|
JAWATAN-JAWATAN KOSONG
JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7(a)
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT),
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI
KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH IKLAN: 10 JUN 2009
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 1 JULAI 2009
BILANGAN IKLAN 23/06/09 (SPA/BMI)
PERATURAN 7(a)
Syarat-Syarat Am:
(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam,
adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja
biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
(D) Cara permohonan – Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. ARKITEK
JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Architecture; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama yang diiktiraf dari Royal Institute of British Architect.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ii) Keutamaan untuk pemohon-pemohon yang menjadi ahli badan Arkitek berdaftar seperti R.I.B.A Part 1 atau institusi sebanding.
ATAU
b) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perancangan Alam Sekitar; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama dan berpengalaman dalam kerja-kerja perancangan perlaksanaan dan penyeliaan-penyeliaan keatas Rancangan Perumahan Awam di negara-negara tropika adalah kelebihan.
2. MERINYU UBAT PELATIH / TERLATIH
KEMENTERIAN KESIHATAN
M.5 EB.6 ($1,270 - $1,850 SEBULAN) /
M.8 EB.9 ($1,485 – $2,315 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM :
MERINYU UBAT PELATIH M.5 EB.6 ($1,270 - $1,850 SEBULAN)
i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND); atau kelulusan sebanding dalam bidang Sains. DAN
ii) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding termasuk mata pelajaran Matematik atau Sains serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik atau Sains diperingkat ini.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
Calon-calon yang berjaya dilantik dikehendaki berkhidmat diperkhidmatan Farmasi dalam tempoh percubaan selama 2 hingga 8 bulan. Kemudian akan dihantar keluar negeri untuk mengikuti latihan selama 1 hingga 3 tahun bagi memperolehi Sijil Tukang Ubat Terlatih dalam Penguatkuasaan Undang-Undang Farmasi.
Bersedia mengikuti latihan-latihan dan kursus-kursus yang berkaitan dengan perkembangan di bidang farmasi dari semasa ke semasa.
MERINYU UBAT TERLATIH M.8 EB.9 ($1,485 – $2,315 SEBULAN)
Kelulusan Tukang Ubat atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Ubat Terlatih atau jawatan sebanding secara berterusan tidak kurang dari 5 tahun.
Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mengenai Akta Racun, Peraturan Penyalahgunaan Dadah dan Akta-Akta yang berkaitan dengan pengawalan ubat-ubatan adalah kelebihan.
Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa lain adalah kelebihan.
3. PENOLONG PEGAWAI YANG MENGUASAI LALULINTAS UDARA
JABATAN PENERBANGAN AWAM
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris.
Mempunyai pengetahuan dalam bidang komputer adalah kelebihan.
4. PELAUT PELATIH
JABATAN PELABUHAN
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
F.2-3-4 EB.5 ($495 - $700 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB)
Kelulusan lebih tinggi dan kebolehan bertutur Bahasa Inggeris dengan baik akan di beri keutamaan.
Boleh berenang dengan baik.
Khusus untuk pemohon-pemohon lelaki sahaja.
LAIN-LAIN SYARAT:
Sebelum di tawarkan jawatan sebagai Pelaut Pelatih, calon-calon mestilah lulus ujian kesihatan dan ujian penglihatan.
Selepas menjalani tempoh perkhidmatan yang dikehendaki, Pelaut Pelatih yang layak akan diaturkan untuk mengikuti kursus latihan bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan untuk mendapatkan Sijil Kecekapan Pegawai Laut Kelas 9.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 1 HINGGA 4 :
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)
IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI
GH.5 PEGAWAI PERANGKAAN
JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI
JABATAN PERDANA MENTERI
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)
KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perangkaan / Matematik / Ekonomi atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang sama.
ATAU
Mempunyai kelayakan iktisas dalam bidang perangkaan misalnya sebagai ahli AMIS (Associate Member of Institute of Statistician).
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
GH.6 PEGAWAI EKONOMI (POLICY)
JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI
JABATAN PERDANA MENTERI
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)
KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi / Dasar / Pengurusan Projek / Pentadbiran / Pengurusan Perniagaan / Sain Kemasyarakat; atau kelulusan professional yang sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai kelulusan yang bersesuaian yang lebih tinggi dan berpengalaman kerja dalam bidang Ekonomi / Dasar / Pengurusan Projek atau Pengurusan Perniagaan.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH.5 HINGGA GH.6:
SETIAUSAHA,
JAWATANKUASA PENGAMBILAN KAKITANGAN JPKE,
JABATAN PENTADBIRAN & ICT,
JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI,
ARAS 2A, JALAN ONG SUM PING
BANDAR SERI BEGAWAN BA1311
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PEMBERITAHUAN:
Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 4 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
Bagi iklan jawatan bilangan GH.5 dan GH.6 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1.
Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.
4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
Permohonan yang diterima lewat daripada 1 JULAI 2009 tidak dilayan.
Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat sepesrti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan dari:-
a. Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei.
b. Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/
• Melalui email bmm.spa@spa.gov.bn.
Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
• Pejabat Daerah Belait;
• Pejabat Daerah Temburong.
• Pejabat Daerah Tutong;
• Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan;
• Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
JABATAN DAERAH TEMBURONG
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
Jabatan Daerah Temburong dengan sukacitanya mempelawa / menjemput penduduk-penduduk kampung yang bermastautin di kawasan Kampong Sumbiling Baru, Kampong Sumbiling Lama dan Kampong Batang Duri, Mukim Amo, Temburong dan sekitarnya untuk menghadapkan pencalonan bagi mengisi kekosongan jawatan.
Tanggagaji : C1.EB2 iaitu : $1,280.00 hingga $1,930.00
KELAYAKAN CALON KETUA KAMPUNG :
Setiap calon ketua kampung hendaklah :-
(a)Seorang lelaki yang terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
(b)Sekurang-kurangnya mempunyai
kelulusanpelajaran di peringkat Tingkatan 3 atau kelulusan yang sebanding dengannya.
(c) Bermastautin di kampung yang akan diketuainya
tidak kurang dua (2) tahun sebelum atau pada tarikh pencalonannya. Bermastautin adalah bermaksud bahawa calon Ketua Kampung hendaklah benar-benar tinggal di kampung yang berkenaan dalam tempoh yang dikehendaki di mana calon mempunyai tempat kediaman dan mendiami tempat tersebut.
(d) Berumur tidak kurang 30 tahun dan tidak
melebihi 60 tahun sebelum atau pada tarikh pencalonan.
(e)Tidak menjadi ahli atau tidak terlibat sama
ada secara langsung atau tidak langsung di dalam pertubuhan siasah yang difikirkan boleh menjejaskan kepentingan atau keselamatan negara.
(f) Mempunyai pengetahuan yang baik dalam
agama Islam, Kemasyarakatan dan adat resam setempat yang lazimnya diamalkan oleh masyarakat kampung berkenaan.
(g) Mempunyai perwatakan, ketokohan dan
sifat-sifat kepimpinan yang baik dan bersesuaian sebagai seorang pemimpin mengikut amalan kehidupan orang-orang Brunei serta bersikap pemedulian.
(h) Tidak pernah diisytiharkan muflis di bawah
Undang-Undang yang dikuatkuasakan di Negara ini dalam tempoh dua(2) tahun sebelum pencalonannya, termasuk pada tarikh pencalonan melainkan sebelum itu pengisytiharan muflis telah dibatalkan oleh Mahkamah.
Calon yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan jika dilantik sebagai Ketua Kampung hendaklah terlebih dahulu menamatkan perkhidmatan sebagai Pegawai Kerajaan.
Calon yang terdiri daripada ahli perniagaan atau pengusaha apabila dilantik menjadi Ketua Kampung boleh meneruskan perniagaan atau perusahaannya menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Pencadang dan Penyokong-Penyokong bagi seorang calon Ketua Kampung hendaklah terdiri daripada warganegara atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam dan tinggal bermastautin di kampung yang berkenaan. Calon Pencadang dan Penyokong-Penyokong hendaklah menandatangani Borang Pencalonan. Borang Pencalonan berkenaan hendaklah dilengkapkan sepenuhnya sebelum dihadapkan ke unit Pentadbiran, Bahagian Institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampong, Jabatan Daerah B runei dan Muara.
Bagi pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat di Jabatan masing-masing ataupun dari pihak swasta hendaklah terlebih dahulu menghadapkan kebenaran bertulis dari Ketua Jabatan masing-masing dan menghadapkan surat kebenaran itu bersama semasa menghadapkan borang pencalonan.
Lain-lain syarat adalah tertakluk kepada Skim Perkhidmatan Penghulu dan Ketua Kampung Negara Brunei Darussalam 1998 (Syarat-Syarat Lantikan dan Perkhidmatan Ketua Kampung ).
Tatacara menghadapkan borang pencalonan :
Cara memohon :
Keterangan lanjut dan borang pencalonan boleh didapati daripada Bahgian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Temburong di talian 5221265 / 5221266 / 5221110 pada waktu pejabat dibuka dan hendaklah diisikan mengikut apa yang dikehendaki dalam borang tersebut dan borang yang tidak diisi dengan lengkap tidak akan diterima.
Borang pencalonan tersebut hendaklah dikembalikan kepada Pegawai Daerah Temburong tidak lewat pada hari Rabu, 1 Julai 2009 jam 4.00 petang.
Dikemaskini 10 Jun 2009 (Rabu)
Kembali ke muka utama
|