Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Allah menyayangi mereka yang
menjaga kebersihan

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat, serta dapat menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini, firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al An’aam ayat 165, tafsirnya :

“Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan kepada kamu.”

Sebagai Khalifah Allah Subhanahu Wata’ala, tugas kta adalah untuk memakmurkan bumi ini dan bukannya melakukan kerosakan, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Qashash ayat 77, tafsirnya :

“Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.”

Dari ayat tersebut, jelas bahawa Allah melarang kita melakukan sebarang kerosakan di muka bumi ini, sama ada kerosakan jiwa, harta dan alam sekitar.

Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal hendaklah memakmurkan, memanfaatkan dan memelihara bumi kurniaan Allah Subhanahu Wata’ala ini dengan selayaknya, bukan melakukan kerosakan, pencemaran dan kemusnahan. Cuba kita perhatikan, pada masa ini banyak kerosakan dan kemusnahan yang dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab yang mengakibatkan pencemaran udara, pencemaran sungai dan sebagainya.

Allah Subhanahu Wata’ala menganugerahkan sungai kepada sekalian makhluk di dunia ini sebagai sumber kehidupan seperti makanan, minuman, perhubungan dan rekreasi. Oleh itu kebersihan sungai perlu dijaga dan dipelihara dari sebarang pencemaran.

Tetapi apa yang berlaku kini adalah sebaliknya, sungai dan saliran air semakin kotor kerana dicemari dengan sisa buangan yang bermacam-macam. Keadaan ini bukan saja menimbulkan pemandangan yang kurang elok, bahkan lebih buruk lagi ianya menimbulkan kesan pencemaran terhadap sungai kita. Sisa buangan ini boleh menjadikan saliran air tersumbat bahkan boleh mengakibatkan banjir. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana perkhidmatan pengutipan sampah dan tempat pembuangannya telah banyak disediakan.

Menyedari betapa pentingnya peranan dan nilai sungai terhadap kita, maka negara kita telah mengambil langkah untuk sentiasa menjaga kebrsihan sunai, seperti melaksanakan beberapa Projek Pembersihan Sungai Brunei dan Projek Penggunaan Beg Guna Semula. Walau bagaimanapun projek dan inisiatif pihak kerajaan ini akan sia-sia dan tidak akan tercapai jika tiada komitmen dan sokongan orang ramai terhadapnya. Oleh itu, orang ramai perlu ada rasa tanggungjawab, kesedaran dan kemahuan untuk menjaga kebersihan persekitaran kitani, kerana agama Islam sendiri sangat menitikberatkan soal kebersihan, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah At Taubah ayat 108, tafsirnya :

“Dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).”

Dan sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya :

“Dari Abi Maliki Al-Asyhaari berkata : Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Suci itu sebahagian daripada iman.” (Riwayat Al-Imam Muslim).

Dalam hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang lain lagi, maksudnya :

“Dari Ibni Mas’uud, telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam : Sesungguhnya Allah itu cantik (indah dan bersih), Dia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah dan bersih).” (Riwayat Al-Imam Muslim).

Hadis ini menjelaskan bahawa kebersihan menjadi faktor penentu untuk mendapat perhatian dan kasih sayang Allah Subhanahu Wata’ala. Oleh itu pengabaian menjaga kebersihan boleh mendatangkan banyak musibah dan masalah kepada manusia keseluruhannya. Dari itu sama-samalah kita mendidik ahli keluarga dan masyarakat menjadi orang yang suka kepada kebersihan.

Maka bersempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada hari ini, marilah kita memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk memelihara dan melindungi alam sekitar kita dari apa jua bentuk pencemaran dan kekotoran. Kita perlu meneruskan amalan bergotong-royong bagi menjaga kebersihan persekitaran dan tempat awam di negara ini. Mudah-mudahan amalan yang mulia ini akan menyumbang ke arah pembangunan negara yang berterusan, kehidupan penduduk yang selesa dan kemakmuran negara. Amin Ya Rabbal’alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ibrahim ayat 32, tafsirnya :

“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu. Dan ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahnya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu mengambil manfaat dirinya.”


Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Penulisan skrip drama tv 2009-2010

RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis tanahair untuk menulis skrip drama bagi siaran di televisyen.

Penyertaan ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berkarya dan mencungkil bakat di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

Penyertaan adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama bersiri kanak-kanak - 30 minit x 13 episod, drama khas kanak-kanak bulan ramadan - 15 minit x 29 episod, drama bersiri remaja - 30 minit x 13 episod dan drama bersiri bulan ramadan - 30 minit x 29 episod.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu, Radio Televisyen Brunei.

Untuk mendapatkan maklumat, sila hubungi setiausaha di talian 2236855 (Direct Line)/ 2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV ditalian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.-