Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Rabu , 15 April 2009
19 Rabiulakhir 1430

Dengan nama Allah
yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

KUPON PRABAYAR LETAK KERETA

MULAI 1 April 2009, semua letak kereta di bawah kawalan Bandaran akan menggunakan Kupon Prabayar Letak Kereta. Ini bermakna mulai dari tarikh tersebut, semua kenderaan yang diletakkan di kawasan Bandar Seri Begawan diwajibkan menggunakan kupon berkenaan, jika gagal berbuat demikian tindakan undang-undang akan diambil kepada pemilik-pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan tersebut. Sistem kupon prabayar diperkenalkan bagi menggantikan sistem konvensional yang telah lama kita amalkan sejak tahun 70-an iaitu dengan menggunakan tiket bayaran letak kereta yang dikeluarkan oleh atendan letak kereta di mana sistem lama itu banyak menimbulkan pelbagai masalah berbanding dengan sistem baru ini yang lebih efisien, mudah, cepat dan tidak ’menyusahkan’ malah menyenangkan semua pihak. Tegasnya sistem baru ini bertujuan memudahkan orang ramai berurusan dan mengelakkan masalah timbul yang dihadapi ketika ini.

Apa yang perlu, pengguna dan pemilik kenderaan mestilah membeli kupon prabayar dari pondok bayaran letak kereta sekitar Bandar Seri Begawan atau kaunter bayaran perkhidmatan Letak Kereta Tingkat 5, Bangunan Pusat Komersial dan Perdagangan Bumiputera, Jalan Cator, di ibu negara. Sebelum meletak kereta caranya mudah sahaja, pemilik kenderaan hanya perlu menggores dan mempamerkan kupon berkenaan di sebelah kanan cermin depan kenderaan setiap kali hendak meletakkan kereta. Pemilik kenderaan yang gagal mempamerkan kupon prabayar dan melanggar peruntukan Peraturan Lalulintas Jalan Raya (Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan) (Tempat Letak Kereta), 1972 (S128/72 jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi BND500.

Sememang setiap yang baru itu menimbulkan masalah dan kekeliruan, begitu juga dengan sistem Kupon Prabayar Letak Kereta. Ini sudah menjadi kebiasaan apabila sahaja peraturan atau undang- undang baru diperkenalkan, banyak suara-suara yang melahirkan kekecewaan, kepayahan dan bermacam-macam lagi alasan. Namun lambat-laun, akhirnya kitani akan terbiasa dan seterusnya menjadikannya budaya. Kerana setiap yang baru sudah menjadi lumrah alam akan menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan untuk seketika sahaja.

Empat jenis kupon prabayar dijual di pondok atau kaunter pembayaran letak kereta mengikut kod, kadar dan masa. Dalam hal ini orang ramai dinasihatkan agar sebelum menggores kupon mereka untuk meletakkan kereta supaya memastikan kupon yang digunakan adalah bagi kawasan kereta yang ditetapkan sebelum mereka mempamerkan kupon mereka. Perkara ini didapati masa banyak menimbulkan kekeliruan. Dalam pada itu orang ramai juga perlu memastikan kupon yang dibeli tidak rosak dan menyimpan dengan sebaik-baiknya kerana kupon yang rosak tidak sah untuk digunakan.

Pengguna juga harus ingat, jika kupon pertama yang mereka pamerkan tamat tempoh atau penggunaan melebihi masa yang dihadkan, mereka mestilah mempamerkan kupon tambahan dengan betul di depan cermin kenderaan mereka bagi mengelak dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Apa pun alasannya, kerajaan dalam memperkenalkan dan menguatkuasakan sistem baru itu mempunyai asas-asas yang kukuh iaitu untuk meningkatkan lagi sistem pembayaran letak kereta di negara ini. Kerana kalau kita melihat ke dunia luar, beberapa buah negara telah pun lama memperkenalkan sistem berkenaan yang diyakini banyak memberikan manfaat dan kesenangan kepada pengguna. Bertolak dari senario itu, sudah kena pada masanya kita mengguna pakai sistem kupon prabayar bagi menggantikan sistem lama yang telah kita amalkan sejak 30 tahun yang lalu.

Penggunaan Kupon Prabayar Letak Kereta antara lain memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna, di samping penggunaan yang lebih mudah dan cepat serta dapat menjimatkan masa. Menoleh ke belakang pengalaman lalu, sistem baru ini bagi mengatasi masalah tunggakan yang semakin meningkat dan ianya menimbulkan banyak ’kesusahan’ bagi mereka untuk menjelaskannya. Apa yang diharapkan agar sistem baru ini akan dapat sedikit sebanyak mengatasi apa jua masalah yang timbul sebelum ini terutama sekali mereka yang melengah-lengahkan pembayaran. Semogalah penggunaan sistem baru ini tidak akan menyusahkan mana-mana pihak, tetapi sebaliknya akan memberikan kemudahan. Yang penting setiap pengguna khususnya pemilik kenderaan hendaklah bijaksana dan melakukan tanggungjawab dengan penuh beretika.


Kembali ke muka utama




Kembali ke muka utama

Waktu Perkhidmatan Kaunter

TABUNG Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan kaunter di cawangan ibu pejabat di Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan mula beroperasi pada setiap hari Jumaat bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Sehubungan dengan itu, waktu perkhidmatan kaunter di kesemua cawangan TAP adalah ditukar iaitu setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu waktu beroperasi bemula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga 3.30 petang.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800.