MALAM yang indah menghembuskan angin yang bertiup perlahan menerpa seluruh wajah dan badanku tetapi cuaca terasa sangat panas di waktu ini. Bintang-bintang yang bergemerlapan menambah seri lagi kegelapan dinding langit yang tinggi. Aku begitu tekun melihat kedip-kedip bintang memancarkan cahayanya sambil melihat keindahan alam panorama ini. Aku segera masuk ke bilik tidur mengambil buku dan sebatang pen. Aku duduk di kerusi kayu yang baru aku beli sebelum Hari Raya Aidilfitri bulan lepas. Baru saja aku hendak memulakan menulis cerpen tiba-tiba saja leherku terasa haus dan perutku pula terasa lapar.
“Faris! Behapa kau?”
“Eh, kau Ham. Tekajutku kau ani eh. Cubatah bagi salamkah dulu ani tarus-tarus menjangol. Behapa kau?” tanyaku.
“Eh? Aku yang betanya kedia ani, ia pulang betanya aku balik eh.”
“Jangan tah marah nah. Eh, lakas tah danganiku makan di restoran depan ah,” balasku pula lalu menutup pintu kereta.
“Tuuu. Alum lagi bejawab tanyaku.”
“Kan m … a … k … a … n. Ada paham ke?”
“Ahhhh. Kan makan rupanya. Bah lakas tah.”
“Mendangar makan atu lakas.”
“Lapar tah ku jua. Tais liurku kan makan rojak di sini ah.”
“Nyaman rojaknya kah?”
“Boleh tahan jua.”
“Inda bah. Kau kanya seorangkah?” tanyaku.
“Awu.”
“Kan ke mana kau dulu ni,” tanyaku lagi.
“Jalan-jalanlah! Eh, kau ani Ris banyak tanya eh. Bila tah kan makan ni. Bedangdut sudah perutku ani.”
“Bah lakas tah masuk tah. Inda bah, kelurusan jua kitani bejumpa di sini ani ah.” Kataku menarik kerusi lalu duduk.
“Selamat malam. Mau makan apa Mas?” Tanya pelayan perempuan Indonesia itu sambil melempar senyumannya.
“Mmmm, bagiku rojak special dan teh tarik ah. Kau apa kau makan Ris?” tanya Hamdi.
“Minum … bagiku jus lobak merah kurang manis. Makan … bagiku soto kawin biasa, banyakkan sayurnya ah.
“Pesan apa lagi mas?”
“Atu saja,” balas Hamdi.
“Boleh tahan jua pelayannya ani Hamdi ah? Lawa muanya,” kataku.
“Adang eh. Diri atu ada buah hati sudah.” Balas Hamdi kepadaku.
“Bukannya ku kan mengurat ia.”
“Tapi tepikat kan?”
“Mana saja tah kau eh.” Kataku sambil mengalihkan pandangan ke arah orang-orang yang sedang keluar masuk di gedung supermarket yang di katakan sangat laris itu. Kelihatan ada sebuah gerai kecil yang menjual kuih-muih yang terletak di hujung sekali bersebelahan dengan kedai buku sebaris gedung supermarket. Kelihatan seorang perempuan tua sekitar umur lima puluhan bersama seorang anak perempuan dalam lingkungan umur lima belas tahun melayan beberapa orang pelanggan
yang singgah membeli. Perempuan itu kelihatan tersenyum sambil membungkus kuih-muih yang dibeli.
“Eh, Ham. Lepas ani dangani ku arah kedai bunga atu ah.” Kataku sambil menunjuk kedai bunga yang terletak bersebelahan kedai buku itu.
“Apa kan kau belikan?”
“Kan membeli bungalah inda kan ku membeli baju di kedai bunga atu,” balasku.
“Galak usulnya. Ada special kali ni?”
“Ada tah tu,” balasku lagi.
“Eh, Ris! Kan betanyaku arahmu. Busybody tah ku sekajap ni.”
“Apa?” Tanyaku ingin tahu.
“Di mana kau mula-mula tejumpa si Dahlia atu kan? Apa kisahnya?”
“Aaahh … Pikir tah apa tadi. Macam ani kisahnya. Malam atu aku kan balik ke rumah bagasku arah rumah abangku mendangani membungkus antik untuk anaknya kan kawin. Akhir pulang sudah tu kan pukul dua belas sudah. Ada tah kereta laju memotong keretaku tapi sudahnya memotong atu tiba-tiba telampau pelahan tia pulang. Lepas atu beranti kereta atu siring jalan sambil membunyikan hon balik-balik. Aku pun tercangang meliat. Inda jua ku sampai ati membiarkan, iatah ku berantikan keretaku depan keretanya lepas atu turunku meliat. Rupa-rupanya dalam kereta ani bini-bini. Badannya inda begerak lepas atunya ambilkan ubatku dalam beg di belakang. Inda tah ku peduli lagi ku ambil begnya di kursi belakang atu mencari ubatnya. Sudahku tejumpa ubatnya inda lagi ada air tu di keretanya ah baik jua dalam keretaku ada air botol atu pun separuh ganya bagasku minum. Lepas atu kan minta antar tia ke rumahnya jadi terpaksa tah jua ku antar kesian jua ku meliat usulnya atu. Pucat bah muanya ah. Inda tah ku tau kalau aku inda melintas di sana atu apatah kan terjadi arahnya masa atu.
“Apa sakitnya kan si Dahlia atu?”
“Darah tinggi dan jantung.”
“Ahhh. Kesian jua ah. Mudah-mudahan jua baik ah. Inda bah. Macam mana dengan keluarganya? Baik bisdorang inda tecangang meliat?” tanya Hamdi pula.
“Inda pulang. Sebabnya aku mendangar ia menelipon memberitahu sudah masa dalam perjalanan aku mengantar ia atu,” jelasku arah Hamdi.
“Jadi kamu jatuh cinta
atu macam mana ceritanya?” tanya Hamdi ingin tahu lagi.
“Lepas kisah atu malar ia menalipon aku. Dipaksanya aku keluar makan sama ia. Katanya tanda ucapan terima kasih menyelamatkan nyawanya. Dari sana tah ku rapat sama ia dan lama-lama akhirnya jatuh cinta.”
“Aaaahhh. Rupanya. Eh! Siuk jua ceritamu atu ah. Jodohmu tah sudah tu tejumpa kedia atu.” Kata Hamdi lagi. Aku cuma tersenyum mendengar kata-kata Hamdi. Mataku liar melihat orang-orang yang sedang berjalan-jalan di sekitar ini. Sebuah kereta berwarna merah melintas dan tiba-tiba honnya berbunyi dengan kuat menyebabkan seorang perempuan tua lingkungan enam puluh tahun ke atas terkejut sambil gigiran sehinggakan beg yang tergantung di tangannya terjatuh ke simen.
“Execuse me. How much. Eh! Lusy kan ni?” tanyaku.
“Awu tapi aku masuk Islam sudah. Jadi namaku Nur Shafiyah sudah. Faris kan?”
“Awu. Rupanya masuk Islam kau sudah. Syukur Alhamdulillah betambah jua bilangan orang Islam di Brunei ani. Inda bah berapa lama sudah kau masuk Islam ani?”
“Sembilan bulan sudah. Bulan depan ani kan kawin tah ku ni. Datang ah ada ku mengundang kau tu nanti.”
“Insya-Allah. Inda bejanji tu ah. Eh, Siapa danganmu ah?” tanyaku ingin tahu.
“Kenal kau tu. Si Malik bah.”
“Ahhh, si Malik. Yang sama-sama kitani keraja dulu atu kan? Eh! Inda ku
silap minggu lepas tejumpaku ia di pasar malam tapi inda ia becerita arahku eh.”
“Lupa kali ia kan memberitahu tu lagipun tau kau sudah si Malik atu inda banyak bunyi.” Kata Nur Shafiyah memberikan senyuman.
“Lama kau sudah keraja di sini ani Lusy eh sorry … Nur Shafiyah.”
“Lepasku masuk Islam pindah ku di sini. Apa kan kau tanya tadi ani Faris?”
“Eh, awu telalai tah pulang nah. Aku atu kan betanya berapa harga bunga ani.” Kataku lalu mengambil bunga ros merah.
“Eh! Ada special kali ni.”
“Awu. Hadiah untuk girlfriendku for birthdaynya esok.”
“Ahhh.” Sahut Nur Shafiyah perlahan.
Malam semakin gelap dan pekat. Bintang-bintang yang menyeri malam sudah menghilang semuanya. Tiba-tiba saja malam ini kelihatan sepertinya hendak hujan membasahi bumi yang sudah lima hari tidak di basahi oleh hujan padahal tadi cuacanya sangat baik sekali. Aku duduk di beranda luar bilikku meneruskan menulis cerpen yang aku tinggalkan tadi. Kebiasaannya di sinilah tempat ku rehat setiap hari mendamaikan ketenanganku.
“Ris! Oh, Ris! Mana ia kan?” panggil emakku.
“Sini ku ma. Di beranda,” sahutku.
“Di sini kau rupanya. Behapa kan kau?” tanya emakku.
“Ni rehat-rehat ah. Kenapa ma?”
“Inda pulang apa-apa ganya kan betanya bila tah kau kan meminang si Dahlia atu. Mama liat batah sudah kamu bekawan ani tapi alum tah jua ada bunyi-bunyinya kan kawin eh. Bapamu pulang menyuruh betanya ani.”
“Alum lagi Ma. Mengumpul duitku dulu.”
“Berapa sudah duit kau kumpulkan atu. Kalau inda pakai tah dulu duit mama di bank atu. Ada jua tu bah.”
“Jangan tah ma eh. Biar tah pakai duitku sendiri dan titik peluhku sendiri lagipun indaku mau menyusahkan biskita atu bah.”
“Bukan apa, ingau hati mama sama bapamu meliat kau sama si Dahlia malar keluar atu bah. Inda manis ganya diliat orang bah kamu bedua atu alum nikah.”
“Jangan tah kita fikirkan tu ma. Tau ku kan menjaga diriku. Indaku membuat perkara yang inda tantu-tantu.”
“Bah awu bisai tah tu. Jangan saja memalukan indung bapa membuat ulah capi-capi,” pesan emak.
“Jangan tah biskita ingaukan tu ma ada tah lagurnya karang tu.”
“Lagur? Lagur apakan?” Tanya emakku kehairanan sambil mengerutkan dahinya.
“Atu bah yang kita tanyakan tadi ah. K…a…w…i…n. Kawin!”
“Aaahh. Ada-ada saja jua si Faris ani eh.” Kata emakku menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Mana bapa ma? Tidur sudah?”
“Arah orang bebadak ia. Alum tah jua ia balik eh.”
“Siapa bebadak ma?”
“Anak kawannya keraja. Hari minggu ani ia kawin. Malam ani mama inda ikut sudahnya kawin karang barutah mama kesana. Eh! Alum lagi kau tidurkah? Behapa kau di luar ani? Masuk tah ke dalam eh, akhir sudah ni. Inda kau meliat tu hari kan hujan
ah berangin lagi. Subhanallah.”
“Sekajap lagi ma. Ni membuat cerpen ah,” balasku.
“Bah turun mama Ris. Menunggu bapamu di bawah.”
“Bah,” sahutku.
Angin mula bertiup kuat dan tiba-tiba saja kilat memancar disertai bunyi guruh yang begitu kuat terasa bagai hendak menggegarkan seluruh isi rumah ini. Aku lalu masuk ke dalam dan tiba-tiba saja hujan turun mencurah-curah dengan lebat sekali.
Keadaan bilik terasa sejuk sekali dan aku menarik selimut menutupi seluruh badanku mendambakan kehangatan. Mungkin di sebabkan hujan yang begitu lebat tadi membuatkan keadaan bertambah semakin sejuk. Kuambil jam tanganku yang ku letakkan di meja dekat katil. Kulihat jam sudah melintasi pukul lima subuh. Terasa pula berat dan malas badan ini untuk bangun tetapi aku harus menunaikan dahulu Sembahyang Fardu Subuh dan selepas itu barulah aku boleh meneruskan tidurku dengan lebih lelap lagi dan menyambung mimpiku yang sangat indah bersama Dahlia.
Pagi Sabtu yang indah kedengaran burung-burung berkicauan. Aku tidak menghiraukannya. Aku meneruskan tidurku sambil memeluk bantal guling. Sejuk di dalam bilik ini masih terasa dan aku tidak mengendahkan pukul berapa sudah sekarang. Baru aku hendak meneruskan tidurku lagi tiba-tiba pintu diketuk.
“Ris! Oh Ris. Bangun tah eh. Inda kau kerajakah. Pukul tujuh sudah tu.”
“Aku cuti hari ani ma,” sahutku.
“Ahhh. Cuti kau rupanya inda kau membagitau mama di malam eh. Berapa hari cutimu kan?” tanya emakku lagi.
“Lapan hari. Hari satu depan baruku keraja tu.” Jawabku lalu membuka pintu dan berpatah balik duduk di atas katil.
“Kan tidur kau lagikah?” Tanya emakku pula.
“Awu kalat lakat mataku. Kenapakan ma?”
“Kalau inda mama kan minta bawa kau ke pasar membali lauk. Karang saja dih ani awal jua lakat. Tidur tah kau dulu.”
“Bangunkan saja ku karang ma ah. Inda pulangku mengunci pintu ani”
Siang yang cerah. Matahari memancarkan cahayanya dengan terang. Aku memberhentikan keretaku tepat depan rumah Dahlia. Kelihatan Dahlia keluar dengan senyuman yang manis dan di tangannya tergantung beg tangan kulit yang tidak lepas sentiasa dibawanya apabila berjalan dengan aku.
“Happy birthday manisku!” sapaku.
“Thank you.” Balas Dahlia tersenyum.
“Hadiahnya karang malam ku membagi ah.”
“Mana saja.”
“Tepat kan aku datang ah?” kataku.
“Tepat tia karang lambat sepuluh minit kali ah.” Balas Dahlia yang kelihatan merapikan tudungnya.
“Cuba pulang liat jam kereta ah sama jam tanganku ani nah!” balasku pula.
“Laju tu jam mu atu.”
“Laju tia karang. Jam diri atu yang lambat kali ah. Inda kau mendangar tu berita tepat pukul sepuluh ah.”
“Eh! Astaga rupanya kehabisan batteri tah jam ku ani kali. Inda bejalan.” Kata Dahlia sambil mengetuk-ngetuk jam tangannya. Aku ketawa dan sempat memerhatikan muka Dahlia yang nampak memerah.
Aku memilih duduk dekat cermin, sementara Dahlia sedang pergi ke tandas. Aku mengalihkan pandanganku melihat pemandangan awan yang bebentuk-bentuk indah dan terlihat juga beberapa ekor burung pipit berserta burung layang-layang berterbang-terbangan dengan riang sekali.
“Angan-angankah?” Kata Dahlia yang menampakkan giginya yang tersusun cantik.
“Angan-angan tia karang. Siuk meliat burung beterabangan ah. Kalau tah aku ani macam burung atu bah senang tah ku bejumpa kau tu tiap-tiap hari. Ke sana ke sini tah kitani tu.”
“Memberi kelanguan tah pulang tu. Luan jua eh angan-angan saja.”
“Apa kan kau makan sayang?” Kataku memutus cakap Dahlia sambil melihat menu yang terbentang di atas meja kaca itu.
“Sama saja kali eh sama kau.”
“Cuba tah order yang lain dapat jua ku merasa. Orderku pun kau dapat merasa jua.”
“Awu ah. Banar jua,” sahut Dahlia pula.
Keadaan restoran aman dan selesa. Keharuman minyak wangi Dahlia yang semerbak begitu mempesonakan dan merasuk ke hidungku sehingga aku menghidunya dalam-dalam. Aku terasa sangat lapar sehingga nasi lemak yang aku makan habis tidak ada sisanya lagi.
“Sudah kau sayang? Baik tah kau habiskan. Sayang eh rezeki tu.”
“Kenyangku. Nah kau mau? Makan tia.”
“Kenapa kau sayang? Pucat muamu ah.”
“Antah. Inda nyaman rasaku. Ayungku.” Jawab Dahlia sambil memicit-micit kepalanya.
“Aku membawa kau ke hospital sayang ah!” Ajakku sambil tanganku menyentuh dahinya yang sakit.
Kembali ke muka utama