Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Lapan buah sekolah mara ke peringkat akhir

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 13 Mac. - Pertandingan Separuh Akhir ‘3rd Information Department and BELTA Oratory Competition 2009’ anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri bersama Persatuan Guru-Guru Bahasa Inggeris (BELTA) diadakan pagi ini di Dewan Serbaguna Pengiran Setia Negara, Jabatan Penerangan, di sini.

Sebanyak 30 buah sekolah menengah dan maktab dari seluruh negara bersaing di peringkat separuh akhir dan hanya lapan buah sekolah atau maktab sahaja yang layak meneruskan persaingan ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 15 April 2009.


YANG Di-Pertua BELTA, Datin Hajah Khadijah binti Haji Akhbar ketika hadir pada Pertandingan Separuh Akhir '3rd Information Department and BELTA Oratory Competition. (Foto : Hernie Suliana Hj. Othman)

Yang Dipertua BELTA, Datin Hajah Khadijah binti Haji Akhbar dalam ucapan alu-aluannya berkata, berpidato atau berhujah di hadapan khalayak ramai bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan kerana ia memerlukan kesabaran, keberanian dan persediaan yang cukup serta kepetahan bercakap agar segala mesej yang ingin disampaikan dapat difahami oleh para pendengar.

Beliau juga menyentuh mengenai betapa pentingnya mendidik generasi
muda untuk membina pemikiran yang cergas dan jati diri yang sempurna
agar menjadi pelapis negara di masa hadapan.

Pertandingan tersebut bersempena Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam tahun 2009.


LAPAN penuntut mewakili sekolah masing-masing berjaya ke peringkat akhir Pertandingan '3rd Information Department and BELTA Oratory.
(Foto : Hernie Suliana Hj. Othman)

Pada peringkat saringan ini, para peserta dikehendaki memilih satu topik
yang berkaitan dengan tema Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam tahun ini ‘Kedewasaan Bernegara’.

Para juri menilai para peserta dari segi persembahan, struktur penyampaian, suara dan idea-idea bernas mereka dalam menyampaikan pidato mereka masing-masing.

Lapan buah sekolah yang berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir ialah Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Menengah Chung Hwa Bandar Seri Begawan, Sekolah Menengah
Menglait, Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Sekolah Menengah St. James, Sekolah Menengah Muda Hashim, Sekolah Menengah Chung Hwa Seria dan Sekolah Menengah Chung Ching.

Para peserta yang layak ke pertandingan peringkat akhir masing-masing diberikan topik-topik khas yang akan disampaikan nanti.

(Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad)

Kembali ke muka utama




Kembali ke muka utama

Negara Brunei Darussalam
hos Sambutan
Hari Komanwel 2009

JABATAN Belia dan Sukan memaklumkan bahawa Negara Brunei Darussalam akan menjadi hos acara Sambutan Hari Komanwel 2009 pada 8 hingga 11 Mac 2009 dan Bengkel Serantau mengenai Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia mulai 12 hingga 17 Mac 2009 pada tahun ini. Sambutan ini dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Program Belia Komanwel, Pusat Asia bertemakan 'Komanwel 60: Membantu Generasi Muda'. Acara itu membolehkan negara-negara anggota menyertai aktiviti-aktiviti yang menggalakkan persafahaman mengenai isu-isu global, kerjasama antarabangsa dan aktiviti-aktiviti bagi komanwel moden di samping memberikan peluang baik kepada mereka untuk bertukar-tukar idea, menggalakkan persefahaman dan kerjasama di samping meningkatkan hubungan yang harmoni di antara mereka. Sementara itu bengkel serantau mengenai Pencegahan Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia adalah untuk menyediakan satu platform kepada para belia untuk berkongsi maklumat tentang amalan-amalan terbaik dan belajar antara satu sama lain. Ia juga untuk meningkatkan pengetahuan dan persefahaman peserta tentang dimensi virus masalah penyalahgunaan dadah, menyediakan pelan-pelan tindakan untuk pencegahan penyalahgunaan dadah, rawatan dan penjagaan serta mengukuhkan kordinasi di kalangan kerajaan dan bukan kerajaan ke arah strategi efektif bagi pencegahan, rawatan dan penjagaan. Setiap negara ahli akan disertai oleh dua wakil berusia 18 hingga 29 tahun dari sektor kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman mengenai isu HIV/AIDS dan penyalahgunaan dadah.