 minit x 13 episod dan drama bersiri bulan ramadan - 30 minit x 29 episod.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu, Radio Televisyen Brunei.

Tarikh tutup bagi penghantaran borang-borang penyertaan ialah pada 30 Julai 2009

Untuk mendapatkan maklumat, sila hubungi setiausaha di talian 2236855 (Direct Line)/ 2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV ditalian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.