|
JAWATAN-JAWATAN KOSONG
IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7 (a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH IKLAN : 11 MAC 2009
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 1 APRIL 2009
BILANGAN IKLAN : 10/03/09 (SPA/BMI)
PERATURAN 7 (a)
Syarat-syarat Am:
(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu
bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
(D) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
B.2 EB.3 ($2,270 – $4,240 SEBULAN) ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:
a) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam atau dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam atau dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
2. PEGAWAI PERANGKAAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
B.2 EB.3($2,270 - $4,240 SEBULAN )
KELAYAKAN MINIMUM :
a) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perangkaan / Matematik / Pengurusan Kesihatan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Perangkaan / Matematik / Pengurusan Kesihatan atau bidang bersesuaian serta berkhidmat dengan kerajaan dalam jawatan bersesuaian tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perangkaan dalam tanggagagji C.3 tidak kurang dari 7 tahun.
3. PEGAWAI SAINTIFIK
KEMENTERIAN KESIHATAN
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains / Forensic Science / Molecular Biology / Genetics / Biotechnology / Life Sciences / Biochemistry / Microbiology / Analytical Chemistry / Applied Chemistry / Applied Science and Technology / Medical Physics atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
4. JURUEKOPERTANIAN
JABATAN PERTANIAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN
SUMBER-SUMBER UTAMA
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Agronomi/ Sains Tumbuhan/ Teknologi Tanaman atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
b) Berpengalaman dalam bidang yang berkaitan seperti pengendalian data dan statistik adalah keutamaan.
c) Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam penggunaan komputer adalah kelebihan.
5. PEMERIKSA PETROLEUM KANAN
JABATAN UNIT PETROLEUM
JABATAN PERDANA MENTERI
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN )
KELAYAKAN MINIMUM :
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kejuruteraan Kimia / Kejuruteraan Petroleum / Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Awam atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pemeriksa Petroleum atau jawatan bersesuaian dalam bidang berkaitan dalam tanggagagji C.2 tidak kurang dari 3 tahun.
b) Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik
6. PENTADBIR HOSPITAL
JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN )
KELAYAKAN MINIMUM :
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pentadbiran Kesihatan / Pentadbiran Awam, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
7. IMAM TINGKAT V
KEMENTERIAN PERTAHANAN
D.2-3 EB.4 ($650 - $1,465 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Lulus Sijil Pelajaran Ugama (SPU).
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
b) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
ii) Sijil Pelajaran Ugama Darjah Enam (VI).
ATAU
c) i) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji E.2 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ii) Sijil Pelajaran Ugama Darjah Enam (VI).
d) Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam perkara berikut adalah keutamaan:-
i) Membaca dan menulis Jawi
ii) Membaca Al-Quran
iii) Menyempurnakan jenazah
iv) Membaca tahlil dan membaca doa-doa tertentu
v) Menyampaikan azan dan iqamat dengan baik
vi) Mengetahui hukum-hukum khasnya dalam perkara-perkara bersuci, sembahyang, zakat dan puasa
vii) Berzikir dan berzanji.
viii) Menyampaikan Khutbah
ix) Mengetahui hukum-hukum mengenai dengan nikah kahwin
e) Pernah mengikuti Kursus Bilal atau Imam yang dikendalikan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama dan diakui kebolehannya.
f) Berumur tidak kurang dari 21 tahun.
8. JURUTEKNIK BILIK GELAP
JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
M.3 EB.4 ($570 - $1,175 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
b) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris adalah kelebihan.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 8:
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)
PEMBERITAHUAN :
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 8 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2. salinan sahaja borang SPA1.
3. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengansalinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
4. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
5. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
6. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kera-jaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
7. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
8. Permohonan yang diterima lewat daripada 1 APRIL 2009 tidak dilayan.
9. Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
10. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat seperti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan dari :
* Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei.
* Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam iaitu Website :
http://www.spa.gov.bn/
* Melalui e-mel bmm.spa@spa.gov.bn.
11. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut :-
* Pejabat Daerah Belait ;
* Pejabat Daerah Temburong ;
* Pejabat Daerah Tutong ;
* Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan ;
* Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
Dikemaskini 11 Mac 2009 (Rabu)
Kembali ke muka utama
|