Pelita Brunei - Berita Ringkas
BERITA LENGKAP

Penutupan kaunter Jabatan Perkhidmatan Elektrik

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Februari.- Jabatan Perkhidmatan Elektrik memaklumkan bahawa semua kaunter-kaunter pembayaran bil elektrik dan pembelian kupon-kupon meter prabayar akan ditutup pada hari Isnin, 23 Februari 2009 iaitu cuti awam bagi Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-25.

Para pelanggan yang berhasrat untuk berurusan dengan kaunter pembayaran atau kaunter pembelian kupon-kupon meter prabayar adalah dinasihatkan supaya akan dapat berurusan sebelum tarikh berkenaan.

Bagi pelanggan meter prabayar, sila pastikan kredit awda mencukupi semasa hari-hari tersebut.



Kembali ke muka utama