|
Penasihat MPK jadi sandaran, rujukan
 TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Haji Dani ketika menyampaikan sijil lantikan Penasihat MPK Lumut II, Pengiran Noralim Pengiran Ahmad.
KUALA BELAIT, Jumaat, 13 Mac. - Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri berharap lantikan Penasihat Majlis Perundingan Kampung (MPK) akan menjadi pendorong dan penggerak kepada MPK supaya lebih aktif bagi melaksanakan peranan, tugas dan tenggungjawab dengan berkesan bagi kebaikan dan kebajikan anak-anak buah kampung mereka.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Haji Awang Dani berkata, dengan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kebijaksanaan yang merupakan aset sangat berharga selaku Penasihat MPK akan dapat jadi sandaran dan tempat rujukan MPK dalam perlaksanaan pelbagai aktiviti seperti keagamaan, kemasyarakatan, kebajikan, perekonomian, pendidikan, kesukanan, kesenian dan kebudayaan.
berita penuh
BERITA RINGKAS :-
DBP terbitkan 12 buku ditulis lapan tokoh penulis tempatan
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 13 Mac. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerbitkan 12 buah buku terbaru yang ditulis oleh lapan tokoh penulis tempatan dan penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (S.E.A Write Award).
berita penuh...
Dana Pengiran Muda Mahkota terima sumbangan BND5,282.00
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 13 Mac. - Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) petang tadi menerima sumbangan sebanyak BND5,282.00 dari syarikat swasta dan orang perseorangan.
berita penuh...
12 pegawai ABDB tamat Program Ta’lim Ul Qur’an
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 13 Mac. - Seramai 12 pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menamatkan Program Ta’lim Ul Qur’an berlangsung di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, Berakas di sini.
berita penuh...
Lapan buah sekolah mara ke peringkat akhir
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 13 Mac. - Pertandingan Separuh Akhir ‘3rd Information Department and BELTA Oratory Competition 2009’ anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri bersama Persatuan Guru-Guru Bahasa Inggeris (BELTA) diadakan pagi ini di Dewan Serbaguna Pengiran Setia Negara, Jabatan Penerangan, di sini.
berita penuh...
KHEDN dan Kementerian Perhubungan juara terbuka dan veteran Perlawanan Akhir Futsal
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat 13 Mac. -Pasukan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Kementerian Perhubungan dinobatkan juara dalam Kategori Terbuka dan Veteran dalam Perlawanan Akhir Futsal Antara Kementerian-kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas di sini.
berita penuh...
Kumpulan Kebudayaan Jepun hibur insan istimewa
BENGKURONG, Jumaat, 13 Mac. – Insan istimewa Pusat Ehsan pagi ini dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dari Persatuan Kebudayaan Jepun yang membuat lawatan ke pusat berkenaan..
berita penuh...
Malam Deklamasi Puisi Merdeka mendapat sambutan
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 13 Mac. - Dayang Noorhawadah binti Ramle berjaya menjadi juara Kategori Belia manakala Awang Sani bin Tali juara Kategori Dewasa di Pertandingan Malam Deklamasi Puisi Merdeka.
berita penuh...
Banyak pengajaran diperolehi dari kehidupan Rasulullah
TUTONG, Khamis, 12 Mac. - Pensyarah Universiti Brunei Darussalam, Profesor Madya Dr. Haji Hashim bin Haji Abd. Hamid berkata banyak pengajaran yang dapat diambil dari sirah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam semasa masih belia atau remaja yang berjaya dalam usaha menternak kambing dan perniagaan.
berita penuh...
Lapan pelajar ikuti Skim Bimbingan Tilawah Al-Qur’an Remaja
TEMBURONG, Jumaat, 13 Mac. - Skim Bimbingan Tilawah Al-Qur’an Remaja kelolaan Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama mengadakan Taklimat Kemasukan Pelajar Pengambilan Ke-12 Sesi 2009-2010 Bagi Daerah Temburong.
berita penuh...





|