Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

Khamis 16 April 2009 / 20 Rabiulakhir 1430

 

Hubungi kami || Arkib ||



Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam

    
  Zuhur 12.22
     Asar 3.31
 Maghrib 6.28
     Isyak 7.38
 Imsyak 4.45
     Subuh 4.55
 Syuruk 6.13
     Doha 6.36
 
 
Waktu-waktu
  Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh Negeri Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.

 

***Manisnya Iman***

“SESIAPA yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan siapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri. Dan Tuhanmu tidak sekali- kali berlaku zalim kepada hamba-hamba- Nya.” - Surah Fush Shilat ayat 46.


Keadaan Cuaca :
Pada amnya baik pada pagi ini kecuali hujan berpertir yang semakin reda yang berlaku semalaman dikawasan lepas pantai. Cuaca sebahagian berawan pada waktu petang dengan hujan atau hujan berpetir yang berkemungkinan berlaku di kawasan pesisiran pantai dan juga kawasan pedalaman sebelum merebak ke kawasan laut pada awal malam.


Keadaan Angin :
Bertiup dari arah Barat Daya selaju 05 - 15 kmsj pada waktu pagi menjadi angin dari Barat selaju 10 - 20 kmsj pada waktu petang.


Keadaan Laut :
Berombak sedikit di paras 0.5 - 1.0 m.

Ramalan jangka panjang sehingga tengah malam :
Hujan berpetir berasingan berlaku pada waktu malam.


Suhu Maksimum :
 33 darjah selsius


Suhu minimum :
24 darjah selsius



tpelita@yahoo.com

 

Brunei-Kuwait
kenalpasti bidang berpotensi untuk bekerjasama


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berbual mesra dengan Amir Kuwait, Duli Yang Maha Mulia Syeikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah bertempat di Istana Bayan sejjurus sebelum berangkat ke Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuwait.
(Foto : Haji Mohd. Yussof Haji Mohd Yassin / Haji Masmaleh Haji Mohd Ali)

KUWAIT, Rabu, 15 April.- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat menamatkan Lawatan Negara ke Kuwait .

Sebelum berangkat meninggalkan Istana Bayan, iaitu tempat persemayaman baginda sepanjang lawatan ke sini ,Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengadakan perjumpaan singkat bersama Duli Yang Teramat Mulia Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir Kuwait di Jahra 2, Istana Bayan di sini.

Terdahulu sebelum itu doa selamat telah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

berita penuh


BERITA RINGKAS :-

Lawatan Negara Kebawah DYMM ke Oman meningkatkan hubungan kerjasama MUSCAT, 15 April. – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat tiba di sini bagi lawatan negara selama dua hari ke Kesultanan Oman selepas menamatkan lawatan negara tiga hari ke Kuwait.
berita penuh...

Kebawah DYMM, Sultan Qaboos bersetuju kukuh kerjasama dua hala MUSCAT, Rabu, 15 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Qaboos bin Said Al-Said melahirkan persetujuan untuk sama-sama bekerja bagi mengukuhkan lagi kerjasama dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Kesultanan Oman.
berita penuh...

Yayasan Jepun pamirkan tembikar seramik di Muzium GADONG, Selasa, 13 April. – Para penduduk di negara ini berpeluang menyaksikan pameran tembikar dari negara Jepun yang kini dipamerkan di Muzium Brunei, Jalan Kota Batu, di sini.
berita penuh...

Sejumlah BND110,000.00 di sumbangkan bagi acara keraian perayaan BERAKAS, Rabu, 15 April. – Sejumlah BND110,000.00 sumbangan berbentuk wang tunai dan lain-lain diterima hari ini bagi membiayai acara-acara keraian bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke 63 Tahun bagi Daerah Brunei dan Muara.
berita penuh...

Harapan tinggi negara terletak dibahu Jenerasi muda BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 April. – Timbalan Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdilah bin Haji Abdul Wahab menyatakan rasa penghargaan diatas usaha masyarakat di negara yang mengambil perhatian terhadap perkembangan dan pembangunan jenerasi muda.
berita penuh...

Tingkatkan bilangan da’ie yang boleh berbahasa Inggeris BANDAR SERI BEAGWAN, Rabu, 15 April.- Seramai 20 pegawai dari Pusat Da’wah Islamiah hari ini memulakan Kursus Bahasa Inggeris bagi tujuan dakwah yang di adakan di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) di Jalan Tutong disini.
berita penuh...

Seminar Motivasi Peperiksaan tingkatkan peristasi akademik mahasiswa UBD RIMBA, Rabu, 15 April .– Bagi mempertingkatkan potensi diri sebagai seorang mahasiswa-mahasiswi dan mempertingkatkan kauliti dan daya usaha dalam pecapaian peristasi akademik, Univerisiti Brunei Darussalam(UBD)melalui unit perkhidmatan kaunseling telah mengadakaan Seminar Motivasi perperiksaan yang telah dilancarkan di Dewan Kuliah, Dewan Canselor UBD di sini.
berita penuh...

Kursus jangka pendek Basic Electronic MAKTAB Teknik Sultan Saiful Rizal (MTSSR) memaklumkan bahawa Kursus Pendek bagi Inroduction Basic Electronic Technology akan diadakan selama lima minggu (dua puluh lima jam) bermula 1 Mei hingga 29 Mei 2009 iaitu hari Juma'at, jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi dan hari Ahad, 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari.
berita penuh...







*** PETIKAN TITAH ***

“KITA perlu sedar, isu akidah adalah isu sepanjang zaman. Aktiviti-aktiviti yang bercanggah dengan akidah adalah perkara lumrah. Namun orang kurang sedar bahawa perkara seumpama ini boleh membawa kepada kebinasaan dan kerugian yang amat besar.”

- Titah Sempena Majlis Ilmu Sempena Hari Keputeraan Ke-61 Tahun pada 9 Rejab 1428 / 24 Julai 2007.


Waktu Perkhidmatan Kaunter

TABUNG Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan kaunter di cawangan ibu pejabat di Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan mula beroperasi pada setiap hari Jumaat bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Sehubungan dengan itu, waktu perkhidmatan kaunter di kesemua cawangan TAP adalah ditukar iaitu setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu waktu beroperasi bemula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga 3.30 petang.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800.


JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673 22380527,
+673 2383400,
+673 2383401

+673 2382905

" Selamatkan Nyawa : Jadikan Hospital Selamat Semasa Kecemasan " ... " Selamatkan Nyawa : Jadikan Hospital Selamat Semasa Kecemasan " ... " Selamatkan Nyawa : Jadikan Hospital Selamat Semasa Kecemasan " ... " Selamatkan Nyawa : Jadikan Hospital Selamat Semasa Kecemasan " ... " Selamatkan Nyawa : Jadikan Hospital Selamat Semasa Kecemasan " ... " Selamatkan Nyawa : Jadikan Hospital Selamat Semasa Kecemasan " ...


Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda pengunjung ke


MySpace Layouts
bermula 1 Januari 2009