Pelita Brunei - Berita Ringkas
BERITA LENGKAP

Menerima mengadap
Duta Besar Republik Cuba yang baru

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap Duta Besar Republik Cuba yang baru dilantik ke Negara Brunei Darussalam yang tidak menetap, Tuan Yang Terutama Carlos Alfredo Amores Balbin yang berlansung di Istana Nurul Iman. (Foto : Masri Osman / Abdul Kadir Md. Tahir)

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Februari. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap Duta Besar Republik Cuba ke Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik. Majlis Mengadap berlangsung di Istana Nurul Iman di sini.

Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap Duta Besar Republik Cuba ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Carlos Alfredo Amores Balbin.

TYT Carlos Alfredo Amores Balbin, 42, sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah di Bahagian Maklumat, Kementerian Hal Ehwal Luar Cuba dari tahun 2003 hingga 2007. Duta Besar Republik Cuba beribu pejabat di Kuala Lumpur dan telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 10 Februari lalu.

(Oleh : Ak. Jefferi Pg. Durahman)

Kembali ke muka utama