Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

JAWATAN-JAWATAN KOSONG


IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7 (a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

TARIKH IKLAN : 15 APRIL 2009
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 06 MEI 2009
BILANGAN IKLAN : 15/04/09 (SPA/BMI)

PERATURAN 7 (a)

Syarat-syarat Am:
(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
(D) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.

1. PEGAWAI KESELAMATAN KEMUDAHAN
PELABUHAN KANAN
JABATAN PELABUHAN
B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
ii) Berkhidmat di Jabatan Pelabuhan sebagai Pegawai Keselamatan Kemudahan Pelabuhan dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan hal ehwal keselamatan dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
iv) Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan hal ehwal keselamatan dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
v) Pernah berkhidmat dengan Pasukan Keselamatan seperti Angkatan Bersenjata Diraja Brunei atau Pasukan Polis Diraja Brunei dalam jawatan Mejar atau Timbalan Penguasa Polis (DSP) tidak kurang dari 5 tahun.
b) Kelulusan yang bersesuaian yang lebih tinggi DAN/ATAU kebolehan dan pengalaman tentang pengurusan dan penyeliaan satu pasukan Anggota Keselamatan merupakan kelebihan.
c) Bagi calon yang baru dilantik mestilah tidak memakai kacamata/kanta lekap lebih 100 degree.
d) Calon-calon yang terdiri daripada anggota Keselamatan hendaklah mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan bersih daripada kesalahan disiplin bagi tempoh 3 tahun kebelakangan dan mengemukakan nama 2 orang referees yang dikenali lebih dari 5 tahun (Melengkapkan Borang Pengakuan Biodata).
Lulus Peperiksaan Peperiksaan Perkhidmatan Awam:
i) Peperiksaan Jabatan (jika ada)
ii) Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan.
iii) Peraturan-Peraturan Kewangan.

2. JURUTERA
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan; atau kelulusan professional sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
b) Menjadi ahli badan professional yang diiktiraf seperti “The Institute of Civil Engineering UK (ICE) / Mechanical Engineering UK (IMechE)” atau institusi-institusi profesional yang sebanding yang diiktiraf oleh Kerajaan adalah kelebihan.
c) Berpengalaman dalam bidang kejuruteraan dan bangunan adalah kelebihan.

3. KETUA PEMBANTU TEKNIK
JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kejuruteraan Awam / Pengurusan Bangunan / E.lektrik / Ukur Bahan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan sebanding dalam bidang Kejuruteraan Awam / Pengurusan Bangunan / Elektrik / Ukur Bahan atau bidang bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

4. PEMBANTU OPERESEN (FLIGHT OPERATIONS)
JABATAN PENERBANGAN AWAM
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Penerbangan Awam / Pentadbiran / Pengurusan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

ATAU
b) Mempunyai kelulusan Lesen Juruterbang Perdagangan (Commercial Pilot Licence) dari Civil Aviation Authority (United Kingdom) atau dari Penguasa-Penguasa Penerbangan Awam yang diiktiraf.
ATAU
c) i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Penerbangan Awam / Pentadbiran / Pengurusan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
DAN

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun serta telah ditetapkan dalam jawatan.

5. PENYAMBUT TETAMU
JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI
JABATAN PERDANA MENTERI
D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) 4 Kepujian / Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan Penyambut Tetamu / Operator Telefon / Penjaga Telefon dalam tanggagaji E.2 / E.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 5:

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)

PEMBERITAHUAN:

1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.

2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 5 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.

3. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.

4. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).

5. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-

a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.

6. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

7. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.

8. Permohonan yang diterima lewat daripada 6 MEI 2009 tidak dilayan.

9. Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.

10. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat seperti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan dari:-
a. Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei.
b. Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/
c. Melalui email bmm.spa@spa.gov.bn.
11. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
• Pejabat Daerah Belait;
• Pejabat Daerah Temburong.
• Pejabat Daerah Tutong;
• Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan;
• Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.


Dikemaskini 15 April 2009 (Rabu)
Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Waktu Perkhidmatan Kaunter

TABUNG Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan kaunter di cawangan ibu pejabat di Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan mula beroperasi pada setiap hari Jumaat bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Sehubungan dengan itu, waktu perkhidmatan kaunter di kesemua cawangan TAP adalah ditukar iaitu setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu waktu beroperasi bemula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga 3.30 petang.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800.