Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

KDYMM
diraikan di Majlis Santap Negara


BAGINDA dan Duli Yang Teramat Mulia Amir Kuwait berkenan bergambar kenangan sejurus sebelum berangkat ke Majlis Santap Negara ynag disemgahkan oleh Amir Kuwait sepena Lawatan Negara baginda ke kuwait. Majlis berlangsung di Bangunan Dewan Persidangan Istana Bayan.
(Foto : Haji Mohd. Yussof Haji Mohd. Yassin / Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

KUWAIT, Isnin, 13 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan perjumpaan rasmi bersama Duli Yang Teramat Mulia Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir Kuwait di Liberation Hall, Istana Bayan di sini.

Di perjumpaan tersebut kedua-dua pemimpin telah menekankan hubungan mesra dan persahabatan erat antara kedua buah negara, di samping menyatakan komitmen bagi mempertingkatkan lagi hubungan dua hala antara kedua buah negara.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia Amir Kuwait seterusnya membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa, terutama yang mempunyai kepentingan bersama.

Sejurus selepas perjumpaan rasmi tersebut, baginda berkenan berangkat ke Majlis Santap Negara yang disembahkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Amir Kuwait bagi meraikan keberangkatan baginda sempena lawatan negara ke Kuwait di Liberation Hall, Istana Bayan.

Sebelum santap negara berlangsung, baginda dan Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima jujung ziarah dan disembahkenalkan kepada pembesar-pembesar negara Kuwait dan Negara Brunei Darussalam serta diplomat-diplomat asing yang berkhidmat di Kuwait.

Berangkat dan hadir sama di Majlis Santap Negara itu ialah, Duli Yang Teramat Mulia Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-jaber Al-Sabah, Putera Mahkota Kuwait; Tuan Yang Terutama Sheikh Mishaal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Timbalan Ketua Turus National Guard, ahli-ahli kerabat diraja, orang-orang kenamaan, pegawai-pegawai kanan Kuwait dan delegasi rasmi Negara Brunei Darussalam.

Terdahulu sebelum Majlis Santap berlangsung Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan menerima mengadap Pemangku Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kuwait, Tuan Yang Terutama Sheikh Jaber Al-Mubarak Al-Hamad Al-Sabah. Majlis berlansgung di Jahra 2, Istana Bayan.

(Oleh : Jaafar Ibrahim & Zabaidah Haji Salat)

Kembali ke muka utama




Kembali ke muka utama

Waktu Perkhidmatan Kaunter

TABUNG Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan kaunter di cawangan ibu pejabat di Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan mula beroperasi pada setiap hari Jumaat bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Sehubungan dengan itu, waktu perkhidmatan kaunter di kesemua cawangan TAP adalah ditukar iaitu setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu waktu beroperasi bemula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga 3.30 petang.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800.