|
Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam
Zuhur 12.22
Asar 3.31
Maghrib 6.28
Isyak 7.38
Imsyak 4.46
Subuh 4.56
Syuruk 6.13
Doha 6.37
Waktu-waktu
Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah
Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh
Negeri Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.
  
Keadaan Cuaca :
Pada amnya baik pada pagi ini kecuali hujan berpertir yang semakin reda yang berlaku semalaman dikawasan lepas pantai. Cuaca sebahagian berawan pada waktu petang dengan hujan atau hujan berpetir yang berkemungkinan berlaku di kawasan pesisiran pantai dan juga kawasan pedalaman sebelum merebak ke kawasan laut pada awal malam.
Keadaan Angin :
Bertiup dari arah Barat Daya selaju 05 - 15 kmsj pada waktu pagi menjadi angin dari Barat selaju 10 - 20 kmsj pada waktu petang.
Keadaan Laut :
Berombak sedikit di paras 0.5 - 1.0 m.
Ramalan jangka panjang sehingga tengah malam :
Hujan berpetir berasingan berlaku pada waktu malam.

Suhu Maksimum :
33 darjah selsius
Suhu minimum :
24 darjah selsius

tpelita@yahoo.com
|
|
Memperkukuh Jalinan Persahabatan
 KDYMM dijunjung berangkat turun dari Pesawat Khas oleh Dato Paduka Haji Mohd Nor bin Haji Jeludin, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdangangan Negara Brunei Darussalam, TYT Pengiran Dato Paduka Haji Jeberudin bin Pengiran Haji Mohd Salleh, Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke-Kuwait dan H.E. Sheikh Khaled Abdullah Sabah Al-Nasser Al-Sabah, Chief of Amiri Protocol and Chamberlain of the State of Kuwait
(Foto : Haji Mohd. Yussof Haji Mohd Yassin)
BANDARAYA KUWAIT, 13 April. – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat tiba di sini bagi lawatan negara selama tiga hari ke Kuwait.
Keberangkatan baginda kali kedua sejak keberangkatan pada Februari 1994 atas jemputan Amir Kuwait, Duli Yang Maha Mulia Syeikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah membawa makna yang besar ertinya kepada kedua-dua buah negara dalam meningkatkan jalinan persahabatan dan kerjasama antara Bandar Seri Begawan dan Bandaraya Kuwait
Selain itu, lawatan tersebut merupakan jambatan yang akan terus mengukir, memperkukuh dan meningkatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Negara Brunei Darussalam dan Kuwait telah menjalin hubungan diplomatik pada 1 Mei 1990.
berita penuh
BERITA RINGKAS :-
BSB-KUWAIT TANDATANGANI DUA PERJANJIAN, SATU MOU
BANDARAYA KUWAIT, Isnin, 13 April. –Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Kuwait telah menandatangani dua perjanjian dan menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) di sini hari ini.
berita penuh...
BRUNEI-KUWAIT KOMITED TINGKAT HUBUNGAN DUA HALA
BANDARAYA KUWAIT, 13 April. – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Amir Kuwait, Duli Yang Maha Mulia Syeikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah telah mengadakan perjumpaan rasmi di Bilik Perjumpaan, Bangunan Dewan Persidangan Istana Bayan di sini hari ini.
berita penuh...
Ekonomi dan pelaburan Kuwait meningkat
KUWAIT, Isnin, 13 April. -Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di hari pertama lawatan negara ke sini telah berkenan berangkat ke Majlis Taklimat Mengenai Perkembangan Ekonomi dan Pelaburan Kuwait. Majlis berlangsung di Jahra 2, Bayan Palace, Kuwait.
berita penuh...
KDYMM diraikan di Majlis Santap Negara
KUWAIT, Isnin, 13 April. -Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan perjumpaan rasmi bersama Duli Yang Teramat Mulia Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir Kuwait di Liberation Hall, Bayan Palace di sini.
berita penuh...
Diserap ke Perkhidmatan Tetap
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 April. – Di atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, amalan yang menghendaki pekerja-pekerja wanita diberhentikan daripada Perkhidmatan Tetap setelah berkahwin dan diambil berkhidmat semula secara Sebulan Ke Sebulan ditiadakan seperti yang disampaikan melalui Surat keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan 2/2009 bertarikh 22 Safar 1430/18 Februari 2008.
berita penuh...
Dilantik sebagai Pengarah Belia dan Sukan
JABATAN Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan Pengarah Keanggotaan dan Pentadbiran Latihan di Jabatan Perkhidmatan Awam, ......
berita penuh...
Mendedahkan wacana pemikiran Tokoh Sasterawan Islam Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hasanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) untuk mengadakan rancangan-rancangan bagi memberikan impak (kesan) di atas pengiktirafan Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Sultan Muhammad Jamalul Alam sebagai Tokoh Sasterawan Islam Brunei.
berita penuh...
Lapan belia masjid sampaikan puisi bertema Islam
TEMBURONG, Ahad, 12 April. – Dalam usaha menarik minat serta mendedahkan para belia kepada pembacaan puisi Islam, satu Majlis Pembacaan Puisi Islam Belia Masjid Daerah Temburong dan Membaca Ratib Al-Attas Bagi Tahun 1430 Hijrah telah diadakan di Masjid Kampong Labu Estate.
berita penuh...
30 sertai bengkel pembangunan eksekutif
TUNGKU LINK, Isnin, 13 April. –Lebih 30 perwakilan dari institusi-institusi pendidikan tinggi di negara ini menghadiri Bengkel Pembangunan Eksekutif Bagi Memberangsang Perubahan 3 (IC3) (Executive Development on Inspiring Change 3 - IC 3), diadakan di Bilik Senat, Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD) di sini.
berita penuh...
20 penuntut sertai Program JENESYS di Jepun
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 April. - Seramai 20 penuntut dan belia termasuk dua pegawai dari negara ini akan menyertai Program Pertukaran Rangkaian Jepun - Asia Tenggara dan Timor Leste Bagi Penuntut-penuntut dan Belia-belia (JENESYS) di Jepun bermula 14 sehingga 23 April ini.
berita penuh...
26 peserta EDPSGO sertai lawatan kerja ke Sabah
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 April. - Seramai 26 peserta Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) Ke-13 pagi tadi berlepas bagi mengikuti lawatan kerja ke Kota Kinabalu, Sabah.
berita penuh...
Lima bank utama Kanada tergolong dalam 50 bank terbesar di dunia
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 April. - Negara Brunei Darussalam juga tidak terkecuali dalam menghadapi cabaran kemelesetan ekonomi global yang menjejaskan banyak negara di dunia.
berita penuh...
Jabatan Perkhidmatan Pos adakan Jerayawara Mengumpul 25,000 Setem
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 April. - Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Perhubungan mengadakan Jerayawara Cabaran Mengumpul 25,000 Setem sempena memperingati Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berlangsung di Dewan Pahlawan Berakas Kem.
berita penuh...
Dua pemidato Malaysia akan mempersembahkan bakat
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 April. – Dua pemidato dari Malaysia berada di negara ini bagi menghadiri dan membuat persembahan di Pertandingan Pidato : Pertandingan Akhir Berpidato BELTA - Jabatan Penerangan 2009 (Information Department – BELTA Oratory Final Competition 2009) yang akan diadakan pada 15 April ini di Dewan Raya Radio Televisyen Brunei di ibu negara.
berita penuh...
Jenayah terancang bukan perkara baru era globalisasi
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 April. - Jenayah terancang bukan lagi perkara baru bagi pasukan polis, malah dalam era globalisasi ini ia diserapkan di tahap organisasi dan teknikal yang sofistikated.
berita penuh...
Mengembang dan menyebarluaskan kemahiran penulisan Jawi
KUALA BELAIT, Isnin, 13 April. - Seramai 20 pegawai dan kakitangan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait menyertai Bengkel Penulisan Seni Khat Jawi selama lima hari bertempat di Unit Da’wah, di sini.
berita penuh...
Perbarisan berjalan lalu mengelilingi Pekan Belait
KUALA BELAIT, Isnin, 13 April. - Orang ramai yang kebetulan keluar membuat urusan ke Pekan Belait pagi tadi berkesempatan menyaksikan perbarisan berjalan lalu Pasukan Polis Daerah Belait mengelilingi pekan tersebut.
berita penuh...
SEKILAS INFO : Tawaran kursus jangka pendek
JABATAN Pendidikan Teknik, Kementerian Pendidikan memaklumkan kepada orang ramai yang berminat untuk mengikuti kursus-kursus jangka pendek, Bahagian Pendidikan Lanjutan seperti Job Getting Skills, Housekeeping, Tagalog For Beginners dan Telephone Etiquette.
berita penuh...





|
|
JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673 22380527,
+673 2383400,
+673 2383401

+673 2382905
|