Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

JAWATAN-JAWATAN KOSONG


JABATAN DAERAH TEMBURONG
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

Jabatan Daerah Temburong dengan sukacitanya mempelawa / menjemput penduduk-penduduk kampung yang bermastautin di kawasan Kampong Sumbiling Baru, Kampong Sumbiling Lama dan Kampong Batang Duri, Mukim Amo, Temburong dan sekitarnya untuk menghadapkan pencalonan bagi mengisi kekosongan jawatan.

KETUA KAMPONG SUMBILING,MUKIM AMO, DAERAH TEMBURONG
Tanggagaji : C1.EB2 iaitu : $1,280.00 hingga $1,930.00

KELAYAKAN CALON KETUA KAMPUNG :

Setiap calon ketua kampung hendaklah :-
(a)Seorang lelaki yang terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
(b)Sekurang-kurangnya mempunyai
kelulusanpelajaran di peringkat Tingkatan 3 atau kelulusan yang sebanding dengannya.
(c) Bermastautin di kampung yang akan diketuainya
tidak kurang dua (2) tahun sebelum atau pada tarikh pencalonannya. Bermastautin adalah bermaksud bahawa calon Ketua Kampung hendaklah benar-benar tinggal di kampung yang berkenaan dalam tempoh yang dikehendaki di mana calon mempunyai tempat kediaman dan mendiami tempat tersebut.
(d) Berumur tidak kurang 30 tahun dan tidak
melebihi 60 tahun sebelum atau pada tarikh pencalonan.
(e)Tidak menjadi ahli atau tidak terlibat sama
ada secara langsung atau tidak langsung di dalam pertubuhan siasah yang difikirkan boleh menjejaskan kepentingan atau keselamatan negara.
(f) Mempunyai pengetahuan yang baik dalam
agama Islam, Kemasyarakatan dan adat resam setempat yang lazimnya diamalkan oleh masyarakat kampung berkenaan.
(g) Mempunyai perwatakan, ketokohan dan
sifat-sifat kepimpinan yang baik dan bersesuaian sebagai seorang pemimpin mengikut amalan kehidupan orang-orang Brunei serta bersikap pemedulian.
(h) Tidak pernah diisytiharkan muflis di bawah
Undang-Undang yang dikuatkuasakan di Negara ini dalam tempoh dua(2) tahun sebelum pencalonannya, termasuk pada tarikh pencalonan melainkan sebelum itu pengisytiharan muflis telah dibatalkan oleh Mahkamah.

Calon yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan jika dilantik sebagai Ketua Kampung hendaklah terlebih dahulu menamatkan perkhidmatan sebagai Pegawai Kerajaan.

Calon yang terdiri daripada ahli perniagaan atau pengusaha apabila dilantik menjadi Ketua Kampung boleh meneruskan perniagaan atau perusahaannya menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Pencadang dan Penyokong-Penyokong bagi seorang calon Ketua Kampung hendaklah terdiri daripada warganegara atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam dan tinggal bermastautin di kampung yang berkenaan. Calon Pencadang dan Penyokong-Penyokong hendaklah menandatangani Borang Pencalonan. Borang Pencalonan berkenaan hendaklah dilengkapkan sepenuhnya sebelum dihadapkan ke unit Pentadbiran, Bahagian Institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampong, Jabatan Daerah B runei dan Muara.

Bagi pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat di Jabatan masing-masing ataupun dari pihak swasta hendaklah terlebih dahulu menghadapkan kebenaran bertulis dari Ketua Jabatan masing-masing dan menghadapkan surat kebenaran itu bersama semasa menghadapkan borang pencalonan.

Lain-lain syarat adalah tertakluk kepada Skim Perkhidmatan Penghulu dan Ketua Kampung Negara Brunei Darussalam 1998 (Syarat-Syarat Lantikan dan Perkhidmatan Ketua Kampung ).

Tatacara menghadapkan borang pencalonan :
Cara memohon :

Keterangan lanjut dan borang pencalonan boleh didapati daripada Bahgian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Temburong di talian 5221265 / 5221266 / 5221110 pada waktu pejabat dibuka dan hendaklah diisikan mengikut apa yang dikehendaki dalam borang tersebut dan borang yang tidak diisi dengan lengkap tidak akan diterima.

Borang pencalonan tersebut hendaklah dikembalikan kepada Pegawai Daerah Temburong tidak lewat pada hari Rabu, 1 Julai 2009 jam 4.00 petang.


Dikemaskini 13 Jun 2009 (Sabtu)
Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Penulisan skrip drama tv 2009-2010

RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis tanahair untuk menulis skrip drama bagi siaran di televisyen.

Penyertaan ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berkarya dan mencungkil bakat di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

Penyertaan adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama bersiri kanak-kanak - 30 minit x 13 episod, drama khas kanak-kanak bulan ramadan - 15 minit x 29 episod, drama bersiri remaja - 30 minit x 13 episod dan drama bersiri bulan ramadan - 30 minit x 29 episod.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu, Radio Televisyen Brunei.

Tarikh tutup bagi penghantaran borang-borang penyertaan ialah pada 30 Julai 2009

Untuk mendapatkan maklumat, sila hubungi setiausaha di talian 2236855 (Direct Line)/ 2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV ditalian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.