Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

Jumaat 12 Jun 2009 / 18 Jamadilakhir 1430

 

Hubungi kami || Arkib ||



Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam

    
  Zuhur 12.22
     Asar 3.47
 Maghrib 6.33
     Isyak 7.48
 Imsyak 4.34
     Subuh 4.44
 Syuruk 6.08
     Doha 6.33
 
 
Waktu-waktu
  Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh Negeri Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.

 

***Manisnya Iman***

“DAN hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru berdakwah kepada kebajikan mengembangkan Islam dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah buruk dan keji. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang- orang yang berjaya.” (Surah Ali 'Imran ayat 104).


Keadaan Cuaca :
Sebahagian berawan tetapi pada amnya baik. walaubagaimanapun hujan atau hujan berpetir berasingan berkemungkinan berlaku melintasi negara pasa waktu petang.


Keadaan Angin :
Bertiup perlahan dari beberapa arah pada waktu pagi menjadi again Barat Laut selaju 10 - 20kmsj pada waktu petang.


Keadaan Laut :
Berombak sedikit di bawah paras 1.0m.

Ramalan jangka panjang sehingga tengah hari esok :
Berkemungkinan hujan melintasi negara


Suhu Maksimum :
 33 darjah selsius


Suhu minimum :
25 darjah selsius



tpelita@yahoo.com

 

Brunei menghargai hubungan kerjasama dengan Filipina

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 12 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Presiden Republik Filipina, Puan Yang Terutama Gloria Macapagal Arroyo bersempena dengan ‘Independence Day’ negara tersebut.

Dalam perutusan kepada Presiden Republik Filipina, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyampaikan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Yang Terutama, kerajaan dan rakyat Republik Filipina sempena menyambut ulang tahun ‘Independence Day’ negera berkenaan.

berita penuh


BERITA RINGKAS :-

Brunei berharap terus bekerjasama dengan Russia BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 12 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Presiden Persekutuan Russia, Tuan Yang Terutama Dmitry Medvedev dan Perdana Menteri Persekutuan Russia, Tuan Yang Terutama Vladmir Putin bersempena dengan ‘Independence Day’ negara tersebut.
berita penuh...

Daerah Temburong berpotensi di sektor perhutanan, perikanan TEMBURONG, Khamis, 11 Jun. - Para pengusaha perikanan di Daerah Temburong hari ini berpeluang berkongsi maklumat dan mengemukakan kemusykilan serta masalah yang mereka hadapi berhubung aktiviti menangkap ikan khususnya dalam memajukan sektor perikanan di daerah tersebut.
berita penuh...

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan terima kunjungan Delegasi UM ANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 Jun. – Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Ahmad bin Haji Jumat petang ini menerima kunjungan muhibah Delegasi Universiti Malaya (UM) di pejabat Yang Berhormat, di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), di sini.
berita penuh...

JPKE jalankan Kajian Input-Output Ekonomi BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 Jun. – Untuk memperbaiki situasi data akaun negara, lebih-lebih lagi bagi penyusunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) sedang menjalankan Projek ‘Construction of an Input-Output Table for Brunei Darussalam’.
berita penuh...

QEE aktiviti sihat meningkatkan kecemerlangan BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 Jun. – Pembentukan sikap suka membaca di kalangan pelajar masih memerlukan usaha yang jitu dari pemimpin sekolah kerana didapati sebilangan pelajar sekolah rendah yang berada di Tahun 6 masih belum lancar membaca.
berita penuh...

Sektor pendidikan dan pembangunan sumber tenaga manusia diberikan keutamaan BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 Jun. - Menjadi hakikat yang tidak dapat disangkal bahawa generasi belia, remaja dan muda mudi merupkan aset negara yang sangat penting yang bakal mewarisi bukan saja khazanah dan kekayaan negara yang terkumpul hasil jerit payah dan kebijaksanaan generasi yang ada pada masa kini bahkan yang lebih penting ialah tanggungjawab memimpin, mengurus dan mentadbir negara dengan sebaik mungkin demi untuk memastikan kesinambungan kesejahteraan dan kemakmurannya.
berita penuh...

Kaunselor diseru memelihara etika semasa menghadapi masyarakat BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 Jun. – Setiap kaunselor diseru supaya memelihara etika seorang kaunselor, di samping mengamalkan sikap berbudi bahasa apabila berhadapan dengan klien atau masyarakat.
berita penuh...

UM tawar Program Penyelidikan Bersama pada UBD TUNGKU, Khamis, 11 Jun. - Universiti Malaya (UM) bersedia menawarkan penyelidikan dalam pelbagai bidang kepada Universiti Brunei Darussalam (UBD) memandangkan UM memiliki kelengkapan yang terbaik dan moden di rantau ini.
berita penuh...

Belia berakhlak mulia membina masyarakat bertamadun BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 Jun. – Penuntut atau belia sebagai aset negara yang penting perlu mempunyai akhlak mulia ke arah pembinaan masyarakat yang bertamadun tinggi dan berkualiti.
berita penuh...

Ekspedisi Berbasikal Brunei - China BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 Jun. – Melazimkan bacaan seperti selawat dan berwuduk perlu diamalkan sebelum memulakan sesuatu pekerjaan agar pengamalnya akan mendapat keberkatan.
berita penuh...

AAC anjur kem motivasi bagi pelajarnya SERIA, Khamis, 11 Jun. - Seramai 160 pelajar Tingkatan Lima Maktab Anthony Abell (AAC) menyertai Program Kem Motivasi Pelajar Menuju Kecemerlangan yang diadakan selama dua hari anjuran maktab berkenaan.
berita penuh...

Kebersihan alam sekitar tanggungjawab semua KUALA BELAIT, Khamis, 11 Jun. - Kira-kira 50 orang ahli Kelab Alam Sekitar yang terdiri dari pelajar Pra U I dan II Sekolah Menengah Sayyidina Ali dan tujuh tenaga pengajar sekolah berkenaan pagi tadi mengadakan kempen membersihkan pantai di Kawasan Taman Jubli di Jalan Maulana di sini.
berita penuh...

Jujur, amanah dalam bekerja SERIA, Khamis, 11 Jun. - Ke arah meningkatkan tahap disiplin dan membendung gejala negatif di kalangan warga anggota Pasukan Polis Diraja Brunei, satu ceramah agama telah diadakan pagi tadi di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Daerah Polis Belait.
berita penuh...

Seorang wanita Iban mendapat hidayah KUALA BELAIT, Khamis, 11 Jun. - Syiar Islam terus berkembang di Negara Brunei Darussalam sejak beberapa kurun yang lampau.
berita penuh...

Majlis dialog luahkan pandangan ibu bapa SERIA, Khamis, 11 Jun. - Biro Mencegah Rasuah (BMR) dengan kerjasama Jabatan Perkembangan Kurikulum (JPK) dan Jabatan Pengajian Islam menganjurkan Majlis Dialog Pendidikan Pencegahan Rasuah Bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru Daerah Belait.
berita penuh...

DST adakan latihan simulasi kejadian kebakaran TUNGKU LINK, Khamis, 11 Jun. - Satu latihan baris simulasi kejadian kebakaran melibatkan mangsa terperangkap telahpun dijalankan di Bangunan DST Com dikoordinasikan oleh Bahagian Perhubungan Awam dan Ketua Kumpulan Kerja Cemerlang jabatan (KKC A-Team) melibatkan lebih kurang 200 pegawai dan kakitangan DST.
berita penuh...

SAMBUTAN HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA 2009 KEMENTERIAN Kesihatan akan menyambut Hari Penderma Darah Sedunia yang diraikan pada 14 Jun setiap tahun, di mana tema pada tahun ini ialah ‘Seratus Peratus Pendermaan Darah dan Komponen Darah Secara Sukarela Tanpa Imbalan atau Ganjaran’ (100 Percent Voluntary Non-remunerated Donation of Blood and Blood Components).
berita penuh...

PDB anjur ceramah tingkatkan disiplin BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 Jun. - Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) menganjurkan ceramah ke arah meningkatkan tahap disiplin dan membendung gejala-gejala perilaku yang negatif di kalangan warga PDB.
berita penuh...

Kilang hasilkan produk mengandungi E.Coli ditutup TUTONG, Selasa, 9 Jun. - Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong dengan kerjasama Bahagian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Cawangan Daerah Tutong dan Pasukan Polis Daerah Tutong mengadakan operasi penutupan sebuah kilang perusahaan di Kompleks Perindustrian Serambangun.
berita penuh...

203 ahli Kontinjen Daerah Tutong sertai PSR TUTONG, Rabu, 10 Jun. - Seramai 203 ahli Kontinjen Daerah Tutong terdiri dari atlet, ahli jawatankuasa urusetia dan pegawai perhubungan awam akan menyertai Pesta Sukan Remaja (PSR) Ke-4 bagi tahun 2009.
berita penuh...

Kibarkan bendera mulai 1 Julai ini BERSEMPENA dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-63, rakyat dan penduduk negara ini supaya sama-sama mengibarkan bendera di rumah-rumah kediaman masing-masing dan bangunan-bangunan pejabat dan perniagaan mulai hari Rabu, 8 Rejab 1430 bersamaan 1 Julai 2009 sehingga hari Jumaat, 9 Syaaban 1430 bersamaan 31 Julai 2009 bagi sama-sama memeriahkan lagi sambutan perayaan berkenaan.
berita penuh...

Sukan melatih seseorang memiliki daya juang BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 Jun. - Penglibatan dalam apa jua program dan aktiviti sekolah merupakan pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit dan menjadi kenangan di kemudian hari, tetapi juga merupakan latihan ketahanan mental dan emosi yang baik untuk pembinaan peribadi, semangat, keazaman dan kepantasan bertindak seseorang.
berita penuh...







*** PETIKAN TITAH ***

“MEMANG menjadi matlamat kerajaan untuk melihat rakyat berbahagia dan sejahtera. Ini hanya akan dapat dicapai apabila negara berkeadaan mantap dan aman.” -

- Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 2007 pada 11 Zulhijah 1427 /
1 Januari 2007.


BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)

10 Langkah Untuk memastikan Diri Daripada Dijangkiti :

1. Sentiasa mencuci tangan. 2. Elakkan mendampingi mereka yang sakit.
3. Berehat di rumah, jika kurang sihat.
4. Tutup hidung dan mulut semasa batuk atau bersin.
5. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut, kerana virus Influenza boleh merebak melalui permukaan yang tercemar.
6. Jauhkan diri daripada orang lain, jika sakit.
7. Amalkan cara hidup yang sihat.
" Jangan merokok
" Dapatkan tidur yang mencukupi
" Bersenam secara tetap/ sentiasa aktif
" Atasi stress
" Banyakan minum air
" Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat

8. Tangguh perjalanan ke luar negeri, jika awda sakit.
9. Berjumpa doktor jika awda jatuh sakit.
10. Ikuti perkembangan maklumat Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa.
Jika awda menghidapi sebarang tanda-tanda seperti yang tersebut di bawah dan telah mengunjungi tempat-tempat yang terjejas dalam jangka masa 7 - 10 hari yang lalu, segera berjumpa di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dan rawatan seterusnya.
Tanda-tanda Influenza A (H1N1):
" Deman panas (38 C)
" Sakit Tekak
" Batuk-selsema
" Sakit otot dan sendi
" Rasa letih
" Sesak pernafasan
" Muntah dan cirit-birit

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Healthline : 2384234
atau layari laman web www.moh.gov.bn



SENARAI AHLI-AHLI KOPERASI KAMPUNG DAN MUKIM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (KOKAMI)

JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673 22380527,
+673 2383400,
+673 2383401

+673 2382905


"BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)" ... " BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)" ... " BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)" ... " BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)" ... " BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)" ... " BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)" ...

Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda pengunjung ke

html counter
bermula 1 Januari 2009
Best viewed with Internet Explorer