|
e-Kerajaan penggerak utama perkhidmatan kepada orang ramai
 TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Eusoff Agaki bin Haji Ismail ketika Merasmikan Pameran E-Kerajaan.
(Foto : Hernie Suliana Haji Othman)
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 12 Jun. - Untuk menampilkan e-Kerajaan sebagai jentera penggerak yang utama dalam pemberian perkhidmatan kepada pelanggan dan orang ramai, Jabatan Perdana Menteri buat julung-julung kalinya mengadakan Pameran e-Kerajaan.
Majlis perasmian pameran di Ruang Legar, Mall Gadong itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Seri Paduka Eussoff Agaki bin Haji Ismail.
berita penuh
BERITA RINGKAS :-
Seorang lelaki bangsa Iban peluk Islam
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 12 Jun. - Majlis Pengislaman bagi seorang lelaki bangsa Iban, Chuwat anak Tinggi berlangsung di Darul Karamah, Beribi di sini.
berita penuh...
e-Kerajaan lebih mesra pelanggan dan pemedulian
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 12 Jun. -Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sememangnya berhasrat untuk menggalakkan projek-projek e-Kerajaan agar mempunyai unsur 'connectivity', 'interaksi' dan transaksi yang membolehkan orang ramai dan pelanggan berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan termasuk perkhidmatan-perkhidmatan seperti pembayaran tuntutan bil utiliti, pertanyaan serta penyediaan borang permohonan secara 'online'.
berita penuh...
Membiasakan murid tampil di khalayak ramai
TEMBURONG, Jumaat, 12 Jun. – Masjid Utama Mohd. Salleh Pekan Bangar pagi ini mengadakan Peraduan Azan, Qamat dan Menghafaz Surah Bagi Murid-murid Kelas Muqaddam dan Al-Qur’an masjid tersebut.
berita penuh...
1,175 pegawai duduki peperiksaan GO
TUNGKU LINK, Jumaat, 12 Jun. – Seramai 1,175 pegawai kerajaan dalam tangga gaji B.3/B.2.E.B.3/B.2 pagi ini menduduki peperiksaan Perintah-perintah dan Peraturan-peraturan Perkhidmatan dan Kewangan (General Orders and Financial Regulations) kendalian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diDewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam, di sini.
berita penuh...
BIBD kongsi pengurusan kewangan hadapi krisis ekonomi
JERUDONG, Jumaat, 12 Jun. – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) hari ini berkongsi maklumat dengan para pelabur bank berkenaan mengenai pengurusan kewangan peribadi dalam situasi kewangan semasa.
berita penuh...
Dayang Amal Nabilah johan peraduan menghafaz Surah Al-Baqarah
RIMBA, Jumaat, 12 Jun. – Dayang Amal Nabilah binti Abd. Ghani muncul johan dalam Peraduan Menghafaz Surah Al Baqarah Ayat 1 - 5 yang dianjurkan oleh Takmir Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAHS), Kampong Rimba Gadong.
berita penuh...
Titian Iman bimbing saudara baru ABDB
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 12 Jun. - Dalam usaha membimbing dan meningkatkan kerohanian serta mengeratkan silaturahim di kalangan anggota saudara baru Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT) mengungkayahkan Program Titian Iman Siri 2/2009 bersempena Hari Ulang Tahun ABDB Ke-48.
berita penuh...
Penyerahan bendera NBD kepada Ekspedisi Berbasikal Brunei - China
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 12 Jun. – Perserta-perserta ekspedisi berbasikal menjelajahi negara China telah bertolak melalui Singapura untuk meneruskan expedisi mereka yang telah dimulakan sejak 2003.
berita penuh...
Doa Kesyukuran Sempena Penubuhan Kelab Maxi Skuter
KUALA BELAIT, Jumaat, 12 Jun. - Hari ini genap setahun Kelab Maxi Skuter Kuala Belait mendapat kelulusan penubuhannya. Sehubungan itu lewat petang tadi kelab berkenaan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena penubuhan kelab tersebut.
berita penuh...
Majukan dan kembangkan sukan pola air
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 12 Jun. - Kejohanan Polo Air 5 Sepasukan 2009 Anjuran Jabatan Belia dan Sukan dan Persatuan Renang Amatur Negara Brunei Darussalam bermula hari ini di Kolam Renang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas di sini.
berita penuh...
81 peserta SPSR terima sijil ujian
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 12 Jun. - Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Pengiran Sabri bin Pengiran Haji Mohammad berkata, pada masa ini kebanyakan atlet yang bertanding dalam acara-acara sukan serantau dan antarabangsa terdiri dari kalangan atlet muda berbanding atlet sukan pada zaman beliau.
berita penuh...





|