Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
injauan
Sastera dan Budaya

MPM Tanjong Maya hasilkan produk kesihatan
KHASIAT MINYAK KELAPA DARA MENAKJUBKAN
Rencana oleh : Dk. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor
fatimah.noor@information.gov.bn

TAHUKAH awda, pokok kelapa yang mempunyai batang kuat dan mampu tumbuh tegak berdiri setinggi 100 kaki yang hanya bergantung kepada akar rerambut tanpa ranting bagi menahan beban yang berat dan tiupan angin kencang, sebenarnya mempunyai khasiat semula jadi yang tersembunyi, segagah pohonnya yang tahan lasak. Kebanyakan pokok kelapa hidup secara 'Organic Farming’ tanpa menggunakan baja kimia, bertahan dan mampu me- ngeluarkan buah yang ba- nyak. Pokok ini juga terkenal dengan jolokan makin tua makin menjadi, seperti kata pepatah ‘makin tua makin pekat dan ba- nyak santannya’.


MINYAK Kelapa Dara disebut sebagai minyak diet paling sihat di muka bumi dan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kronik dan tidak mustahil produk yang sedang digiatkan akan menembusi pasaran yang lebih luas.

Pokok kelapa mempu- nyai pelbagai kehebatan kepada manusia. Setiap bahagian pokok kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun-temurun dan ianya telah diiktiraf sebagai pokok yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.

Sekitar awal 1930-an kajian saintifik telah dila- kukan oleh saintis Eropah dan Amerika dan hasil kajian tersebut mendapati buah kelapa yang juga menghasilkan minyak kelapa dara atau Virgin Coconut Oil (VCO) mempunyai kandungan lemak ‘saturated’, ‘polyunsatured’ dan ‘monounsatu-rated’ yang mana mengandungi ‘Medium Chain Fatty Acids’ banyak manfaat dan kelebihan terhadap kesihatan manusia.

Pada tahun 1966, seorang penyelidik dari Universiti Michigan membuat satu penemuan besar mencungkil rahsia yang disimpan oleh minyak kelapa dara dan mendapati minyak ini berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Ini kerana dengan bersifat antivirus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan dan menyembuhkan pelbagai penyakit.

SEMANGAT

Dengan menanamkan semangat untuk mereali- sasikan perusahaan pembuatan minyak kelapa dara yang khasiat yang tidak diketahui umum, Majlis Perundingan Mukim (MPM) Tanjong Maya sedang mempergiatkan aktiviti ekonomi luar bandar yang berkonsepkan ‘Satu Mukim Satu Produk’ dengan pembuatan Anyu Butan Perawan (Minyak Kelapa Dara).

Anyu Butan Perawan mempunyai kemanfaatan dan kebaikan dari aspek perubatan, kesihatan, farmaseutikal (perawatan), pemakanan dan kecantikan. Tidak keterlaluan, jika dikatakan di negara Barat dalam penggunaan Virgin Olive Oil atau ‘extra virgin olive oil’ adalah menjadi kegilaan atau kemestian dalam pemakanan yang sihat mahupun sebagai komponen asas kecantikan diri. Di samping itu ianya antara lain dapat meningkatkan tenaga dan daya tahan dari segi fizikal dan mental serta bertindak sebagai agen pelincir alami (na- tural).

Menurut Ketua Biro Ekonomi MPM Tanjong Maya, Dr. Amzah bin Haji Abdul Rahman berkata Projek Anyu Butan Pera- wan bersumber kelapa ini dibuat melalui proses penekanan dan penge- ringan berbeza daripada penghasilan melalui proses pembakaran atau haba dan kimia supaya elemen-elemen yang ada di lemak kelapa tidak berkurang atau hilang yang mana produk berkenaan mempunyai khasiat di mana para pakar merumuskan bahawa satu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberikan pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia.

Menurutnya pada masa ini belum ada kaedah tempatan yang tertinggi bagi menghasilkan produk tersebut yang mana beliau sendiri mencipta satu me- sin dipanggil ‘direct micro expeller’ dengan ditaja oleh Syarikat Abdullah dan Anak-Anak dari Kampong Jerudong dengan menelan belanja hampir BND800 iaitu hasil daripada buah fikiran yang beliau perolehi semasa mengadakan lawatan-lawatan ke luar negara mengenai kajian dan cara penghasilan produk tersebut.

VCO mengandungi ‘Medium Chain Triglyseride’ (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT ini mempunyai kesan nutrien yang sama dengan ASI. Dan MCT inilah yang menjadikan Minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser.

Di samping itu VCO merupakan antioksida pelindung tubuh. Sejak kebelakangan ini Minyak Kelapa Dara VCO, disebut-sebut sebagai minyak diet paling sihat di muka bumi.

Berpandukan pengguna- an bahan-bahan tersebut adalah tidak mustahil produk yang akan dihasilkan nanti akan menembusi pasaran yang lebih luas.

Menyentuh mengenai produk tersebut, pelbagai kemanfaatan dan kebaikan VCO dari aspek perubatan, kesihatan, farmaseutikal (perawatan), pemakanan dan kecantikan.

Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awang Muhammad Suffian bin Haji Bungsu percaya MPM Tanjong Maya akan terus berusaha dan bersemangat untuk merealisasikan konsep ‘Satu Mukim Satu Produk’ ke arah mencapai matlamat ‘meningkatkan ekonomi sara diri’.

Berucap ketika me- rasmikan Bengkel Latihan Teknologi Pembuatan Anyu Butan Perawan baru-baru ini, beliau juga melahirkan harapan supaya pengetahuan melalui bengkel ini tidak akan berakhir dan dipersiakan, malah pengetahuan yang digarap oleh para peserta akan dapat diaplikasikan dan menjadi ruang untuk menanam semangat untuk merealisasikan perusahaan pembuatan VCO sebagai satu jenama mukim tersebut iaitu jenama yang berasaskan kelapa.

Pihak-pihak yang berkenaan khususnya pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia katanya, tidak akan mempersia-siakan usaha seumpama itu asalkan ianya dilaksanakan dengan penuh keazaman dan semangat yang tinggi.

Seterusnya beliau me- nyarankan MPM/MPK untuk mengatur pelan tindakan strategik yang ringkas, mudah dan pragmatik (dapat dilaksanakan), tetapi mempunyai impak yang besar dan positif terhadap perkembangan ekonomi penduduk-penduduk mukim dan percaya bengkel teknologi pembuatan VCO itu adalah sebagai satu bukti pelan tindakan berkenaan.

Perkara ini menurutnya, mudah untuk dilafazkan daripada dilaksanakan (easier said than done), tetapi beliau juga percaya ahli- ahli MPM yang terdiri daripada mereka yang berpengetahuan, bijak pandai dan pakar-pakar akan dapat berusaha secara bersatu padu dengan gigih dan tanpa jemu dan dengan memikirkan kepentingan peribadi akan menjadikan matlamat tersebut sebagai satu kenyataan.

Menurut beliau, ada di antara negara-negara jiran telah berjaya dengan begitu cemerlang sekali dalam melaksanakan konsep satu kampung satu produk. Sebagai contoh negara Thailand yang mana produk- produk satu kampung satu produk telah menyumbang lebih BND2.74 bilion dalam perdagangan dalam tahun 2005.

Bagi menjayakan projek ‘Satu Mukim Satu Produk’ perlunya ada kemahuan, perpaduan, semangat kerjasama, gotong-royong, semangat ‘kekitaan’ di kala- ngan masyarakat mukim dan kampung.

Semangat kerjasama dan persepakatan ini masih kekal diamalkan oleh masyarakat dan penduduk di Mukim Tanjong Maya dan diharapkan supaya perpaduan dan semangat kerjasama yang ada itu akan terus diamalkan dan juga disemaikan kepada generasi baru sebagai pemangkin kepada kejayaan dan kesejahteraan mukim ini yang berterusan.


Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Penulisan skrip drama tv 2009-2010

RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis tanahair untuk menulis skrip drama bagi siaran di televisyen.

Penyertaan ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berkarya dan mencungkil bakat di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

Penyertaan adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama bersiri kanak-kanak - 30 minit x 13 episod, drama khas kanak-kanak bulan ramadan - 15 minit x 29 episod, drama bersiri remaja - 30 minit x 13 episod dan drama bersiri bulan ramadan - 30 minit x 29 episod.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu, Radio Televisyen Brunei.

Untuk mendapatkan maklumat, sila hubungi setiausaha di talian 2236855 (Direct Line)/ 2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV ditalian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.-