Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut, Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim.
Juga hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian serta pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya.
Majlis dimulakan dengan sembahyang berjemaah fardhu Maghrib dan sembahyang berjemaah sunat Hajat diikuti dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil beramai-ramai serta Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang Ke-63 tahun dan seterusnya diakhiri dengan sembahyang berjemaah Fardhu Isyak.
(Oleh : Marzuki Hj. Abd. Rahman)
Kembali ke muka utama