Pelita Brunei - Utama


  Khamis 12 Februari 2009 / 16 Safar 1430


"Membudayakan Masyarakat Bermaklumat" "Membudayakan Masyarakat Bermaklumat" "Membudayakan Masyarakat Bermaklumat" "Membudayakan Masyarakat Bermaklumat"

Muka Utama - Hasrat Negara - Haluan - Dari Sidang Pengarang - Analisis Titah - Sekilas Tinjau RKN - Tinjauan - Rencana
- Cetusan Minda - Seruan Suci - Menuju Keredaan Allah - Remaja - Minda Pembaca - Sastera dan Budaya
- Iklan-iklan Jawatan Kosong - Iklan-iklan Tawaran Kursus - Iklan-iklan Tawaran

Menerima mengadap
Duta Besar Republik Cuba yang baru

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap Duta Besar Republik Cuba yang baru dilantik ke Negara Brunei Darussalam yang tidak menetap, Tuan Yang Terutama Carlos Alfredo Amores Balbin yang berlansung di Istana Nurul Iman. (Foto : Masri Osman / Abdul Kadir Md. Tahir)

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Februari. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap Duta Besar Republik Cuba ke Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik. Majlis Mengadap berlangsung di Istana Nurul Iman di sini.

Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap Duta Besar Republik Cuba ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Carlos Alfredo Amores Balbin.

berita penuh...


BERITA RINGKAS :-

iCentre galak belia tampilkan idea bernas
JERUDONG, Rabu, 11 Februari. – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan bersabda menyambut baik langkah yang diambil oleh iCentre yang bekerjasama rapat dengan institusi-institusi pendidikan bagi menggalakan lebih ramai belia untuk tampil dengan idea-idea yang bernas.
berita penuh...

Berangkat mengurniakan hadiah Pertandingan ‘Think Big’
JERUDONG, Rabu, 11 Februari. – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan hari ini berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan ‘Think Big Business Plan’, di The Empire Hotel and Country Club di sini.
berita penuh...

BND1.2 juta untuk Tabung Mangsa Banjir dan Tanah Susur
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Februari.- Tabung Mangsa Banjir dan Tanah Susur setakat ini berjaya mengumpulkan sejumlah BND1.203 juta berikutan sumbangan dari Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) pada petang ini.
berita penuh...

Mangsa banjir dan tanah susur menerima bantuan makanan
TUTONG, Rabu, 11 Februari. - Para penduduk di tiga buah mukim Daerah Tutong yang terlibat dengan masalah banjir dan tanah susur baru-baru ini menerima bantuan catuan makanan fasa dua dari Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).
berita penuh...

Sekolah Ugama Kiudang capai seratus peratus lulus
TUTONG, Rabu, 11 Februari. – Usaha ke arah pembelajaran Al-Qur'an perlu ditingkatkan dan dimantapkan di masa akan datang kerana kecemerlangan dalam pembelajaran Al-Qur'an ini akan membawa kepada kecemerlangan dalam pembelajaran yang lain.
berita penuh...

Kerjasama diberikan dalam mengekalkan kesejahteraan penduduk
KUALA BELAIT, Rabu, 11 Februari.- Jabatan Daerah Belait bersama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan akan sentiasa memberikan kerjasama serta sokongan yang padu kepada pihak Biro Kawalan Narkotik (BKN) dalam menjaga keselamatan, ketenteraman, keharmonian dan kesejahteraan penduduk-penduduk daerah tersebut.
berita penuh...

NBD perkenalkan Sistem e-Learning awal tahun 2008
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Februari. - e-Learning merupakan sistem pembelajaran elektronik dengan kaedah penggunaan teknologi dan inovatif bagi membuat pendekatan dalam pengajaran serta memudahkan pembelajaran.
berita penuh...

Berikan kerjasama dalam menjaga keamanan dan keselamatan k
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Februari. – Dalam mana-mana perhubungan, perselisihan faham, salah anggap dan tuduh-menuduh sudah menjadi perkara biasa yang memerlukan kesabaran dan kerjasama antara pihak Polis Diraja Brunei (PDB) dengan orang awam.
berita penuh...

Setem Kenangan dan Sampul Surat Rasmi Jubli Perak Hari Kebangsaan akan diedarkan
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Februari.- Sempena memperingati Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perkhidmatan Pos dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengeluarkan lapan reka bentuk setem dan dua reka bentuk Sampul Surat Rasmi Hari Pertama.
berita penuh...

Induksi guru yang baru berkhidmat
TEMBURONG, Rabu, 11 Februari. - Pejabat Pengajian Islam Daerah Temburong telah mengadakan induksi bersama guru-guru yang baru memulakan perkhidmatan.
berita penuh...

JAPEM teruskan pengagihan makanan di Daerah Tutong dan Belait
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Februari. - OPS Hikmat Sepadu yang dilaporkan melalui Pusat Pengurusan Bencana kebangsaan (NDMC) memaklumkan bahawa paras air di beberapa kawasan di Daerah Belait sehingga jam 8.00 pagi hari ini adalah di paras 0.43 hingga ke paras 1.40 meter.
berita penuh...

Ambil persuratan di Pejabat Pos Lamunin
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Februari. - Jabatan Perkhidmatan Pos memaklumkan bahawa berikutan hujan lebat dan banjir kilat yang berlaku di kawasan Lamunin, Benutan, Tanjong Maya dan kawasan sekitarnya penyerahan surat ke rumah-rumah di kawasan berkenaan tidak boleh dilaksanakan.
berita penuh...

Penutupan kaunter Jabatan Perkhidmatan Elektrik
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Februari.- Jabatan Perkhidmatan Elektrik memaklumkan bahawa semua kaunter-kaunter pembayaran bil elektrik dan pembelian kupon-kupon meter prabayar akan ditutup pada hari Isnin, 23 Februari 2009 iaitu cuti awam bagi Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-25.
berita penuh...



Pelita Brunei - Arkib
Arkib Pelita Online

       


..... TERIMA KASIH ....
Awda adalah pengunjung yang ke

High Temperature Adhesive

... "KIBARKANLAH BENDERA SEMPENA HARI KEBANGSAAN" ... "KIBARKANLAH BENDERA SEMPENA HARI KEBANGSAAN" ... "KIBARKANLAH BENDERA SEMPENA HARI KEBANGSAAN" ... "KIBARKANLAH BENDERA SEMPENA HARI KEBANGSAAN" ... "KIBARKANLAH BENDERA SEMPENA HARI KEBANGSAAN" ... "KIBARKANLAH BENDERA SEMPENA HARI KEBANGSAAN" ...