Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

Khamis 12 Mac 2009 / 15 Rabiulawal 1430

 

Hubungi kami || Arkib ||



Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam

    
  Zuhur 12.32
     Asar 3.43
 Maghrib 6.33
     Isyak 7.42
 Imsyak 5.01
     Subuh 5.12
 Syuruk 6.27
     Doha 6.51
 
 
Waktu-waktu
  Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh Negeri Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.

 

***Manisnya Iman***

"KATAKAN : Sesungguhnya Tuhan mencukupkan dan membatasi rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa yang kamu nafkahkan (di jalan kebaikan), nescaya Tuhan akan menggantinya. Dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya." - Surah Saba' ayat 29.

Keadaan Cuaca :
Pada amnya baik selain dari hujan berasingan berkemungkinan berlaku terutama di kawasan pesisiran pantai sekitar waktu tangah hari atau awal petang. Hujan di sana sini dan hujan berpetir berasingan dijangka berlaku di kawasan pedalaman pada sebelah petang dan merebak ke kawasan laut pada waktu malam.


Keadaan Angin :
Bertiup dari Barat Laut, selaju 10 - 25 kmsj pada waktu petang menjadi angin perlahan dari beberapa arah pada waktu malam.


Keadaan Laut :
Berombak sedikit ke sederhana di paras 1.0 m.

Ramalan jangka panjang sehingga tengah hari esok :
Hujan atau hujan berpetir di sana sini terutama di kawasan laut.


Suhu Maksimum :
 31 darjah selsius


Suhu minimum :
24 darjah selsius



tpelita@yahoo.com


 

Pusat Akuatik Daerah Tutong
siap pertengahan tahun 2010


MENTERI Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhomat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat memulakan perletakkan Batu Asas bagi Bangunan Akuatik Daerah Tutong.

TUTONG, Rabu, 11 Mac.- Kerajaan Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBS) akan sentiasa berusaha memberikan kemudahan-kemudahan dalam bidang sukan bagi kegunaan orang ramai dan untuk mengembangkan pembangunan sukan di negara ini.

Ke arah itu, Majlis Peletakan Batu Asas Bangunan Akuatik bagi Daerah Tutong berlangsung pagi ini di kawasan berdekatan Kompleks Sukan Jabatan Belia dan Sukan, di sini.

berita penuh


BERITA RINGKAS :-

Komitmen pencari kerja, majikan penting mengatasi pengangguran
BERAKAS, Rabu, 11 Mac. - Komitmen kuat dari semua pihak sama ada pencari kerja, para majikan di sektor swasta dan masyarakat amnya adalah amat penting untuk mengatasi kadar pengangguran yang tinggi di negara ini terutamanya di kalangan belia.
berita penuh...

58 kebakaran rumah disebabkan kelalaian manusia
LAMBAK KANAN, Rabu, 11 Mac. - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) tahun lepas mencatatkan sebanyak 99 panggilan kebakaran yang 58 daripadanya adalah panggilan kebakaran rumah disebabkan oleh faktor kelalaian manusia dengan taksiran kerugian lebih kurang 10 juta ringgit.
berita penuh...

Anggota Bomba disaran patuhi SOP jabatan berkenaan
LAMBAK KANAN, Rabu, 11 Mac. - Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan menyarankan semua peringkat pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) supaya sentiasa mematuhi dan mengamalkan disiplin yang tinggi serta etika kerja yang murni sesuai dengan bidang tugas selaku agensi beruniform, di samping mematuhi aturan 'Standard Operating Procedures' (SOP) yang telah ditentukan oleh jabatan serta peraturan dan undang-undang negara ini.
berita penuh...

Projek B-Warisan dan Sistem Arkib ditandatangani
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Mac. - Projek B-Warisan (B-Heritage) dan Sistem Arkib (Archive System) Program e-Kerajaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) di bawah RKN Ke-9 ditandatangani hari ini.
berita penuh...

Buat strategi perancangan lebih teliti
MULAUT, Rabu, 11 March.- Warga kerja terutama pentadbiran Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam (PAPAUK) Mulaut perlu mengatur strategi dan membuat perancangan lebih teliti untuk memantapkan lagi penguasaan murid-murid dalam pembacaan Al-Qur`an dan pemantapan akidah serta kesempurnaan amali ibadat dan fardu ’ain mereka khususnya ibadat sembahyang.
berita penuh...

Minggu Bahasa dan Kebudayaan Jepun dilancarkan
TUNGKU, Rabu, 11 Mac. – Pusat Bahasa Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan kerjasama Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam menganjurkan acara tahunan Minggu Bahasa dan Kebudayaan Jepun bermula dari 11 hingga 14 Mac ini bertempat di Dewan Canselor, UBD di sini.
berita penuh...

Kes HIV meningkat
TUNGKU, Rabu, 11 Mac. – Para belia perlu menyedari bahawa kes HIV telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan yang mana orang ramai seharusnya sedar bahawa AIDS belum berakhir.
berita penuh...

Seminar Ergonomi hindari kecederaan otot dan tulang
BERAKAS, 11 Mac . – Seminar setengah hari mengenai Penggunaan Ergonomi Bagi Menghindari Kecederaan Otot dan Tulang dalam Perkhidmatan Pergigian bagi doktor, jururawat, juru teknik pergigian Kementerian Kesihatan seluruh negara dan anggota Perkhidmatan Perubatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dilangsungkan hari ini di Dewan Kuliah Kementerian Kewangan di sini.
berita penuh...

Stesen Minyak dan Pengedar LPG diraikan di 'Malam Anugerah Pengerusi '
GADONG, Rabu, 11 Mac. –Pada tahun 2003 Brunei Shell Marketing Company Sendirian Berhad (BSM) telah memperkenalkan Program Stesen Minyak dan Pengedar LPG ataupun ‘gas’ contoh yang mana matlamatnya adalah bagi memastikan pengusaha-penguasa stesen minyak dan Pengedar LPG mematuhi arahan-arahan dan melaksanakan perkhidmatan pelanggan.
berita penuh...

Promosi kesihatan diteruskan ke KHEU
BERAKAS, Rabu, 11 Mac. –Promosi kesihatan yang diperkenalkan beberapa tahun lalu di kementerian-kementerian hari ini diteruskan lagi ke Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan jabatan-jabatan di bawahnya.
berita penuh...

Pemimpin Mukim dan kampung perlu tingkatkan kemahiran RIMBA, Rabu, 11 Mac. –Para penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan Ketua-Ketua Rumah Panjang disaran supaya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna, teratur dan berkesan lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang baru dilantik yang mempunyai latarbelakang pekerjaan dan pendidikan yang berbeza sebelum ini.
berita penuh...

Syarikat Brunei LNG sumbang 4 kerusi roda
PEKAN BANGAR, Rabu, 11 Mac. –Untuk menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat yang memerlukan, Syarikat Brunei LNG Sendirian Berhad menyumbangkan empat buah kerusi roda kepada Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam di Daerah Temburong.
berita penuh...

DBP anjur peraduan Mari Bercerita peringkat saringan
KUALA BELAIT, Rabu, 11 Mac. -Seramai 55 orang murid dari 17 buah sekolah rendah di daerah ini menyertai Peraduan Mari Bercerita Peringkat Saringan yang diadakan selama dua hari bermula hari ini di Perpustakaan Kampong Pandan.
berita penuh...

Galeria Kesihatan dibuka untuk kunjungan orang ramai
KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai bahawa Galeria Kesihatan di Pusat Promosi Kesihatan, Commonwealth Drive adalah dibukakan untuk kunjungan orang ramai pada waktu yang ditentukan.
berita penuh...

NBD akan menjadi tuan rumah kepada Bengkel Pembersihan Wang
BANDAR SERI BEGAWAN - Kementerian Kewangan Negara Brunei Darussalam akan menjadi tuan rumah bagi Bengkel Latihan Kumpulan Asia Pasifik mengenai Pembersihan Wang yang akan diadakan bermula 16 hingga 19 Mac depan di salah sebuah hotel terkemuka di Gadong.
berita penuh...







*** PETIKAN TITAH ***

"DI ANTARA cabaran paling mencabar ialah kesediaan kita mengaku kelemahan yang ada, disamping tidak pula lambat untuk membuat pembaikan-pembaikan. Dalam Perkhidmatan Awam, kita dikehendaki berfikiran terbuka untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada dan juga bersikap proaktif untuk memperolehi kecemerlangan."

- Titah Sempena Hari Kebangsaan Ke-23 Negara Brunei Darussalam pada 5 Safar 1428 bersamaan 23 Februari 2007.


Negara Brunei Darussalam
hos Sambutan
Hari Komanwel 2009

JABATAN Belia dan Sukan memaklumkan bahawa Negara Brunei Darussalam akan menjadi hos acara Sambutan Hari Komanwel 2009 pada 8 hingga 11 Mac 2009 dan Bengkel Serantau mengenai Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia mulai 12 hingga 17 Mac 2009 pada tahun ini. Sambutan ini dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Program Belia Komanwel, Pusat Asia bertemakan 'Komanwel 60: Membantu Generasi Muda'. Acara itu membolehkan negara-negara anggota menyertai aktiviti-aktiviti yang menggalakkan persafahaman mengenai isu-isu global, kerjasama antarabangsa dan aktiviti-aktiviti bagi komanwel moden di samping memberikan peluang baik kepada mereka untuk bertukar-tukar idea, menggalakkan persefahaman dan kerjasama di samping meningkatkan hubungan yang harmoni di antara mereka. Sementara itu bengkel serantau mengenai Pencegahan Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia adalah untuk menyediakan satu platform kepada para belia untuk berkongsi maklumat tentang amalan-amalan terbaik dan belajar antara satu sama lain. Ia juga untuk meningkatkan pengetahuan dan persefahaman peserta tentang dimensi virus masalah penyalahgunaan dadah, menyediakan pelan-pelan tindakan untuk pencegahan penyalahgunaan dadah, rawatan dan penjagaan serta mengukuhkan kordinasi di kalangan kerajaan dan bukan kerajaan ke arah strategi efektif bagi pencegahan, rawatan dan penjagaan. Setiap negara ahli akan disertai oleh dua wakil berusia 18 hingga 29 tahun dari sektor kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman mengenai isu HIV/AIDS dan penyalahgunaan dadah.


JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673 22380527,
+673 2383400,
+673 2383401

+673 2382905

" Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir " ... " Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir " ... " Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir " ... " Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir " ... " Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir " ... " Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir " ...


Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda pengunjung ke


MySpace Layouts
bermula 1 Januari 2009