|
Setakat mana MPM dan MPK capai hasrat penubuhannya
 MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan semasa menjawab pertanyaan-pertanyaan yang diajukan oleh ahli Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung pada perjumpaan tersebut.
(Foto : Ampuan Hj. Mahmud Ampuan Hj. Tengah)
TEMBURONG, Sabtu, 9 Mei.- Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan menyuarakan, setakat mana Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPM dan MPK) yang ditubuhkan sehingga masa ini mampu mencapai tujuan dan hasrat penubuhannya.
Yang Berhormat juga berkata, sejauh mana majlis-majlis perundingan berkenaan di Daerah Temburong bergiat aktif dan menyumbang kepada kesejahteraan, kemajuan, perekonomian dan perkembangan mukim dan kampung di daerah tersebut.
berita penuh
BERITA RINGKAS :-
Musibah yang berkaitan dengan babi jelas terbukti dalam Al-Qur'an dan hadis
BERAKAS, Sabtu, 9 Mei.- Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned menegaskan bahawa amaran dan peringatan Allah mengenai babi amat tepat dan bernilai, bukan omong kosong di mana Al-Qur'an penuh dan padat dengan Ilmu Allah dan tiada seorang pun yang dapat menandingi Ilmu Allah.
berita penuh...
Pintu masuk utama terus dipantau
TEMBURONG, Sabtu, 9 Mei. –Pintu masuk utama bagi pelawat-pelawat asing yang masuk ke negara ini dan juga penduduk Negara Brunei Darussalam yang keluar melalui Daerah Temburong teru
berita penuh...
Kemudahan dan perkhidmatan hospital dikemaskinikan
TEMBURONG, Sabtu, 9 Mei.- Kementerian Kesihatan akan sentiasa mengemaskinikan lagi kemudahan dan perkhidmatan di seluruh hospital di negara ini bagi meningkatkan kualiti kehidupan bagi rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam selaras dengan misi kementerian berkenaan.
berita penuh...
Perkhidmatan Makmal Virology kesan Influenza A H1N1 memuaskan
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 9 Mei.- Rakyat Negara Brunei Darussalam yang bekerja dan menuntut di negara-negara yang terjejas dengan wabak Influenza A H1N1 yang berhasrat untuk pulang ke negara ini dinasihatkan supaya menangguhkan kepulangan mereka ke tanah air.
berita penuh...
MSPSBS juara Pertandingan Lagu Da’wah dan Nasyid Sekolah Menengah dan Maktab Senegara
BERAKAS,Sabtu, 9 Mei. – Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan(MSPSBS) muncul juara Lagu Dakwah dan Nasyid dalam Pertandingan Nasyid dan Lagu Da’wah Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Senegara Ke-23 yang berlangsung di Dewan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan di sini.
berita penuh...
Pendidikan kunci utama lahirkan manusia berkualiti
BERAKAS,Sabtu, 9 Mei.- Tidak dinafikan pendidikan adalah kunci utama dalam melahirkan manusia yang berkualiti yang akan menjadi pemimpin di masa hadapan.
berita penuh...
Pencapaian diraih melalui pendekatan terarah
MULAUT, Sabtu, 9 Mei.- Kejayaan dan kecemerlangan akademik dan kokurikulum yang diraih oleh Sekolah Menengah Sayyidina Hassan mencerminkan warga sekolah telah mengamalkan sikap dan pendekatan yang terarah selain memiliki faktor-faktor kejayaan kritikal (critical success factor).
berita penuh...
Jerayawara tingkatkan kesedaran orang ramai
SERIA, Sabtu, 9 Mei.- Jabatan Kesihatan Kuala Belait hari ini mengadakan Jerayawara Program Kesedaran Penyakit Tibi Sempena Hari Tibi Sedunia Tahun 2009 yang telah dilancarkan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Dr. Hajah Intan Haji Salleh di Daerah Tutong pada 30 April lalu.
berita penuh...
Teknologi merubah cara pembelajaran dan pengajaran
TUNGKU LINK, Sabtu, 9 Mei. – Teknologi merubah cara pembelajaran dan pengajaran seperti mana yang dapat dilihat ketika ini ia membantu mengurangkan masa dan jurang pembelajaran selain menyeronokkan para pelajar memperolehi lebih banyak pengetahuan dan kemahiran.
berita penuh...
Buku Resepi dan Album Kenangan 25 Tahun BISTARI dilancarkan
GADONG, Sabtu, 9 Mei. – Para suri rumahtangga dan orang yang gemar memasak kini boleh mencuba resepi baru terdiri dari berbagai masakan, kueh mueh dan kek dari Buku Resepi BISTARI 25 tahun.
berita penuh...
122 penuntut PTE Meragang terima hadiah cemerlang
MUARA, Sabtu, 9 Mei.– Seramai 122 penuntut Pusat Tingkatan Enam (PTE) Meragang yang mencapai kejayaan dalam peperiksaan (BCGCE) peringkat ‘A’ dan ‘AS’ 2008 hari ini menerima hadiah cemerlang dalam bidang akademik tahun 2008, berlangsung di Dewan Serbaguna Pusat berkenaan di sini.
berita penuh...
120 orang sertai Kempen Bantuan Derma Darah
TUTONG, Sabtu, 9 Mei.- Seramai 120 penderma darah dari agensi kerajaan, persatuan-persatuan belia, sekolah-sekolah, syarikat-syarikat swasta dan orang perseorangan mengikuti Kempen Bantuan Derma Darah Belia Kali Ke-V11 Bagi Daerah Tutong tahun 2009.
berita penuh...
Dua diplomat China tamatkan Kursus Intensif Bahasa Inggeris
RIMBA, Sabtu, 9 Mei.- Dua diplomat China yang menamatkan Kursus Intensif Bahasa Inggeris bagi Perhubungan Diplomasi Diplomatik di Pusat Bahasa hari ini menerima sijil mereka di Universiti Brunei Darussalam (UBD) di sini.
berita penuh...
'Jimatkan tenaga, tanggungjawab kitani'
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 9 Mei.- Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Hari Tenaga 2009 anjuran bersama Bahagian Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Unit Petroleum dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik pada hari Ahad, 24 Mei 2009 ini.
berita penuh...
Hari Penghargaan Pelanggan TAP di Temburong 14 Mei ini
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 9 Mei.- Tabung Amanah Pekerja (TAP) mengalu-alukan orang ramai khususnya penduduk di Daerah Temburong untuk berkunjung ke Hari Penghargaan Pelanggan TAP Cawangan Temburong di Ruang Kedai A4, Tingkat Bawah, Bangunan Perniagaan Bumiputra Daerah Temburong pada hari Khamis, 14 Mei 2009 bermula jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang.
berita penuh...
Borang berniaga di Gerai Pasaria perayaan mula diedarkan hari ini
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 9 Mei. – Orang ramai yang berhasrat untuk berniaga di Gerai Pasaria Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-63 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dikehendaki menyertakan bayaran wang pendahuluan semasa mengembalikan borang.
berita penuh...





|