Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

Khamis 11 Jun 2009 / 17 Jamadilakhir 1430

 

Hubungi kami || Arkib ||



Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam

    
  Zuhur 12.21
     Asar 3.47
 Maghrib 6.32
     Isyak 7.48
 Imsyak 4.34
     Subuh 4.44
 Syuruk 6.07
     Doha 6.32
 
 
Waktu-waktu
  Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh Negeri Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.

 

***Manisnya Iman***

“DAN hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru berdakwah kepada kebajikan mengembangkan Islam dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah buruk dan keji. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang- orang yang berjaya.” (Surah Ali 'Imran ayat 104).


Keadaan Cuaca :
Sebahagian berawan tetapi pada amnya baik. walaubagaimanapun hujan atau hujan berpetir berasingan berkemungkinan berlaku melintasi negara pasa waktu petang.


Keadaan Angin :
Bertiup perlahan dari beberapa arah pada waktu pagi menjadi again Barat Laut selaju 10 - 20kmsj pada waktu petang.


Keadaan Laut :
Berombak sedikit di bawah paras 1.0m.

Ramalan jangka panjang sehingga tengah hari esok :
Berkemungkinan hujan melintasi negara


Suhu Maksimum :
 33 darjah selsius


Suhu minimum :
25 darjah selsius



tpelita@yahoo.com

 

NBD dan Republik Portugal
tingkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 10 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Presiden Republik Portugal, Tuan Yang Terutama Anibal Cavaco Silva bersempena dengan Hari Kebangsaan republik berkenaan yang jatuh pada hari ini.

Dalam perutusan kepada Presiden Anibal Cavaco Silva, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyampaikan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama, kerajaan dan rakyat Republik Portugal sempena sambutan berkenaan.

berita penuh


BERITA RINGKAS :-

Jabatan Mufti Kerajaan dan B-Mobile Communications tandatangani MoU BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 10 Jun. – Jabatan Mufti Kerajaan (JMK) hari ini menjalin kerjasama dengan B-Mobile Communications Sendirian Berhad bagi melaksanakan Projek e-Muslim dalam usaha untuk memudahkan orang ramai membuat rujukan fatwa dan hukum-hukum serta bahan ilmu di mana saja mereka berada melalui telefon.
berita penuh...

Giatkan strategi ke arah merangsang Pelabuhan Muara menjadi pilihan dan kompetitif BMUARA, Rabu, 10 Jun. - Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar menyeru semua agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan pelabuhan seperti agensi perkapalan, penggendali kontena, agensi pengangkutan, agensi pemunggahan berganding bahu dengan pengurus pelabuhan dalam mempergiatkan usaha mencari jalan dan meneroka strategi ke arah menggerakkan serta merangsang lebih banyak lagi aktiviti di pelabuhan agar dapat dilaksanakan dan menjadikan Pelabuhan Muara menjadi pilihan dan kompetitif.
berita penuh...

SPN21 diharap bawa perubahan positif kepada negara BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 10 Jun. – Sistem Pendidikan Negara Abad 21 (SPN21) diharap akan dapat membawa perubahan positif kepada negara ini termasuk bidang pendidikan teknikal dan vokasional.
berita penuh...

Jadikan gerakan budaya kerja cemerlang sebagai agenda utama BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 10 Jun. - Untuk menjadi sebuah organisasi yang berdaya maju dan berdaya saing, Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya disaran supaya memiliki budaya kerja yang cemerlang dan menjadikan gerakan budaya kerja cemerlang itu sebagai agenda utama di semua jabatan dan unit di kementerian berkenaan.
berita penuh...

Orang ramai dialu-alukan menyaksikan Pameran
e-Kerajaan 2009 anjuran JPM bermula esok
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 Jun. - Pameran e-Kerajaan 2009 anjuran Jabatan Perdana Menteri akan diadakan di Gedung Membeli Belah,The Mall Gadong selama tiga hari bermula esok, 12 Jun.
berita penuh...

BEDB kongsikan maklumat berkaitan proses tender JERUDONG, Rabu, 10 Jun. – Untuk memberikan pemahaman secara langsung terhadap Projek-projek Prasarana Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB), di samping untuk berkongsi maklumat berkaitan proses-proses tendernya, BEDB buat pertama kalinya menganjurkan Forum Kontraktor-kontraktor BEDB.
berita penuh...

UNISSA terima sumbangan buku-buku ilmiah TUNGKU, Rabu, 10 Jun. - Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) hari ini menerima sumbangan sebanyak 1,500 buah buku ilmiah dalam pelbagai bidang dari Kedutaan Arab Saudi di negara ini.
berita penuh...

Usaha gigih dan ketekunan belajar antara faktor kejayaan LAMBAK KANAN, Rabu, 10 Jun. – Usaha gigih daripada pelbagai peringkat ‘stakeholder’ ketekunan para pelajar serta penglibatan dalam aktiviti kokurikulum antara faktor kejayaan pelajar-pelajar dalam peperiksaan Penilaian Menengah Bawah (PMB) dan peperiksaan Brunei Cambridge GCE ‘O’ Level 2008.
berita penuh...

Popularkan slogan ‘NDA’ dalam menghindari dadah GADONG, Rabu, 10 Jun. – Slogan ‘NDA’ atau ‘NO Drugs At All’ merupakan slogan tempatan yang ingin dipopularkan kepada seluruh lapisan masyarakat di negara ini agar menjauhi dadah.
berita penuh...

Raih pingat gangsa Kejohanan Wushu Junior Asian Ke-V BANDAR SERI EBGAWAN, Rabu, 10 Jun. - Pasukan Wushu berjaya membawa pulang dua pingat gangsa di Kejohanan Wushu Junior Asian Ke-V di Macau..
berita penuh...

Kem motivasi pemacu kejayaan dalam pembelajaran SERIA, Rabu, 10 Jun. - Maktab Anthony Abell (AAC) terus mengadakan berbagai kegiatan bagi mendorong pelajar-pelajarnya untuk terus meningkat maju dalam pembelajaran dan mencapai kejayaan dalam peperiksaan.
berita penuh...







*** PETIKAN TITAH ***

“MEMANG menjadi matlamat kerajaan untuk melihat rakyat berbahagia dan sejahtera. Ini hanya akan dapat dicapai apabila negara berkeadaan mantap dan aman.” -

- Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 2007 pada 11 Zulhijah 1427 /
1 Januari 2007.


BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)

10 Langkah Untuk memastikan Diri Daripada Dijangkiti :

1. Sentiasa mencuci tangan. 2. Elakkan mendampingi mereka yang sakit.
3. Berehat di rumah, jika kurang sihat.
4. Tutup hidung dan mulut semasa batuk atau bersin.
5. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut, kerana virus Influenza boleh merebak melalui permukaan yang tercemar.
6. Jauhkan diri daripada orang lain, jika sakit.
7. Amalkan cara hidup yang sihat.
" Jangan merokok
" Dapatkan tidur yang mencukupi
" Bersenam secara tetap/ sentiasa aktif
" Atasi stress
" Banyakan minum air
" Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat

8. Tangguh perjalanan ke luar negeri, jika awda sakit.
9. Berjumpa doktor jika awda jatuh sakit.
10. Ikuti perkembangan maklumat Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa.
Jika awda menghidapi sebarang tanda-tanda seperti yang tersebut di bawah dan telah mengunjungi tempat-tempat yang terjejas dalam jangka masa 7 - 10 hari yang lalu, segera berjumpa di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dan rawatan seterusnya.
Tanda-tanda Influenza A (H1N1):
" Deman panas (38 C)
" Sakit Tekak
" Batuk-selsema
" Sakit otot dan sendi
" Rasa letih
" Sesak pernafasan
" Muntah dan cirit-birit

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Healthline : 2384234
atau layari laman web www.moh.gov.bn



SENARAI AHLI-AHLI KOPERASI KAMPUNG DAN MUKIM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (KOKAMI)

JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673 22380527,
+673 2383400,
+673 2383401

+673 2382905


"BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)" ... " BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)" ... " BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)" ... " BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)" ... " BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)" ... " BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)" ...

Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda pengunjung ke

html counter
bermula 1 Januari 2009
Best viewed with Internet Explorer